B a b 28

9.5K 66 0
                                    

           Bungaa Saafiya berehat di bilik Mukriz . Datin Sakinah membawakan segelas air dan semangkuk kecil bubur untuk Bungaa Saafiya membuat sebagai alas perut sebelum makan .

            Gadis itu dilayan mesra oleh keluarga Mukriz . Bungaa Saafiya begitu terhutang budi dengan sikap keluarganya yang tidak membuat dirinya berasa terasing .

             "Bungaa makan bubur sikit ya buat alas perut . Nanti makan ubat lepastu kamu tidur yaa , rehat . Kamu kena rehat secukupnya" ,ujar Datin Sakinah lembut .

             "Okay makcik , baiklah" ,balas Bungaa ringkas .

            "Boleh Riz masuk ?" , soal Mukriz yang sedang berdiri di muka pintu sambil senyum .

            "Masuklahh . Bungaa baru nak makan ni . Mummy nak mandi dan solat . Riz teman Bungaa makan dulu yaa , kalau dia dah sudah makan nanti bawa turun mangkuk bubur ini" ,jawab  Datin Sakinah yang sekilas memandang kearah jam dinding .

              "Okay mummy , baiklah . Tak apalah mummy mandi dan solatlah dulu ya . Riz baru sahaja selesai solat tadi" ,balas Mukriz sambil memeluk bahu ibunya .

            Bungaa Saafiya tersenyum melihat kebahagiaan dua beranak tersebut . Begitu manja sekali Mukriz Zaqwan terhadap ibunya , lantas Bungaa teringat pesanan bapanya berbaur "nak tahu lelaki tu baik atau tak , tengok cara dia layan ibu ayah dia" .

            Datin Sakinah melangkahkan kakinya ke luar menuju ke biliknya untuk membersihkan diri sambil diperhatikan dua pasang mata .

            "Sukalah tu mummy layan dia macam princess" , usik Mukriz Zaqwan kepada gadis itu . Dia hanya mencebikkan bibirnya .

             "Abiy perli sayang ke ? Tak apalah kalau macam tu , abiy hantarkan sayang di terminal bas yang berdekatan sayang nak balik kl" ,jawab Bungaa Saafiya yang sedikit terguris hati .

              Disebabkan Bungaa Safiyaa berhati kecil lah dia mudah terasa dan sangat sensitif dengan gurauan Mukriz Zaqwan yang baginya seolah tidak senang dengan sakitnya yang bukan dipinta . Dia menunudukkan wajahnya kearah bubur . Dikacaunya sahaja bubur tersebut tanpa disuap ke mulutnya .

             "Sayang , abiy tak ada niat apa pun . Jangan lah macam ni . Makanlah bubur tu . Nanti kalau mummy masuk bilik tengok bubur tak berusik , kena marah baru tahu . Mummy garang taw" , usik Mukriz lagi sambil membulatkan matanya .

              Bungaa Saafiya menyudu perlahan . Airmatanya berlinangan . Dia sedar dia bukanlah anak orang senang seperti Mukriz . Dia masih tertanya sendirian bolehkah keluarga itu menerimanya .

             "Mummy..... Bungaa kan dia nangis dia suruh Riz hantar dia kat terminal bas , dia nak balik kl" ,Mukriz bersuara bersahaja dengan nada yang agak kuat untuk mengusik Bungaa lagi .

              Dengan pantas Bungaa Saafiya mengesat airmantanya . Tergelak kecil dia lalu mencubit peha Mukriz Zaqwan .

             "Ha tahu takut . Mengada-ngada je kan nak terasa hati dengan b" , bagitahu Mukriz kepadanya .

             "Hari ini hari abiy , abiy tunggu akan datang nanti" , Bungaa Saafiya menjawab ringkas sambil menjeling manja kearah Mukriz yg duduk di sisinya di birai katil .

            Bungaa Saafiya menyambung makan bubur tersebut sehingga licin . Dicapainya segelas air serta beberapa biji ubat . Ditelannya perlahan .

             "Sayang nak rehat . Abiy pergilah keluar , jangan lupa bawa mangkuk ni" , Bungaa Saafiya cuba memberi arahan .

            "Dihalaunya kita ni dari bilik sendiri . Okay fine . Sayang tunggu yaa nanti tiba masanya" , jawab Mukriz nakal lalu meunuju ke luar pintu dan menatang mangkuk bubur tersebut .

            Bungaa Saafiya malas melayani jejaka tersebut sebab tahu gurauan dari dia tidak akan pernah habis untuk menyakat dirinya . Dia tidak tahu samada dirinya bahagia atau terluka jikalau teirngat dirinya diganggu perempuan-perempuan gila tempoh hari .

Berahi CintakuWhere stories live. Discover now