B a b 35

11.8K 74 6
                                    

Awal pagi lagi Bungaa Saafiya sudah bangkit daripada tidurnya . Keakraban diantara adik beradik ibunya , sudah dianggap anak - anak ibu saudaranya seperti adik sendiri .

Ameer merupakan cucu kedua neneknya yang sudah menganggap Bungaa Saafiya seperti kakaknya sendiri . Setiap kali ingin pulang ke kampung dari kolejnya , dia akan roger Bungaa Saafiya samada pulang atau tidak .

Hal ini kerana , Ameer juga lah yang selalu menjadi driver kepada Bungaa Saafiya apabila pulang ke kampung sekiranya ibu bapanya tiada di rumah .

Ameer menghantarkan kemana sahaja hala tuju kakak sepupunya itu mahu pergi . Satu persatu diterjahnya , bermula pasar ikan , ke pasararaya dan kedai runcit .

"Mir , kau nak ikut kak Bubu turun tak ? Yok lah kak Bubu malu laa ", Bungaa Saafiya cuba mengajak Ameer menemani . Bubu adalah nama manjanya di antara keluarganya .

"Eh mengadanya nak malu , hidung takde ke kak ?" ,Ameer mengusik sambil tergelak kecil .

"Eleh kau pun pemalu , lagi nak bahan Kak Bubu" ,jawab Bungaa spontan .

            Mereka memilih lauk basah , ayam untuk dimasak rendang , ikan merah untuk dimasak asam pedas , hati ayam dimasak sambal dan juga sayur-sayuran serta ulam-ulaman .

             Bungaa Saafiya memasak bersama ibunya dan dibantu oleh ibu-ibu saudaranya serta neneknya . Suasana begitu riuh apabila adik beradik ibunya itu berkumpul di rumahnya .

             Lebih kurang jam 1petang , Mukhriz sekeluarga tiba di kampung Bungaa Saafiya dan memberitahu untuk solat Zuhur di Masjid Jamek berhampiran . Setelah selesa solat di masjid berkenaan , mereka terus mengunjungi kerumah Bungaa Saafiya .

Kedatangan mereka dengan menaiki BMW dan Honda membuatkan jiran-jiran Bungaa Saafiya buntang mata . Mereka disambut mesra , walaupun keluarga Mukhriz ni agak sombong sedikit .

NekSu memanggil cucu kesayangannya itu lalu berkata ," Mereka datang ni ada hajat percayalah kata nek ni.."
Bungaa Saafiya menggelengkan kepala menandakan tidak tahu .

Mereka dijamu makan yg telah dimasak oleh ibu Bungaa Saafiya dan Neksu . Setelah mentelaah segala juadah , tiba-tiba Mukhriz bersama kakak dan adik kembali masuk kedalam rumah dengan 3 dulang hantaran iaitu cincin , kek dan sirih junjung .

Bungaa Saafiya tergamam , adakah itu untuknya tapi tiada perancangan diantara dia dan Mukhriz . Menitis airmatanya , menggeletar seketika tangannya apabila menerima kejutan seperti itu daripada kekasihnya , tambahan pula dia kurang sihat .

Ibu Mukhriz menyarungkan cincin di jari manis Bungaa Saafiya sebagai tanda ikatan diantara gadis itu terhadap anak lelakinya . Hari yang bagaikan mimpi , membuatkan Bungaa Saafiya semakin cinta pada jejakanya itu .

Berahi CintakuWhere stories live. Discover now