Dayu melihat tattoonya yang terukir di bahagian buku lalinya sebelum memandang wajahnya melalui cermin. Matanya berubah menjadi warna biru sekali lagi.
Mesej yang dihantar oleh Game of Killer itu, dipandang sekilas. Dia mengeluh berat. Nak, tak nak, dia perlu baca mesej itu. Jika tidak, dia tidak tahu keadaan sekarang.
Sudahlah ramai orang mati kerana game tidak waras ini. Selama ini, dia hanya mengurungkan dirinya di dalam bilik kerana terlalu takut untuk berjumpa dengan players yang lain.
Hi, Dayu!
Why you don't kill another players?
Or do you want to die?
Go and kill another players now!
I give you one weeks and now you have 6 days!
Or do you want to kill yourself, baby?
Dayu sudah agak mastermind ini adalah lelaki kerana mastermind selalu mengelar dirinya, baby, dear dan darling.
Dan, dia pernah usha mesej daripada Game of Killer di telefon Taehyung. Mastermind itu memanggil Taehyung dengan nama V, Taehyung dan boy.
Dan, itu adalah satu bukti yang mastermind ialah salah seorang daripada players atau kawannya kerana mastermind itu tahu nama sebenar Taehyung.
"I said go and kill another players!!!!"
Jeritan itu bergema di dalam rumahnya membuatkan Dayu terkejut. Sudahlah dia tinggal seorang di dalam rumah ni. Semua ahli keluarganya sudah keluarga untuk membeli barang-barang dapur.
"Siapa tu?" Dayu sudah mula takut. Dia mula mendail nombor telefon Taehyung. Hanya Taehyung sahaja yang boleh dia minta bantuan ketika ini.
"Taehyung?"
"Kill another players now!"
Jeritan itu semakin kuat. Dayu terkejut. Dia terus berlari menuju ke pintu rumah kerana dia mahu melarikan diri dari situ.
Apabila pintu terbuka, Taehyung sudah berdiri di depannya dalam keadaan berdarah. Dayu terkejut melihat keadaan Taehyung.
"Mari pergi," Taehyung menarik tangan Dayu.
Dayu mengikut langkah Taehyung.
"Kenapa badan kau berdarah, Tae?" Tanya Dayu, takut dengan keadaan Taehyung.
Taehyung tidak menjawab sebaliknya, dia berlari laju tanpa hala tuju diikuti oleh Dayu.
"Tae!"
"Jangan pandang belakang!"
Dayu sedikit tersentak mendengar kata-kata Taehyung itu. Jangan pandang belakang? Kenapa?
"Why..." Dayu degil. Dia menoleh ke belakang.
Dayu terjerit ketakutan melihat seorang lelaki memakai mask berwarna hitam dan berlari ke arahnya bersama pedang samurai.
"Kan aku dah kata!"
"Itu mastermind kan?" Dayu memandang Taehyung. Kakinya laju berlari mengikut langkah Taehyung.
Anak mata Dayu berubah menjadi biru. Dan, anak mata Taehyung berubah kepada warna hijau
"Pergi masuk semak sana," arah Taehyung separuh berbisik.
Dayu mengikut langkah Taehyung, menuju ke semak. Nak, tak nak, mereka kena masuk ke sana untuk menyelamatkan diri mereka.
Lelaki itu mengikut Taehyung dan Dayu masuk ke semak.
"Ah!" Dayu terjatuh kerana kakinya terpijak ranting kayu yang tajam. Sudahlah dia berkaki ayam kerana tidak sempat memakai selipar tadi.
Tapak kaki Dayu berdarah. Taehyung terus bertindak mendukung badan Dayu tanpa berfikir panjang.
"Taehyung..." Dayu memandang kepala Taehyung yang sudah berdarah teruk kerana tidak dibalut. Wajah Taehyung yang penuh dengan luka itu diusap perlahan.
"Aku janji aku akan jaga kau. Sampai mati..."
Dayu terharu mendengar kata-kata Taehyung itu.
"Tae..."
"You need to kill another players!"
(Kacau daun betullah -,-)
Lelaki itu menjerit kuat sambil kau kakinya mengejar Taehyung dan Dayu.
"If you help another players, you need to kill yourself!"
Larian Taehyung semakin lemah dan larian lelaki itu semakin laju.
"Taehyung! Bahaya!"
Taehyung terkejut. Dia menghentikan langkahnya. Namun, disebabkan tanah yang licin itu, dia terjatuh bersama Dayu.
Badan mereka berguling-guling kerana terjatuh dan akhirnya badan mereka berhenti apabila badan mereka terkena batu besar.
Pandangan Taehyung semakin gelap. Matanya semakin lemah untuk dibuka. Begitu juga dengan Dayu. Mungkin kerana kepala mereka berdua terhantuk kuat pada batu besar.
"Dayu..." hembusan nafas Taehyung sudah tidak menyapa wajah Dayu lagi membuatkan Dayu terkejut.
Dalam keadaan kepalanya yang sakit itu, Dayu cuba bangun. Namun...
Bang!
Akhirnya, Dayu rebah di atas tanah bersama Taehyung.
Lelaki itu tersenyum sinis melihat dua orang players sudah mati di tangannya.
"I said you need to kill another players if you want to life. Now, look."
Tanpa perasaan bersalah, lelaki itu berjalan meninggalkan mayat Taehyung dan Dayu begitu sahaja.
Siapa kejam? Author ke mastermind?

YOU ARE READING
Game Of Killer
Mystery / ThrillerKerana sebuah permainan, mereka terlibat dalam bahaya...