《Chapter Tiga》

2.2K 13 0
                                    


~◇◇◇~

(Flashback)

  Pada malam itu, selesai sahaja dia mengemas dan mengelap meja di Poppies Café dia pergi ke bilik rehat untuk menukar pakaian dan menyimpan apron. Selepas itu, dia meminta diri untuk pulang dan meninggalkan Café. Dia merenung Café itu dengan perasaan sedih berbaur sayu. Hari ini merupakan hari terakhir dia akan berkerja disitu. Entah berapa lama dia berdiri kaku di hadapan Café sebelum berlalu pula ke jalan yang selalunya dia duduk dan melukis sambil menunggu pembeli.

 Entah berapa lama dia berdiri kaku di hadapan Café sebelum berlalu pula ke jalan yang selalunya dia duduk dan melukis sambil menunggu pembeli

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

 
  Dia merenung kosong kejauhan sambil mengenangkan nasib dirinya. Dia nekad! Hari ini adalah hari terakhir bagi segala-galanya dalam hidupnya. Dia akan mengakhiri episod hitam dalam hidupnya. Dengan cara ini sahaja dia bisa memadamkan segala memori pahit dalam hidupnya. Dia sudah bersedia untuk meninggalkan dunia yang akan menelan sesiapa sahaja yang tidak mampu melawan rodanya yang sentiasa berputar. Dia berdiri di tepi jambatan gantung. Mendepakan tangannya persis Titanic legend scene. Cuma yang berbeza adalah tiada Jack di sisi. Dia tersenyum sedikit apabila memikirkan itu.
 

  Baru sahaja dia hendak membuat aksi lagak ngerinya itu, tidak semena-mena dia mendengar bunyi berlaga yang amat kuat. Sepertinya ada orang mengalami kecelakaan. Dia berpaling dan melihat sebuah kereta melanggar sebuah lori minyak. Pemandu lori minyak itu keluar, lalu berlari tanpa mengendahkan apa lagi membantu pemandu kereta yang masih tidak berganjak dari tempat duduknya. Gadis itu memerhati kereta yang remuk teruk di sebelah pemandu itu sambil berharap pemandunya keluar dan terselamat lalu dia bisa menyelesaikan hal yang tidak selesai baginya.

  Lama juga dia menunggu, namun kelibat pemandunya tidak kelihatan. Dia pasrah lalu membatalkan niatanya lantas berlari laju ke arah  kereta itu. Dia mencuba membuka pintu kereta tapi tersekat kerana remuk teruk. Dari luar dia bisa melihat ke dalam. Dia melihat sosok seseorang yang kepalanya masih terkulai lemah di stereng kereta. Dalam hatinya menggumam, pastinya orang itu pengsan atau sudah mati kerana dia tidak bergerak. Sedang dia mencuba membuka pintu dan akhirnya berjaya, dia terhidu sesuatu. “Oh shit..ni bau minyak ni…if I didn’t drag him fast both of us can die here, “…getus hati kecilnya dan dengan tiba-tiba perasaan tidak mahu mati membuak-buak di dada.

  Dia menarik lelaki itu dengan susah payahnya dan menjauh dari keretanya yang bila-bila masa sahaja boleh meletup. Tiba-tiba, Boooommm…! Bunyi letupan itu amat membingitkan telinganya. Dia dapat merasakan bahang panas memancar ke mukanya, tetapi tidak dihiraukan. Dia mencuba melawan kudratnya yang termampu dan rebah setelah dia merasakan kepalanya mula pening dan pandangannya menjadi kabur berpinar-pinar. Perkara terakhir yang dia ingat adalah dia merasakan badannya digoncang tetapi dia tidak mampu memberi respon.

~~》◇◇◇《~~

Rakus((Completed))Where stories live. Discover now