《Chapter Lapan》

1.1K 13 0
                                    


~◇◇◇~

  Grace mencari Sanni yang baru sahaja balik dari sekolah tetapi tidak kelihatan di pandangan matanya. Dalam masa yang sama, Sanni sedang duduk di sebelah Darell dan tertanya-tanya kenapa daddynya nampak begitu sedih. “Daddy….are you alright…you look sad." Sanni memeluk daddynya dari sisi. Darell tidak mampu untuk memandang muka Sanni jadi dia hanya mendiam dan air mata mengalir deras ke pipi.

  “Don’t cry daddy…Sanni is here with you…Sanni love you daddy….” kata terakhir itu membuatkan hati Darell bertambah sedih dan sepertinya jantungnya disentap keluar dan dirobek-robek sehingga koyak. Dia mengesat air matanya dan menoleh melihat mata Sanni yang bercahaya menunggu kata-kata darinya. “Yes honey…daddy love you too…Always love you….” lalu Darell mendepakan tangannya dan memeluk erat Sanni.

  Grace terdengar setiap kata-kata yang keluar dari mulut Sanni. Dia terduduk diluar dapur dan menekup mulutnya. Dia tidak menyangka bahawa Sanni begitu sayangkan Darell seperti ayahnya sendiri. Kenyataannya, Sanni memang tidak tahu bahawa Darell itu bukanlah bapa kandungnya. Darell dan Sanni sengaja merahsiakan itu semua untuk kebaikan mereka berdua.

   (Malam itu, di rumah). Darell meletakkan makanan yang siap dimasak di atas meja. Sanni berlari anak ke dapur dan memeluk Darell. "Daddy…..daddy masak apa hari nie..?” kata Sanni sambil membuat aksi menghidu-hidu. Keletahnya itu membuatkan Darell ketawa dan menjawab, “Daddy masak lauk kegemaran mommy….sambal petai dan ayam masak merah....”. “Waaaaaaa….sound yummy…Sanni panggil mommy dulu….x sabar nak makan..” kata Sanni lalu berlalu ke ruang tamu.

Darell hanya merenung Sanni sambil bayangnya hilang dari pandangan. Fikirannya menerawang, memikirkan bagaimana hidupnya sekarang jika dia tidak berjumpa dengan Grace. Apabila difikirkan balik, Grace seperti angel yang sentiasa melindunginya, tetapi sekarang dia telah melukai hati angel itu kerana sikap tamak dan ingin memiliki semua benda menguasai dirinya.

  Lama dia mengelamun sehingga tidak sedar yang Grace sudah berada di sisinya dan menyapa lembut dirinya. “Darell, awak x nak makan ke..? saya dah lapar nie…jangan marah ler kalau lauk habis…” kata Grace lalu mengauk lauk dan menyuap nasi ke mulut. Sanni melakukan perkara yang sama. Darell hanya tersenyum lembut lalu duduk di sebelah Grace dan ikut serta menjamu makanan yang sudah sedia terhidang.

  Malam itu mereka duduk semeja dan menikmati makanan sambil berbual mesra. Sesekali terdengar Sanni gelak besar mendengar lawak Darell, diselang selikan dengan Grace memarahi mereka kerana bermain semasa makan. Suasana ini yang sudah lama Grace impikan bersama Zack tetapi dia pergi dulu meninggalkannya. Melihat Sanni membesar dengan cukup sifatnya  membuatkan Grace amat bersyukur dan berterima kasih dengan Darell.

 
  Tanpa Darell membantu, mungkin mereka tidaklah sesenang ini dan mungkin dia tidak mampu untuk meneruskan hidup. Dulu Grace selalu menyalahkan Tuhan, mengapa dia diberikan cabaran yang amat berat, tetapi sekarang barulah dia memahami. Tuhan tidak akan memberikan kita cabaran yang kita tidak mampu hadapi. Sekiranya itu cabaran yang kita dapat, maka dengan pasti kita mampu menghadapinya.







**Please keep on reading..thanks to Rauda-san....for reading and give some comment..
Please give me support and vote☆☆...arigatou....:DD

Rakus((Completed))Where stories live. Discover now