TTM_7DREAM

637 46 34
                                    

By: eunnisa
Title: 7 Dream
Now playing: Dear DREAM

Warning: author tulis ni ambil masa lebih drpd lima jam. Kalau boleh jgn mempersoalkan sebarang typo. Sbb author tulis ni sambil menangis😂

💚💚💚
Mark's POV

Aku terkejut dengan apa yang dia cakap. Psikiatrik tu mencatat sesuatu ke dalam buku catatannya. Aku tak rasa apa yang dia baru cakap tadi tu betul.

"So, Mark. Awak akan menjalani terapi sampingan pada ming-"

"Dahlah Doktor Kwon... saya tak percayakan doktor. Saya tau doktor tipu. Saya kenal diorang lebih daripada sesiapa." Aku mematikan ayat Doktor Kwon, psikiatrik peribadi aku. Omma dan appa aku bayar.

Doktor Kwon tidak membalas. Dia hanya menyambung catatannya. Kemudian dia mengemas semua barang-barangnya. Sebelum dia keluar dari bilik aku, dia sempat menoleh.

"Terpulang kepada siapa awak mahu percaya. Saya cuma jalankan tugas saya. Saya tahu apa awak rasa. Jangan risau. Keadaan awak akan menjadi lebih baik lepas ni." Kemudian Doktor Kwon terus keluar.

Aku mengeluh berat lalu menyandar malas pada sofa dalam bilikku yang menghadap tv.

'Aku yang setiap hari duk tatap muka diorang. Aku taulah.' Hati kecilku berbisik resah.

💚💚💚

Renjun's POV

Aku sekadar mendiamkan diri ketika dalam perjalanan. Aku tak tau siapa yang perlu aku percayakan sekarang. Sama ada diri aku sendiri atau kata-kata orang itu. Aku tak mahu sebut siapa dia. Buat sakit hati saja. Aku tak rasa dia jalankan tugas dengan betul.

"Injun-ah." Ibuku memanggil dari seat depan. Aku memalingakan kepala aku ke depan.

"Apa yang doktor cakap? Ada perkembangan?" Tanya ibu dengan lembut.

"Mama tak perlu tau pun." Balas aku. Ya, aku tau ia kedengaran biadab. Tapi buat masa ni, pikir aku kisah ke?

Aku sekadar menjeling ibu dengan ekor mata ku. Ibu memandang ayah yang sedang memandu kereta. Aku sedar yang ayah memandang aku melalui cermin

Aku kisah apa. Aku yang hadap benda ni sekarang ni. Bukan diorang. Diorang tu yang tak paham aku.

Aku mengambil keputusan untuk tidur. Malas nak melayan kedua orang tuaku.

💚💚💚

Jeno's POV

Aku menghempas pintu kereta. Aku dah tak hiraukan kedua orang tuaku. Aku terus berlari naik ke bilik aku. Aku perlukan masa.

Aku keluarkan phone dan mencari contact someone. Someone yang faham keadaan aku sekarang ni. Aku duduk di penjuru bilik di atas katil sambil memeluk bantal.

Aku mendail someone.

Tut..tut..tut..tut..

Haishhh tak jawab pulak dia. Aku mendail nombor tu lagi.

"Jeno-ah! Kita makan tengah hari dulu jom?" Appa memanggil aku dari bawah.

"Nantilah dulu." Aku membalas. Aku mendail lagi nombor yang sama. Aku bukak mod speaker. Memang itu kebiasaan ku.

Tut...tut...tu-

"Yeoboseyo?"

Akhirnya dia angkat jugak!

"Wehhh! Lamanya kau nak angkat phone?! Banyak kali aku call tau?" Aku terus bertanya. Kehadiran ibu bapaku di muka pintu bilik ku aku endahkan.

"Alah kau ni. Janganlah marah. Ha apa ceritanya ni?" Tanya dia semula.

[O-G] Talk To Me // NCT Malay ImagineWhere stories live. Discover now