~~》◇◇◇《~~
(Now)
Grace bangun pagi itu dengan perasaan lemah longlai. Dia sepertinya malas hendak ke Cafe lalu badannya dipaling ke sisi dan muka Darell terpampang. Muka Darell tampak lembut ketika dia tidur. Bibir yang sedikit terjuih itu ditenung lama. Mahu sahaja dia menerkam lalu membenamkan bibirnya ke bibir Darell tapi niatnya dibatalkan. Dia mengelus lembut rambut Darell yang menutupi mukanya.
Dia mengingati lagi aktiviti mereka malam semalam. Dia mengangkat tangannya dan memerhati cincin ruby di tangannya. Cantik sekali dan nampak bersinar. “Pasti mahal..” gumamnya. Dia mendekatkan dirinya ke badan Darell lalu mengalihkan tangannya. Darell yang merasakan ada orang didalam dakapannya lalu memeluk dengan erat dan menyambung tidurnya.
Grace tidak ingat bila dia tertidur, yang pasti dia terbangun apabila Darell mengalihkan pelukkannya dan mencapai handphone yang berdering menggila. “Hello” suara Darell parau menyahut. “Oh...Sam...kenape...?.....family kau dh ok ke..?.....oh..boleh je...nanti aku p la Cafe..... kau tunggu la aku sampai....” kata Darell sebelum menamatkan perbualan.
Dia berpaling melihat muka Grace yang nampak kepenatan lalu dia tersengeh. “Hebat sangat ke penangan syg malam tadi..?hehèe...” kata Darell separuh berbisik ke telinga Grace. Grace menepis lalu menikam bantal terkena muka Darell. Darell terjatuh sedikit ke belakang.
Grace membuat aksi manjanya selepas itu. “Darell....I x nak pergi Cafe hari nie la...tired....” kata Grace lalu menjuihkan bibirnya. “Alololo..cute nyeeee......” lalu Darell mencubit pipi merah Grace itu membuatkanya lagi nampak merah. “Boleh je....U kan bini boss..siape berani nak marah..? “ gurau Darell sambil mengusap pipi Grace yang merah dek cubitannya tadi.
Grace tersengeh bahagia mengucup bibir Darell sekejap sebelum dia menyambung tidurnya yang terganggu tadi. Darell hanya merenung muka itu lama-lama sebelum berlalu ke bilik air untuk berkemas. T-shirt berkolar warna coklat disarung. Dia membetulkan rambutnya yang sememangnya sudah kemas lalu mencapai telefon bimbitnya.
Dia mengucup dahi Grace dan mengapai kunci kereta. Kereta dipecut laju supaya cepat sampai ke destinasi yang dituju. Grace enak sekali tidur dan tiba-tiba loceng rumahnya berbunyi. Dia malas hendak membukanya tetapi bunyi loceng itu semakin ditekan dengan ganas sepertinya orang diluar itu tidak sabar untuk masuk.
Malas-malas dia angkat dari tilam dan melemparkan kakinya tidak teratur. Sampai di tingkat bawah, dia melihat dari luar tingkap dan susuk lelaki tertangkap di matanya. Dia membuka daun pintu secara perlahan-lahan. Muka Sam terpacul di muka pintu yang hanya grill sahaja memisahkan mereka berdua.
YOU ARE READING
Rakus((Completed))
Mystery / ThrillerWatak-watak dalam Novel Rakus: Grace Gray ( Zack's wife) Darell Daishe (Ex husband Melisha) Sanni Daishe ( Grace daughter's) Melisha Samar ( Ex wife Darell) Sammy Brown (Darell bestfriend) Zack Watt (Grace dead husband) Sann Brown (Sammy twin) ♤Just...