"Huaaaaaaa!!! Selamatkan aku, Suga!!!!!"
Suga yang baru sahaja bangun dari tidur, terkejut mendengar jeritan Taehyung. Dia mengosok matanya perlahan.
Bau hangit yang menusuk ke hidungnya membuatkan dia terus bangun. Suga terbatuk-batuk apabila asap menerpa ke arahnya.
"Yah, Taehyung! Kau buat apa?!" Suga terkejut apabila dapur rumahnya sudah penuh dengan asap.
Taehyung yang baru sahaja menutup api dapur dan membuang kuali ke dalam singki, memandang Suga yang sedang berjalan ke arahnya.
"Aku nak goreng telur. Tapi, tak tahu pulak tergoreng dapur sekali. Huhuhu..." Taehyung mengosok belakang lehernya sambil tersenggih.
"Kau ni kan. Aku dah kata jangan masak. Kau degil. Dah, pergi bersiap. Biar aku uruskan."
"Weh, tadi Al call kau."
Suga yang baru sahaja mahu melangkah ke singki, berpaling apabila nama Al disebut.
"Bila?"
"Tadi. Dia kata dia nak kau jemput dia pergi sekolah nanti sebab takde transport."
"Ooh ya ke? Kalau macam tu, korang naik bas ah. Aku nak dating dengan Al."
"Woi, kau pikir senang ke nak naik bas free Selangor? Dahlah lama nak tunggu. Nak jalan kaki pulak si Jungkook tu mudah penat. Kau tak kesian ke kat kitaorang?"
"Tak." Punya panjang lebar si Taehyung membebel, hanya satu payah perkataan sahaja Suga jawab.
Taehyung sudah mula rasa geram. Nak je dia lempang muka Suga laju laju sampai Suga melayang ke udara.
"Dah ah. Aku nak masak ni. Pergi kejut Jimin ngan Jungkook."
"Kau adalah manusia yang paling savage."
"Aku swag."
🌹🌹🌹
Disebabkan Suga mahu sangat berdating dengan Al, Suga meninggalkan Jungkook, Taehyung dan Jimin berjalan kaki ke sekolah. Kurang asam punya Suga.
"Ish, aku benci giler dengan si Suga tu. Ada ke dia patut tinggalkan kita? Nampak sangat dia bukan abang yang bagus. Geramnya aku!" Jungkook mula membebel apabila mereka bertiga sedang berjalan kaki menuju ke sekolah. Jarak di antara sekolah dan rumah tidaklah jauh mana. Tapi, bebel tu macam mereka jalan kaki menuju ke Australia.
Jimin yang hanya mendengar bebelan Jungkook itu, hanya mampu redha sahaja. Menyesal tidak bawa earphone dan phone seperti Taehyung.
Taehyung sudah memasang earphone pada telinganya sambil tangannya menaip sesuatu pada skrin telefonnya.
"Huh?" Taehyung yang sedang mencari apps Tik Tok, tertarik melihat satu apps yang bernama Game of Killer. Entah kenapa dia merasakan dia mahu download sahaja app ini.
Tanpa berfikir panjang, dia terus download apps ini.
"Weh, tengok ni." Taehyung menanggalkan earphone dan menunjukkan telefonnya kepada Jungkook dan Jimin.
"App apa tu?" Tanya Jimin yang tertarik dengan app yang bernama Game of Killer.
"Download lah! Nanti aku nak suruh yang lain download."
Jungkook yang memang bawa phone, mengeluarkan telefonnya lalu mencari app Game of Killer. Terus dia download tanpa fikir panjang.
Jimin sudah rasa nak nangis.
Kenapa dia main mobile legend sampai habis battery semalam sampai lupa nak cas? Huhuhu... sedih...
🌹🌹🌹
Bersambung...

YOU ARE READING
Game Of Killer
Mystery / ThrillerKerana sebuah permainan, mereka terlibat dalam bahaya...