《Chapter Satu》

4.8K 19 0
                                    

~~》◇◇◇《~~

"Hai...how're you doing..?" tanya Melisha sambil matanya tepat merenung ke muka Darell, seorang insan yang amat dirindui oleh dirinya. Insan yang dahulunya dia amat cintai dan mungkin dia mampu jatuh cinta lagi. "Oh...I'm fine..nothing better nor worse.." jawab Darell sambil memalingkan mukanya ke arah lain. Tidak mahu lagi dia melihat muka itu. Muka yang telah membuatkannya lupa apa itu indahnya percintaan. Dalam pada itu, Darell berfikir, "menyesal jugak aku buat keputusan nak p keluar shopping hari ini..ni kan dah betemu ngan muka yang boleh buat mood aku swing 360..aduh..." keluh Darell sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu..


Tiba-tiba Darell terasa tangannya disentuh. Lembut belaian itu, membuatkannya hampir lupa itu lah tangan yang dibencinya. Tangan yang dulu dipegang erat, tidak terfikir pun suatu hari nanti dia akan melepaskan tangan itu pergi dari hidupnya. Cepat-cepat dia menepis tangan itu dan menarik tangannya ke pelukannya sendiri. "Im sorry..i know..u still can't forgive me for what have i done..tapi kita kan manusia..x kan pernah lari dari kesalahan.." kata Melisha sambil merenung muka Darell dengan renungan sepi berbaur sedih.

"Huh...mulut kau..memang manis..dari hari pertama aku bertemu dengan kau....sepatutnya aku sudah menjauh..tapi aku bodoh..young blood and innocent..kau cuma tahu apa itu kesalahan dan dosa apabila kau sudah berada di hujung titian. Sekali kau melangkah, kau akan terjatuh ke bawah api neraka kau sendiri..makanya kau berhenti melangkah dan mencuba meraih simpati. Dasar slut.." kata hati Darell yang begitu marah dengan Melisha. Tidak ingin duduk lama di situ, Darell cuba menamatkan perbualan itu. Namun dia tiba-tiba diam membisu. Kotak suaranya tiba-tiba kosong dan tidak ingin mengeluarkan sepatah kata. "Damn.." dia merungut di dalam hati.

Sedang dia mencuba memerah otaknya, dia terdengar suara yang amat dia kenali dan membuatkan hatinya berbunga mekar. Bunyi tapak kaki berlari anak..dan suara memanggil, "Daddy...daddy..." suara itu mendekat dan terpacul sosok tubuh yang kecil tapi cukup sifatnya. Rambut yang sedikit keperangan, mata bulat berwarna coklat cerah,gigi yang agak jarang dan rambut pendek seperti Sia penyanyi Barat, menghiasi muka anak kecil itu. Pipinya yang gebu persis Darell sendiri dipicit manja dan dia mengomel kerana geli.

Kelakuan mereka itu disaksikan oleh Melisha dari tadi. Jika mulutnya bisa ternganga lebih luas pastinya sudah ternampak segala lidah dan giginya di dalam. Dia cepat-cepat menutup mulutnya dan bersedia untuk menanya soalan tapi dia menerima lagi kejutan yang kedua. Tiba-tiba muncul seorang wanita di belakang Darell sambil membelai lembut belakangnya. Pakaiannya nampak bersahaja dan kolot. Dress labuh berwarna pink lembut berlengan,renda- renda halus menghiasi di setiap penjuru gaun itu, renungan mata yang tidak bertenaga tapi menenangkan, rambutnya berwarna hitam.


Hitam pekat. Walaupun terkena sinaran matahari, tetap warna hitam itu tampak melekat malah bersinar. Matanya..! Melisha kembali merenung ke matanya, sepertinya dia terlepas pandang. Malangnya dia tidak berjaya lagi untuk melihat kerana mata itu sudah berpaling dan ditutupi oleh rambut hitamnya yang seperti perisai baginya.

Mereka bertiga bermesra sesama mereka tanpa menghiraukan kehadiran Melisha disitu, membuatkannya sedikit bengang. "Ehem.." Melisha berdehem, tapi tidak dihiraukan. "Ehemm...ehemmm...ehemmmmmmm".. ulang Melisha lagi tapi lebih panjang dan jelas. Nampak ketiga-tiganya memandang Melisha dengan pandangan 'annoying'. "Daddy..ni siapa..." kata Sanni, sambil menukar pandang kearah Melisha.

"Haaa..sedar pun korang..aku wujud kat sini..." kata Melisha didalam hati. "Oh..ni..ni kawan dady.." kata Darell dengan nada yang sepertinya sangat meluat dan tidak tahu mahu mengklasifikasikan Melisha sebagai apa. Kawan, ex wife, or lebih tepat lagi.......slut. "Oh...hai there....aunty...my name is Sanni Daishe and I am 6 years old. I have 1 mommy and 1 daddy. I love both of them so much." "Aunty..what is your name..?" kata Sanni lagi menambah. "Oh...h...hai...aunty's name is Melisha Samar", kata Melisha pendek, meluat mendengar budak sekecil itu begitu petah berkata-kata. "Entah bahasa sendiri pandai ke tak.." dengusnya lagi.



Darell tiba-tiba bersuara setelah keadaan menjadi agak sunyi. "Well Melisha...we got nothing to talk about anymore..so I think I better go..Sanni is sleepy though.." kata Darell lalu melangkah pergi. Selang beberapa langkah Melisha memanggilnya kembali, lalu dia berpaling. "But we still can meet right.?" Kata Melisha dengan penuh harapan. " I think we better not.." kata Darell sambil membalas renungan Melisha yang sepertinya matanya bisa terkeluar setelah mendengar jawapan itu. Darell mengapai tangan Sanni dan sebelah lagi tangannya merangkul lembut pinggang gadis itu lalu berlalu.


Aksi terakhir yang dilakukan oleh Darell itu masih bermain-main di kotak fikiran Melisha dan membuatkan api kemarahannya membuak-buak. "Siapa betina tu..apa yang buat dia ada hak berada disebelah Darell dan dilayan dengan baik...??" soal Melisha kepada dirinya. "Is that his wife.....?...but......that impossible...!..I didn't even heard he's remarried after our marriage fail".


Otaknya ligat berfikir dan terhenti setelah handphone berdering. Nombor yang tertera diskirn membuatkan mukanya berkerut seribu. "Hello...." kata suara yang dihujung talian. Melisha menjawab, "tunggu boleh tak.. I belom ade lagi lah benda itu...Ingat senang ke nak dapat...Kalau dulu bolehla...Ni dah lain sangat dah..." kata Melisha sambil mengurut kepalanya yang agak sakit pada ketika itu. "Ok..I give you more time..but when the time is up..you know what can I do". Perbualan itu terhenti disitu. Melisha membaling handphonenya lalu menhenyak punggung ke sofa yang berdekatan dan terlelap setelah lama berfikir.

~~》◇◇◇《~~

Rakus((Completed))Where stories live. Discover now