B a b 30

10.2K 64 1
                                    

          Hubungan mereka kembali sejuk dan bertambah lebih kuat apabila hubungan itu sudah diketahui antara dua keluarga , baik keluarga Bungaa Saafiya juga Mukriz Zaqwan .

           Lusa merupakan hari ulang tahun Mukriz Zaqwan . Bungaa Saafiya cuba merancang sesuatu untuk membuat satu kejutan di hari ulang tahun kekasihnya itu .

           Dia telah membeli jam tangan G-Shock berharga RM 550 . Itu sahaja yang termampu oleh Bungaa Saafiya membeli sebagai hadiah ulang tahun Mukriz Zaqwan yang sememangnya gemar memakai jam G-Shock .

          Bungaa Saafiya merasakan hadiah itu masih tidak lagi mencukupi untuk Mukriz membuka mata bahawa cintanya terhadap jejaka itu begitu besar . Disebabkan setiap kali ulang tahun kelahiran Mukriz Zaqwan akan dibuat kejutan dan disambut oleh rakan-rakan serumahnya , Bungaa Saafiya telah merancang bersama rakan-rakannya untuk membuat satu kejutan di sebuah restoran .

          Dia telah menempah pakej birthday planner dari Surprise Planner yang berdekatan . Bungaa telah memilih tema merah dan putih lambang cinta dan kesucian hati .

           "Assalammualaikum Wildan , aku nak plan sesuatu ni . Kau busy ke ?" , Bungaa Saafiya saat panggilan itu dijawab Wildan .

            "Aku kerja ni tapi tak busy pun . Staff aku yang buat kerja . Ha plan apanya tu ?" ,jawab Wildan .

            "Macam ni , esok kan birthday Mukriz . Aku plan nak ajak korang semua surprise kan birthday dia . Nanti korang tunggu kat restoran western food tu jam 8.30 malam , aku datang lah dengan Mukriz konon-konon nak pergi market sebelah tu" ,jelas Bungaa Saafiya .

             "Okay ngam choi , alright nanti aku bagitahu kat budak-budak rumah kami" ,jawab Wildan ringkas . Wildan merupakan kawan baik Mukriz yang rapat dengan Bungaa Saafiya .

             Bungaa Saafiya tidak kisah menghabiskan duitnya untuk orang yang dia sayangi . Tempoh hari ketika hari ulang tahun kelahiran ibunya , dia telah menghadiahkan set sofa kepada Puan Julia . Dan ini kali pertama Bungaa Saafiya buat surprise birthday untuk insan yang bergerlar kekasih sepanjang 22 tahun dia berdiri di muka bumi ini .

             "Abiy hari ini birthday boy kan , abiy kena tunaikan permintaan sayang . Abiy kena teman sayang beli barang mandian sayang and makanan sayang dah habis " ,ujar Bungaa Saafiya ketika menelefon Mukriz pada waktu tengahari .

              "Okay boleh je sayang abiy yang manja macam baby . Abiy pun plan nak belanja sayang makan . Kita jumpa malam ni yaa" , jawab Mukriz sambil tergelak kecil .

             "Baiklah , kalau macam tu . Jam 8.30 malam sayang tahu kita dah gerak okay . Sebab jam 8.00 malam abiy tu 8.30 nanti , so sayang tetapkan 8.30 malam taw" ,balas Bungaa bersahaja .

            Mukriz Zaqwan mengakurkan sahaja permintaan 'princess'nya yang semakin hari semakin jelas sifat kemanjaan gadis itu . Mukriz jatuh cinta terhadap gadis itu kerana dia memiliki aura yang tersendiri .

            Bungaa telah memakai t-shirt fila long sleve berwarna hitam yang sama dengan Mukriz dan dipadankan dengan skinny jeans serta bertudung bawal berwarna cream .

            Kali ini Mukriz menepati masa . Sebelum jam 8.30 malam lagi kereta dia sudah kelihatan di hadapan pagar rumah Bungaa . Kelihatan Mukriz Zaqwan tersengih-sengih di dalam kereta saat melihat Bungaa Saafiya keluar dari pagar , sepertinya ada agenda dia lah tu ingin mengusik Bungaa Saafiya .

Berahi CintakuWhere stories live. Discover now