bab 13

195 17 0
                                    

*yuju pov*

Aku duduk lah kat rooftop tu...sementara aku tunggu waktu math abis. Masa aku syok duduk diam² ada mamat ni datang kat tempat aku.

"Hai yuju...kau ni cantik tapi dengan aku kau sombong ek" kata lee wan.

(Lee wan ni sebaya yuju. Kelas sebelah yuju, dia dengan geng dia gatal)

Halamak dia ni!!! Baik aku cabut dulu sebelom dia apa² kan aku. Aku pon bangun mahu melangkah meninggalkan lee wan yang gatal tu. Tiba² dia tarik aku sampai bersandar kat dinding. Dia kunci pergerakan aku.

"Hari ni...aku takkan lepaskan kau" kata lee wan. Aku dah pukul² dada dia mana lah tahu dapat lepas tapi apa kan daya aku ni insan yang lemah.

Lee wan merapatkan mukanya dengan muka ku. Sesiapa pon tolong selamatkan aku. Tiba² ada seseorang yang tarik lee wan tu. Habis lee wan tu kena belasah.

"Jungkook!! Sudah lah tu" kata ku, masa ni aku terpaksa cakap sebab nk hentikan pergaduhan itu. Habis berdarah bibir lee wan. Padan muka kau😒

Jungkook bangun dan menarik aku keluar dari rooftop.

"Kau ni!! Nasib baik aku ada! Kalau tak tak tahu lah apa yang jadi dengan kau kalau aku tak datang sini" marah jungkook. Aku tundukkan kepalaku dan diam. Aku mula bersuara.
"Macam mana kau tahu aku kat sini?" tanya ku.
"Masa aku masuk dalam kelas kawan² kau kata kau tak balik kelas dari tadi. Aku risau and then aku cari ah kau" kata jungkook yang kerisauan. Auch😝ada jugak orang yang amik berat tentang aku. Aku diam.
"Dah lah jom masuk kelas, ni aku keluar pon cikgu tak de" kata jungkook. Aku pon melangkah bersama sama dengannya masuk kelas.

*end yuju pov*

Di dalam kelas...

"Yuju shi~ kau pergi mana?!" tanya yerin yang kerisauan.
"Dia pergi rooftop" kata jungkook.
"Kau buat apa kat sana?" tanya sowon. Yuju mengeluarkan fonnya dan menulis yang dia cuma mahu cari ketenangan.
"Ketenagan apenya kalau kau hampir diapa apakan oleh lelaki tah mana tah" kata jungkook.
"Hah!!? Lelaki mana pulak ni?" tanya eunha. Yuju taip di dalam fonnya nama lee wan.
"Lee wan!!?" kata eunha. Yuju mengangguk.
"Kalau aku tak datang mesti dia sempat apa² kan kau" kata jungkook. Yuju tersengih sambil garu kepalaku yg tak gatal.
"Dia sengih lah pulak" marah sinb sambil menonjol kepala yuju.
"Si gatal tu kan memang! Nasib baik jungkook datang selamatkan kau" kata umji.
"Kamsamida jungkook😊" apa yang ditulis dalam fon yuju.
"Ha ye lah...korang pi balik meja korang. Shuu...shuu..." kata jungkook dengan gaya menghalau.
"Oky fine" kata sowon dan yang lain sambil menjeling ke arah jungkook. Yuju tergelak kecil.

Pada waktu pulangnya pula.....

"Unnie!!" panggil seseorang, masa ni yuju sorang je. Masa ni yuju baru melangkah keluar dari pagar sekolah. Yuju pon menoleh rupa rupanya 3 budak batak tu. Yuju pon bersuara.

"Hah! Korang bertiga ni nk apa! Nk penampar aku lagi?" kata yuju.
"Tak lah unnie... Sebenarnya kami bertiga nk mintak maaf dengan unnie atas kelakuan kami tadi pagi" kata hyena. Mereka bertiga tunduk maaf berkali kali.
"Boleh caye ke ni?" tanya yuju dengan dikecilkan matanya.
"Unnie... Kami insaf lepas dapat tamparan dari unnie" kata minjin.
"Ye ke?" kata yuju yang tak percaya dengan pandangan tajamnya.
"Ye unnie" kata jessie.
"Oky lah..kalau macam tu...unnie maafkan" kata yuju,lalu mahu melangkah pergi.
"Unnie!" panggil hyena lagi. Yuju pon menoleh ke arah hyena.
"Unnie kalau kitorang nk jadi maknae unnie bole?" tanya hyena.
"Pape je lah...asalkan korang tak buat benda jahat lagi" kata yuju.
"Kitorang janji😊" kata hyena,jessie dan minjin serentak.
"Good girls😊 kalau macam tu unnie balik dulu" kata yuju,lalu melangkah pergi.
"Bye unnie!! " kata mereka bertiga serentak.

Selepas yuju melangkah pergi mereka bertiga mula berborak.

"Kenapa dari dulu kita tak jadi maknae unnie ni huh?" tanya minjin.
"Tu lah pasal...unnie ni baik je" sambung jessie.
"Tu lah...tak pe sekarang unnie dah jadi unnie kita dan kita dah janji tak nk buat jahat lagi. Kita kena jadi maknae yang baik tau" kata hyena.
"Baik boss" kata jessie dan minjin serentak dengan penuh semangat sebelum melangkah pulang.

So hyena,minjin dan jessie sah jadi maknae kepada yuju. Umji jangan marah ek😂😂

Thanks for u vote😘 tunggu next bab ye😄 harap bersabar dalam menunggu next bab ni ye😊

BeforeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang