Addiena berpeluk tubuh memandang Wyatt yang sedang berpeluk tubuh. Mereka berdua sekarang berada di halaman rumah Wyatt. Almaklumlah, rumah Wyatt kan besar.
"Aku tak faham apa maksud game tu sebenarnya. Kau ada dapat mission dari game tu tak?" Tanya Addiena. Dia memandang mata Wyatt. Nampaknya, anak mata Wyatt sudah berubah kepada warna merah.
"Takde pulak."
"Don't be a stupid person now."
"Kenapa dengan kau ni? Kau nak suruh aku jawab sebenarnya? Aku kata tak, tak ah!" Marah Wyatt. Dalam hatinya, dia sudah mula rasa gemuruh. Pisau di dalam poket hoodienya, digenggam erat.
"I know," Addiena menayang pistol kepada Wyatt membuatkan Wyatt terkejut. Wyatt terasa mahu menjerit namun, suaranya seolah-olah tersekat.
"Said goodbye to the world, Wyatt."
Bang!
Badan Wyatt yang sudah tidak bernyawa itu terjatuh ke tanah bersama darah yang mengalir. Addiena tersenyum sinis. Namun, senyuman itu tidak lama apabila dia tersedar sesuatu.
"Wyatt! Apa aku dah buat ni?!"
"Wyatt... what happened..." mama Wyatt yang baru sahaja keluar dari rumah banglo itu, terkejut melihat keadaan anaknya.
"Oh my god! My son!"
"I'm sorry..." Addiena menarik picu lalu menembak wanita itu tanpa berfikir panjang.
Bang!
Addiena mengeluh berat. Tiba-tiba, telefonnya berbunyi. Dia membuka telefonnya dan membaca mesej yang dihantar oleh Game of Killer.
Congratulations, Diena!
Now, game was started!
Addiena mengetap bibirnya. Air matanya mula mengalir.
"Aku dah bunuh orang..."
Addiena mengeluh berat. Dia menarik mayat Wyatt menuju ke rumah banglo itu. Mujurlah rumah ini jauh daripada kawasan perumahan yang lain. Mudahlah urusannya.
Selesai membawa mayat Wyatt dan mamanya masuk ke dalam, Addiena menuang minyak ke atas badan mereka berdua.
Mancis dihidupkan. Tanpa berlegah lagi, Addiena mencampak mancis tersebut arah badan mayat itu.
"I'm sorry... I'm sorry..."
Addiena melangkah keluar dari rumah itu meninggalkan mayat yang sudah terbakar. Kemungkinan, mayat itu akan tinggal rangka sahaja.
🌹🌹🌹
Game of Killer
Hi, player!
Now, game was started. I have mission for you!
I want you kill another players in one weeks. If you fail, you need to kill yourself!
Kill your friend or kill yourself.
Just do this mission or do you want to die?
If you want to remove this game, you will get a punishment like Al.
I give warning for you!
*And, now. We have 9 players. Thanks for the players because started this games.*
"What? Sape kena bunuh ni?" Hamiza memandang Nayli dengan perasaan terkejut.
"I don't know." Nayli sudah mula rasa takut. Tattoo yang terukir di belakang lehernya, ditutup dengan rambut panjangnya. Dia tidak mahu ahli keluarganya tahu yang dia mempunyai tattoo di belakang lehernya.
Hamiza mengeluh berat. Game ni semakin menjadi-jadi.
"Game ni bukan untuk membunuh players yang lain." Nayli meluahkan isi hatinya kepada Hamiza.
Hamiza mengangkat wajahnya memandang Nayli daripada terus melihat tattoo yang terukir di pergelangan tangannya itu.
"Habis tu?"
"Game ni untuk cari pencipta game ni. Pencipta tu ada di antara kita. Dia juga player. Kita kena bunuh dia." Tanpa sedar, anak mata Nayli sudah berubah kepada ice blue.
"Macam mana kau tahu?" Tanya Hamiza. Pelik.
"Entahlah. Aku ikut kata hati." Nayli tersenggih. Dia mengaru kepalanya.
"Anak mata kau berubah, Nayli."
"Huh? Mata aku?" Nayli melihat anak matanya yang sudah berubah melalui cermin muka.
"Aku harap game ni hanya main-main." Luah Hamiza. Dia benar-benar takut. Kalau dia mati macam mana? Game tu sendiri kata yang mereka perlu bunuh player yang lain dalam masa satu minggu.
"Entahlah. Aku rasa lain macam. Game ni aku rasa macam hidup. Buktinya, kita ada tattoo. And, anak mata aku berubah." Hamiza mengeluh berat mendengar kata-kata Nayli itu. Ada benar juga kata-kata Nayli itu.
"Dahlah, mari balik." Hamiza bangun dan melangkah menuju ke keretanya diikuti oleh Nayli. Mereka berdua langsung tidak perasan ada seseorang sedang memerhatikan mereka berdua.
ANDA SEDANG MEMBACA
Game Of Killer
Misterio / SuspensoKerana sebuah permainan, mereka terlibat dalam bahaya...
