B a b 13

15K 94 1
                                    

      Semenjak berjauhan dengan Mukriz , sang jejaka itu mula berubah . Bungaa Saafiya agak kecewa tetapi yakinkan hati bahawa kekasihnya itu mungkin penat berkerja .

        Rasa tidak sedap hatinya semakin membelenggu jiwanya sepanjang dua minggu bercuti sakit . Kegusaran hatinya membuatkan dia senang menitiskan airmata . Seolah hati dan jiwa mahu mengatakan sesuatu . Sedikit demi sedikit Bungaa cuba mengorek sesuatu .

        Hari ini merupakan hari terakhir dia cuti . Dia bertekad untuk pulang ke Kuala Lumpur kerana rindu dengan kerja , tambah lagi terhadap anak-anak muridnya . Seperti biasa Mukriz akan mengambilnya di terminal bas . Setibanya disana , Mukriz membawa Bungaa pergi makan malam dan ke tempat kali pertama mereka dating .

          Mukriz busy dengan handphonenya berbeza dari yang selalu . Mukriz yang dulu berubah menjadi Mukriz yang pelik . Bungaa tetap masih bersabar . Di dalam hati kecilnya Bungaa hanya mengharapkan kekuasaan Allah SWT sahaja menunjukkan kebenarannya .

          Selang tiga hari tepat jam 9 malam hari mulai hujan . Setiap kali hujan dia akan teringat kekasihnya itu yg kerja agak merbahaya . Bungaa menelefon Mukriz tetapi talian itu tidak dapat disambungkan kerana nombor telefon Mukriz sedang sibuk . Berbelas kali Bungaa mencuba namun hampa . Kekesalan didada mula menyelubungi hati . 1 jam setengah baru nombor telefon itu dapat disambungkan .

          "Assalammualaikum b , busynya siapa call ? Lama jea selalu Mummy b call tak ada pula lama macam ni ?" ,soal Bungaa kehairanan .

          "Wildan.. Wil..Wildan call tadi . Biasa lah sayang dia mengacah b" , Mukriz cuba memberi alasan dengan tergagap-gagap percakapannya .

          "Yeke ni Wildan call ? cuba screenshot call log sayang nan tengok" , Bungaa cuba serkap jarang . Yang bertambah pelik , Mukriz memberikan jawapan sudah memadam list tersebut .

            Agak berperang lah mereka sehingga Bungaa mendesak memberikan nombor telefon Wildan .  Hampir setengah jam baru Mukriz memberikan . Bungaa yakin bahawa Mukriz menipunya tetapi masih lagi cuba menjadi kuat .

          "Sayang ikhlas dengan b . Sayang harap b tak menipu sayang . b kerja tinggi kat atas tu sekarang pun musim hujan petir banyak . Bukan apa orang menipu ni syaitan banyak berselindung disebalik orang menipu takut-takut Allah nak bagi petir tu kat syaitan tapi terkena b" , ugut Bungaa penuh berbisa .

          "Kau jangan kurang ajar ea jadi perempuan nak doakan aku macam tu . Kau siapa ? Kau Allah ke ? Eh babi betul lah" , melenting Mukriz . Airmata Bungaa mengalir deras .

          Lelaki yang sentiasa berlembut dengannya berubah secara drastik . Bungaa menjadi terlalu amat sedih sehingga dia menangis dan mengakibatkan penyakit asthma nya menyerang dirinya .

           Sepanjang dia sakit , Mukriz tidak mengambil tahu tentang dirinya . Dia tahu dirinya tiada tempat lagi di hati Mukriz . Kenapa saat ingin meniti bahagia ini yang terjadi , desus  hatinya yang masih dengan airmata walaupun sudah berhari .

         Kekerapan dia sakit dan berulang ke klinik , dia telah rapat dengan seorang pemandu grab yang sungguh mulia hatinya tidak pernah meminta duit bayaran . Pemandu grab itu juga duduk satu taman perumahan dengannya .

          Mencecah seminggu pun Mukriz masih lagi melayannya seperti acuh tidak acuh . Tanpa dijangka pada hari Sabtu , Mukriz mengajaknya keluar di sebelah petang untuk minum cendol di sebuah gerai berhampiran rumahnya . Bungaa mengikutkan saja . Akan tetapi hari yang sepatutnya menjadi hari berkualiti bertemu kekasihnya bertukar menjadi pertelingkahan .

          Bungaa hanya ingin meminjam handphonenya untuk menggunakan camera , namun beribu alasan Mukriz memberi . Sehingga memberi alasan ingin menambah pesanan lagi . Kelihatan begitu jauh Mukriz pergi menjauhi Bungaa Saafiya sambil memebelek telefonnya itu . Bungaa menangis di khalayak ramai . Bungaa terkilan dengan kekasaran Mukriz .

           Mukriz yang baran mengajaknya pulang  Dia memulas minyak dengan penuh kemarahan sehinggakan motorsikal yang mereka naiki hampir kemalangan di traffic light . Bungaa menjerit ketakutan .

          Mukriz tidak terus menghantarnya pulang kerumah . Tibanya di parkir kereta kawasan rumah Mukriz , Mukriz meminta Bungaa pulang sendiri menaiki motor Bungaa yg dipinjam Mukriz juga baru dua bulan membelinya .

          "B nak sayang balik sendiri ? Selalunya b lah paling risau kalau sayang balik sendirian . Tapi kenapa kali ni b berubah ? Ada wanitan lain ke di hati b ? Walaupun sayang duduk dibelakang , luka operation sayang masih belum sembuh . Baru dua minggu sayang operation taw b . Sakitnya nak melangkah seat motor ni Allah je yg tahu . Sayang jenis tak kisah . Sayang ikutkan saja b nak naik motor walaupun b tahu sayang baru keluar hospital haritu" , luah Bungaa Saafiya yg diiringi airmata yg berguguran .

          Mukriz yang masih marah telah menepis Bungaa Saafiya yang cuba memaut lengannya . Akhirnya Bungaa Saafiya jatuh terhentak dan terpelosok antara motorsikal dan kereta . Menjerit kesakitan Bungaa ketika itu . Sakitnya ketika itu dia hanya berfikir akan matikah dia malam ini . Mukriz tanpa belas kasihan dia merentap lengan Bungaa yg keadannya masih sakit . Terasa bisa di tempat operationnya . Darah mula memenbusi baju putihnya .

         Dalam samar-samar lampu jalan itu , tanpa sedari Bungaa yang menutup tempat operationnya yg berdarah dengan tepalak tangan cuba berjalan kaki dala keadaan terhuyung hayang untuk pulang kerumah dan tercari-cari jikalau ada yg boleh menumpangkannya pulang .

          Tangsian Bungaa begitu kuat sehinggakan Mukriz jadi ketakutan sekiranya orang awam mendegar dan membuat laporan polis .

Berahi CintakuWhere stories live. Discover now