Written by:putychoco
Requested by: eunrighthere
Characters:Haechan and Eunjoo
Tittle:True or Dare?12.00 p.m
"Wey Wey weyyy!!"
"Kau kenapa?? Bisinglah Chenle"
Kata Haechan sambil menutup sebelah telinga.Chenle dahlah menjerit kat sebelah telinga dia mau pekak dengar suara high pitch dia ni.
"Takpe ke kita curi-curi keluar macam ni? Nanti kantoi dengan cikgu macam mana?"
Tanya Chenle yang mengekori Haechan ke pinggiran pantai.
Sebenarnya sekolah mereka mengadakan sebuah lawatan sambil belajar ke sebuah pantai yang amat terkenal di Korea.Para pelajar sepatut nya tidak dibenarkan keluar ke pantai selepas pukul 10 malam tapi...
"Kalau macam tu jangan lah sampai kantoi! Halah kau ni ikut je aku boleh tak?"
"Yelah yelah...eh Tu bukan Dahyun,Momo dengan Eunjoo ke? Kenapa diorang kat sini?"
"Aku ajak diorang kenapa?"
Chenle dah buat muka blekmun sambil tersengih.patutlah Haechan Beria nak keluar ke pantai ada ehem ehem sekali rupanya hehehe.
"Yah! Lee Haechan! Lambatnya kau penat kitaorang tunggu"
Kata Dahyun dan Momo sambil bercekak pinggang.Eunjoo pulak dah tersengguk nak tertidur atas daun kelapa kering.
"Sorrylah Chenle ni penakut sangat nak keluar"
"Pergh pergh aku juga Kene"
Chenle buat muka pasrah.
"Korang berdua je ke? Tak seronok betul"
Kata Dahyun dengan muka kesal sebab ikut ajakan Haechan keluar tengah malam macam ni.
"Haiii lama ke korang tunggu?"
Sapa Jaemin.Kelihatan juga Jeno,Renjun dan Jisung.
"Taklah baru sampai"
Dahyun terus tersenyum lebar bila nampak Jaemin isk isk.Bicaranya pon makin lembut.
"Haechan nah botol yang kau mintak.nak buat apa sebenarnya ni?"
Tanya Renjun sambil menghulurkan botol tersebut kepada Haechan.
"Haaa aku sebenarnya nak ajak korang main game!"
"Game apa?"
Tanya Momo teruja.
"True or Dare"
"Laaaa curi-curi keluar semata-mata nak main game ni? Isk baik aku tidur "
Kata Jisung sambil menggeleng kepala chenle pon ikut Jisung meninggalkan tempat tersebut.
"Biarlah diorang tu penakut!"
Eun joo pov
Diorang semua mula duduk dalam satu bulatan.aku baru je nak duduk sebelah Dahyun tapi baru aku perasaan sebelahnya tu Haechan lah oi! Alamak macam mana ni? Tak rilek aku dibuatnya.
"Eh Eunjoo kenapa berdiri lagi tu? Duduk sini"
Dahyun menepuk seat kosong sebelah dia.Memang tu je tinggal.Aku masih teragak-agak nak duduk ke tak.
"Duduk jelah aku tak makan orang"
Kata Haechan dengan senyuman nakal dia tu.Auchhaaa malu lah gini😳😳 aku pun duduk cuba mengawal riak muka agar tak nampak gugup sangat.