《Chapter Enambelas》

2K 8 0
                                    

~~》◇◇◇《~~

(Flashback)

  Hari ini hari pertama Grace akan berkerja sebagai assistant manager Sam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


  Hari ini hari pertama Grace akan berkerja sebagai assistant manager Sam. Dia tidak menyangka yang niat baiknya untuk menyelamatkan orang mendapat balasan. Dia melangkah masuk dan terlihat Sarah sedang mengelap meja. Sebaik sahaja Sarah melihatnya dia terus berlari untuk mendapatkan Grace dan memeluknya untuk melepaskan rasa rindu di dada.

  Selesai sahaja adegan memeluk, Sam muncul dan meminta Sarah menghabiskan kerjanya yang tergendala. Dengan muka yang masam mencuka, Sarah melangkah pergi meninggalkan Grace untuk di briefing tentang kerja barunya. Sam baik orangnya. Tinggi lampai, berbadan sado, memakai kaca mata dan warna kulitnya sedang-sedang. Tidak terlalu putih, tidak juga terlalu gelap. Just perfect.

  Mukanya jika hendak dibandingkan dengan Darell, dia lebih Asian look. Senyumannya mampu mencairkan mana-mana gadis yang melihat. Dia seperti lelaki di dalam watak komik yang terlahir di dunia nyata. Sedang Grace melayan imaginasinya, dia ditegur. “Dah habis imagine pasal I..? “ tegur Sam membuatkan Grace terkesima. Dia tidak mampu menjawab soalan itu kerana terlampau malu dan tidak menyangka yang Sam mampu membaca fikirannya.

  Dia hanya menundukkan kepalanya, tidak berani bertentang mata dengan Sam. “Hahaha…I gurau jela Grace….Please don’t take it serious…..I know…….every women love to see handsome man, and I cannot blame them….Same goes to me, men….When we see beautiful thing, we can’t take our eye of from it…". Kata Sam sambil merenung Grace tanpa berkedip. Grace terdiam mendengar kata-kata Sam. Dia mengumpul segala keberanian yang tersisa dan memberanikan diri untuk melihat Sam setelah dia merasakan dirinya ditenung.

  Memang tepat tekaannya. Sam sedang merenungnya tanpa berkedip membuatkannya kurang selesa. Tiba-tiba Grace merasakan perutnya mengeras dan sakit. Dia merintih dan terduduk ke lantai. Sam panik dan tidak tahu hendak berbuat apa. Sarah menerpa lalu mempapah Grace ke kerusi yang berdekatan.

  Sarah baru sahaja hendak menelefon ambulans tetapi membatalkan niatnya apabila melihat Darell tiba-tiba muncul di muka pintu. Mukanya tampak janggal melihat mereka hairan melihat dia. Maklumla, dia boss tapi tidak pernah dilihat cuma Sam yang selalu berada di Café dan mengurusnya.

  “Bro…nice…on time…Cepat…tolong aku….hantar Grace pergi hospital….dia nak beranak kot…” terang Sam menggelabah. Darell masuk dan menolong Sarah mempapah Grace  ke keretanya. Pintu ditutup dan Darell memecut laju ke hospital. Grace berbaring di belakang sambil menekan perutnya. Sesampainya di hospital, Grace dibawa terus ke ICU.

  Darell menunggu di luar dan tangannya pantas mendail nombor Sam. “Sam apehal tadi..?ape kau dah buat kat die…?”. Soalan Darell yang bertubi itu membuatkan Sam bengang sedikit. “Aku x buat ape-ape kat dia bro…dia tu kot……imagine aku lebih sangat sampai ovary explode….hahaha".

  Kata-kata terakhir yang terkeluar dari mulut Sam membuatkan Darell gelak besar. Dia menghentikan perbualan itu dan menunggu Grace keluar dengan sabar. Sesekali dia berfikir, dia memahami perasaan Grace itu, dan dengan tiba-tiba  dia terfikirkan sesuatu.

 
  “Husband dia mane wei….."? Tiba-tiba soalan itu terpacul keluar dari mulut Darell tapi tiada sesiapa yang menjawabnya. "Tapi dia memang xpenah talk about husband dia...sebab.....aku la....aku xde tanya pun....adoi....tu la pasal....bangang....." lalu Darell menepuk dahinya sendiri dengan kuat sehingga dia sendiri yang mengerang kesakitan. "Auchhh". Begitu banyak assumption dibuat oleh Darell bagi menyelesaikan soalan yang ada di dalam benak fikirannya.



 

  Pintu masuk ke wad ICU terbuka. Seorang doktor keluar dan menyebut nama Grace. Darell menoleh dan berjalan terus untuk berjumpa dengan doktor itu. Dokor itu memerhati Darell dan berkata, “ Awak husband baru dia ke..?” kata kata doktor itu membuatkan Darell berkerut muka. “Oh…x doktor….saya boss dia…” kata Darell pendek.

 
  “Oh..ok ini bagus….Ini saya nak sampaikan kat awak…Awak tahu dia tengah pregnantkan….and husband dia dah xde………and dia hidup sebatang kara…family dia unknown…xde dalam rekod…..so please….awak sebagai majikan jangan bagi dia buat kerja berat….tadi dia mengalami pendarahan tapi nasib baik x teruk dan membahayakan bayi dia…Apa yang saya dah check tadi, dia p angkat benda berat sensorang. So awak sebagai majikan perlu bertanggungjawab,  tolong ambil berat pasal dia dan kalau boleh tolong pantau segala aktiviti dia", terang doktor itu dengan panjang lebar.

  Darell terdiam dan tidak berkata apa-apa. Cuma satu soalan sahaja yang bisa ditanya kepada doktor itu yang bermain di mindanya. “Kalau doktor x keberatan boleh tak saya tahu, apa yang jadi kat husband dia…..?". Doktor itu merenung Darell dan bersuara, “Disebabkan awak boss dia, saya akan bagitau…".

 
  Doktor itu memulakan cerita yang sudah lama disimpannya. Dia masih ingat lagi dengan jelas situasi itu. Di mana Grace datang ke hospital dengan keadaan yang tidak terurus, rambut kusut masai, matanya sembam dan bau busuk menyengat kerana dia tidak mahu pulang, cuma menunggu di hospital. Menunggu mayat husbandnya selesai dibedah siasat. "Husband dia mati kerana terlibat dengan kemalangan yang berlaku 6 bulan yang lepas….Husband dia bukanlah orang yang terlbat, tetapi dia membantu orang yang terlibat. Tak tau macam mane, yang saya tau, badan dia berkecai kerana lori minyak yang berlanggar dengan kereta itu meletup". Darell mendengar dengan khusyuk dan terdiam setelah mendengar keseluruhan cerita itu.

  “Tragis sungguh kematian husband Grace”, getusnya di dalam hati. Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu. Kejadian itu pernah berlaku ke atas dirinya sendiri. Dia melanggar lori minyak dengan sengaja dan diselamatkan oleh Grace. Tiba-tiba timbul rasa bersalah di dalam dirinya.

  Pasti Grace trauma melihat semua itu tetapi tetap berusaha untuk menyelamtkannya. Jauh di lubuk hatinya, dia bersyukur Grace terselamat bersama dengan babynya sekali. Jika tidak dia pasti akan menyesali tindakannya untuk seumur hidup kerana telah membunuh insan yang tidak berdosa.

  Oleh kerana rasa bersalah dan juga rasa terhutang budi dengan Grace, Darell telah membuat keputusan. Keputusannya ini bakal mengubah segala-galanya dalam hidupnya.

~~》◇◇◇《~~

Rakus((Completed))Where stories live. Discover now