B a b 3

31.7K 120 3
                                    

           Genap tahun yang kedua , barulah perasaan cinta mula berputik di hati Salwana terhadap Mukriz namun perasaan itu tidaklah dari hatinya yang ikhlas .

           Boleh dikatakan setiap minggu mereka berdua akan berjumpa . Hal ini kerana , Mukriz berkerja di luar kawasan manakala Salwana menuntut di universiti berdekatan di kampung halamannya .

          Mukanya mulai menjadi cantik dan putih berseri setelah di 'renovate' oleh Mukriz .

        "Abiy rindunyaaaa..." ,Luah Salwana mengada kepada Mukriz sambil bersalaman dengan jejaka berkulit hitam manis tersebut .

         "Sebab rindulah abiy balik taw nak jumpa beby" ,jawab Mukriz sambil mencium tangan teman wanita tersayangnya itu .

         "Abiy ,beby lapar . Nak makan kat tempat biasa boleh ? Beby teringin nak makan kat boat noodles" , rengeknya seperti kanak-kanak .

       "Boleh.... Kita makan kat sana yaa.. Hari ni class banyak ke ? Assignment macam mana ? banyak ?" ,Mukriz cuba ajak berborak .

        "Banyak ,biy.. Banyak assignment makin banyaklah nak pakai duit . Pening beby . Duit makan pun kena sekat - sekat" ,luahnya cuba meminta simpati .

        "Kenapa tak cakap dengan abiy yang beby tak ada duit ? Beby ni pun buat abiy macam tak wujud . Start bulan depan Abiy masukkan 400 setiap bulan okay ?" ,tanya Mukriz yang risau jikalau permaisuri hatinya itu lapar .

         "Boleh ke abiy ? Habis lah duit abiy nanti macam mana dah beby tak boleh nak beli baju baru" ,jawab Salwana cuba bertarik tali .

        "Kan abiy dah cakap kan.. Jangan malu-malu" , pesan Mukriz . Disebabkan pesanan Mukriz terhadap dirinya itu , Salwana sudah hilang sifat kemaluan sebagai wanita . Kerana keghairahan wang ringgit , Salwana sanggup melakukan apa sahaja .

          Kini mukanya tidak lagi berkerak dan menjadi ejekan rakannya "halimah jongang" . Salwana yang sekarang bukan lagi yang dahulu . Yang dahulu mungkin membeli pakaian murah di pasar kini dia sudah pandai mengutamakan jenama .

Berahi CintakuWhere stories live. Discover now