B a b 25

9.8K 63 0
                                    

        Majlis tamat disebelah petang . Mukriz pula sudah terbongkang kepenatan di ruang tamu manakala Bungaa Saafiya masih busy di dapur sedang mencuci mangkuk yg mempunyai saki baki tepung cucur pisang itu .

         "Kesian Bungaa . Nanti naik mandi rehat lah ya . Riz dah terbongkang dah depan tv . Orang lain yg buat kerja orang lain yg terbongkang dulu" , bagitahu Datin Sakinah kepadanya .

          "Lah yeke . Penat sangatlah tu . Semalam dia ada bagitahu Bungaa dia banyak kerja semalam , dengan terik mataharinya semalam" ,jawab Bungaa cuba menjelaskan sebab Mukriz jadi kepenatan .

          "Patutlah dia letih semacam . Kerja dia pun kita dah tahu agak bahaya kan . Dia cari duit nak cepat kahwin denga Bungaa . Doakan dia yg baik-baik yaa" , jelas Datin Sakinah yg tidak kedekut dengan senyuman . Bungaa membalas senyuman tersebut dan menganggukkan kepalanya .

           Selepas siap kerjanya di dapur , dia menaiki ke bilik untuk mandi , solat dan berehat seketika . Setelah membersihkan dirinya , dipakainya palazo berwarna maroon dan dipadankan dengan blouse labuh berwarna kelabu maroon dan bertudung bawal .

            Bungaa tidak jadi untuk berehat , dia langkahkan kakinya untuk turun ke tingkat bawah . Tidak ramai yg ada di ruang tamu . Yang ada ketika itu hanyalah Dato' Datin Sakinah dan Kak Uyul merupakan isteri Abang Mirza .

          "Bungaa kalau penat rehatlah dulu . Tidur dulu , tadi pun muka kamu dah pucat . Nanti asar makcik kejutkan kamu ." ,ujar Datin Sakinah .

          "Tak apalah Bungaa masih okay lagi ni ." , jawab Bungaa dengan lembut diiringin senyuman . Datin Sakinah anggukkan kepala tanda mengiyakannya .

          Sedang mereka melayani siaran televisyen rancangan masakan , tidak lama kemudian Bungaa melihat Kak Uyul sudah tertidur di sofa dan dia pula berasa amat berat matanya serta sedikit sesak didadanya . Dia cuba menahan hingga dia tertidur di sofa yg diduduknya itu .

   
           Datin Sakinah kasihan melihat keadaan Bungaa , dia tidak kesampaian untuk mengejut gadis itu jikalau mengganggu rehatnya .

          Setelah jam memasuki 4.30 petang , Datin Sakinah mengejut gadis itu kerana sudah masuk waktu Asar ,"Bungaa bangun sayang.. dah masuk waktu Asar ni".

             "Ya Allah . Maafkan Bungaa yaa makcik , Bungaa tertidur " ,telus kata-kata gadis itu .

            "Itu lah makcik suruh naik rehat tidur kamu taknak . Kamu kan penat . Tak apa lah Bungaa kamu dah macam anak makcik . Pergi solat dulu yaa" , ujar seorang Datin yg sememangnya dipandangan orang lain akan label sombong .

Berahi CintakuWhere stories live. Discover now