《Chapter Enam》

1.5K 16 0
                                    


~~》◇◇◇《~~

(Flashback)

  Jam di dinding menunjukan pukul 6 petang. Tangan Grace pantas mencari nombor di recent call lalu mendail. Degupan jantungnya berdegup kencang. Suara yang menjawab di hujung talian membuatkan hatinya berbunga-bunga.

  “Sayang…where are you….?are’ u not here yet..?" kata Grace tanpa membiarkan suara itu sempat bersuara. “Oh baby…be patience..kejap lagi I sampai la…sekarang ni tengah jammed…banyak sangat orang nak tengok exhibition awak..." seloroh suara itu.

  Ya. Hari ini adalah hari Grace bakal membuat Art Exhibition yang julung kalinya. Dia begitu teruja sehingga tertinggal pendrivenya di rumah, yang mengandungi segala slide yang berkaitan dengan exhibitionnya untuk hari itu. Dia berkahwin dengan Zack 5 tahun yang lepas. Walaupun mereka belum dikurniakan dengan cahaya mata, hidup mereka amat bahagia.

  Zack seorang tukang masak di restoran yang terkemuka. Badannya tegap, rambutnya ikal, kulitnya pucat dan matanya berwarna coklat cerah. Mata itulah yang membuatkan Grace fall in love on a first sight. Sedang dia melayan lamunannya, dia tersentak apabila mendengar suara manusia riuh-rendah disekelilingnya. Semuanya berlari ke satu arah. Sebuah kereta berlanggar dengan lori minyak.

  Orang berkerumun tetapi tiada seorang pun yang berani untuk mendekat. Grace berasa tidak sedap hati lalu meluru ke situ. Dia terlihat kereta suaminya di pinggir jalan tidak jauh dari tempat kejadian. Dia berasa lega kerana bukan suaminya yang terlibat dengan kemalangan tetapi, kelegaan itu hilang setelah dia melihat suaminya tiada di dalam kereta.

  Dia berpaling dan melihat suaminya sedang memecahkan cermin kereta yang remuk teruk itu. Seorang perempuan menjerit. “Somebody help meeee…..!!! my son…he still in there!". Kelihatan Zack sedang berusaha menarik keluar budak itu. Grace berlari untuk mendapatkan suaminya tetapi terlambat apabila tiba-tiba lori minyak itu meletup dan segalanya musnah dalam sekelip mata.

  Grace meraung dan berlari dengan lebih pantas tetapi dihalang oleh orang awam. Dia meronta-ronta seperti cacing kepanasan persis ibu kepada budak itu yang juga meraung dan mengila sepertinya. Dia menjerit nama, "Zacccccckkkkkkkkkkkk....!!!!!!!" dengan tidak berhenti-henti. Akhir sekali yang dia ingat adalah kepulan asap dan api yang marak. Dia menangis dan menitiskan air matanya yang terakhir untuk suaminya yang tercinta.

~~》◇◇◇《~~







*Kasihankan dengan Grace..she lost everything dalam sekelip mata shja...T_T
Nak tahu apa lagi jd lepas nie..truskn membaca..thanks...❤❤❤

Rakus((Completed))Where stories live. Discover now