17

286 14 0
                                    

Jungkook membuka matanya perlahan-lahan. Dia dapat merasakan ada jarum dimasukkan ke dalam kulitnya.

Wajah pertama yang Jungkook lihat ialah Jimin. Jimin tersenyum manis sambil mencabut jarum dari kulit leher Jungkook.

"Kau dah bangun? Tak sia-sia aku buat benda ni. Tak sangka berkesan. Hehehe..." Jimin tersenggih sambil menunjukkan cecair berwarna hitam yang baru sahaja masuk ke dalam badannya.

"Apa... benda tu?" Tanya Jungkook. Dia merasakan dirinya berada di dalam bilik wad. Dilihat pakaian Jimin dengan perasaan pelik.

"Kejap... berapa lama aku kat sini?" Tanya Jungkook, hairan.

"Hampir sebulan gak. Aku dah sedar seminggu lepas accident tu. Tu pun sebab cecair ni. Sepatutnya, aq cucuk kau dulu sebelum naik van tu. Hmm..."

"Wait. Mana Miza? Suga? Yang lain?" Tanya Jungkook. Dia cuba bangun duduk namun, kepalanya terasa berat.

"Hey, sabar. Kesan ubat tu masih belum hilang." Kata Jimin. Dia membaringkan tubuh Jungkook.

"Dengar sini. Aku nak minta tolong. Hari ni aku rasa kau dah boleh keluar. So, aku nak kau pergi balik rumah dan pergi ambik semua cecair berwarna dan pergi cucuk kat semua kawan kita. Diaorang masih tak sedarkan diri lagi tu."

"Tapi... aku tak sampai hati..."

"Kau pikir aku kisah? Do or die..." Jimin melangkah keluar dari wad itu meninggalkan Jungkook yang masih terkebil-kebil di situ.

Jungkook mengeluh berat.

Menyesal.

Ya, dia menyesal kerana masuk ke dalam bilik Jimin tempoh hari. Kalau bukan kerana dia mahu tahu apa yang Jimin lakukan tempoh hari, pasti dia tidak akan terlibat dengan kerja gila ini.

🌹🌹🌹

Jungkook membawa jarum dan cecair berwarna purple, merah, biru, ice blue, grey, silver, rose dan hijau ke hospital. Dia perlu memasukkan segala cecair ini ke dalam badan kawan-kawannya.

Apa sebab dia lakukan semua ini pun dia tak tahu. Yang pasti dia sangat takut dengan Jimin.

Wad Suga terus dia melangkah masuk. Dia memandang sekeliling, memastikan keadaan.

Tanpa berlegah lagi, dia terus masukkan cecair berwarna grey ke dalam badan Suga.

Selesai melakukan kerjanya, dia terus melangkah keluar dari situ dan menuju ke wad lain.

Wad Hamiza dituju. Dia melangkah masuk ke dalam wad Hamiza. Air matanya mula mengalir melihat wajah Hamiza yang penuh dengan luka dan parut. Dia rasa serba bersalah untuk melakukan semua ini.

"Maafkan aku, Hamiza..." Jungkook melangkah menghampiri Hamiza yang terbaring lemah di atas katil. Dia memasukkan cecair berwarna rose ke dalam kulit Hamiza.

"Maafkan aku," kata Jungkook sekali lagi. Dia terus melangkah pergi dari situ sebaik sahaja dia selesai melakukan kerjanya.

Nampaknya, dia perlu buat lagi kepada enam orang rakannya lagi.

🌹🌹🌹

Jungkook melihat Jimin yang sedang membuat tattoo di bahu kirinya. Jimin memang suka buat tattoo.

"Macam mana kita nak buat tattoo kat dia orang? And macam mana kau tahu nama yang diaorang nak buat nanti?" Tanya Jungkook ingin tahu. Jimin kata kepadanya yang dia akan membuat tattoo pada badan rakan-rakannya yang lain sebaik sahaja mereka semua meletakkan nama mereka ke dalam game yang direka oleh Jimin.

Jimin tersenyum sinis mendengar soalan Jungkook itu.

"Cecair yang aku suruh kau masukkan tu akan aku kawal badan mereka. So, kalau mereka typo ke apa ke aku akan tahu sebab aku kawal badan mereka dengan cecair itu. Termasuk badan kau. And, aku akan buat tattoo pada badan diaorang esok."

"Macam mana kalau diaorang sedar tattoo tu sebelum diaorang buka game tu?" Tanya Jungkook lagi.

"Like I said, aku yang kawal diaorang. So, kalau diaorang ternampak, diaorang takkan tahu sebab aku kawal diaorang. Dah siap. Dah pergi tidur. Atau kau nak aku teman kau tidur?" Jimin tersenyum sinis memandang Jungkook yang menggigil ketakutan.

"Takpe... aku... tidur dulu..." Jungkook terus bangun dan melarikan dirinya daripada Jimin.

Jika dia tidur bersama Jimin, pasti badannya akan banyak parut nanti.

Game Of Killer Where stories live. Discover now