Pada malam itu, semua orang mula membuka telefon masing-masing untuk bermain app baru. Jimin pun sudah download app tersebut.
Hi, player!
Before we play, you need to read a rule
This game have 10 players. The players need to stay alive and be the only one player who survive the mess. They need to get rid of each other until there will be one player only. The goal of this game is to survive.
And, when the player manages to kill another player, the player can get a property from the players you kill.
So, do you want to play?
"Game ni hidup ke? Takut pulak aku." Kata Jimin pada diri sendiri. Tapi, bila fikirkan balik. Game bukan hidup pun kan? Pikir ini chat ngan Momo ke?
"Yah, aku nak main!" Jimin terus menekan Yes tanpa berfikir panjang.
Sebaik sahaja menekan yes, mesej dipaparkan di skrin. Jimin membacanya.
I can give you a mission tomorrow.
"Apa ni?" Jimin mencampak telefonnya ke atas katil. Dah kena tunggu esok. Lebih baik tak payah download kalau kena main macam ni.
Jimin mengambil balik telefonnya dan ingin membuang app tersebut namun, tidak boleh. Dia akan menulis unable to remove system app.
"Ini lagi pelik. Game ni salah satu system app ke?" Jimin rasa macam nak sepak-sepak sahaja sape yang buat game ni. Dahlah tak best.
"Lebih baik..."
"Huaaaaaaa!!!!!!"
Jeritan dari luar itu berjaya menghentikan Jimin daripada terus membebel pasal game itu. Jimin terus melangkah dari biliknya dan mencari pemilik suara itu.
"Kenapa Jungkook?" Suga dan Taehyung yang baru sampai ke bilik Jungkook, memandang Jungkook yang sedang melihat badannya yang tidak memakai baju itu.
Jimin yang baru sampai, melihat badan Jungkook.
"Kenapa ada tattoo kat bahu aku?" Jungkook menunjukkan bahu kirinya yang tertulis perkataan Jungkook.
"Aik? Bila kau buat tattoo Jungkook?" Tanya Suga. Hairan.
"Aku tak buat tattoo lah! Lepas aku main game tu, terus ada tattoo kat badan suci aku ni! Eee, sape yang buat tattoo ni?!" Bebel Jungkook sambil tangannya cuba menanggalkan tattoo itu. Tapi, dia boleh fikir tattoo tu tak boleh ditanggalkan.
"Eh, Taehyung! Ada tattoo kat dada kau!" Tegur Jimin apabila dia perasan ada tattoo di dada kanan Taehyung. Disebabkan Taehyung membuka butang baju tidur sampai ke perut, terserlah sedikit dada Taehyung.
"Bila masa ada tattoo ni?" Taehyung membuka bajunya dan melihat dada kanannya. Memang betul ada tattoo di situ. Tattoo itu tertulis V.
"Mesti kau ada jugak kan?" Jungkook terus menanggalkan baju Suga untuk melihat badan Suga.
"Weh! Apa ni!" Suga mula rasa marah kerana Jungkook menanggalkan pakaian sesuka hati. Nasib baik baju.
"Belakang badan Suga..."
Jimin meraba belakang badan Suga yang mempunyai tattoo yang tertulis nama Sugar.
"Kenapa Sugar?" Tanya Jimin, hairan.
"Eh, Sugar? Tak silap aku tu nama aku yang aku letak kat dalam game Game of Killer. Tu pun sebab aku typo. Macam mana boleh ada kat belakang badan aku ni?"
"Takkan game tu hidup?" Soal Jimin. Hairan.
"Kalau hidup, dia takkan suruh kita bunuh player lain!" Taehyung mula menenking. Stress.
"Lek ah..." Jungkook menenangkan Taehyung. Dia memandang anak mata Taehyung. Dia terkejut melihat anak mata Taehyung yang berubah warna kepada warna hijau.
"Tae... kenapa anak mata kau berubah..."
Taehyung tersenyum sinis. "I will be a winner..."
"Winner apa? Kau dah kenapa?" Suga mula rasa lain macam. Bahu Taehyung ditolak oleh Suga.
Anak mata Taehyung serta-merta berubah menjadi asal. Taehyung memandang Suga sebelum memandang rakan-rakannya yang lain.
"Aku... aku nak tidur dulu. Esok kita bincangkan pasal ni." Taehyung terus naik ke atas. Dia sudah rasa lain macam. Badannya juga terasa lain.
"Dah, mari tidur." Suga merampas bajunya daripada Jungkook dan melangkah menuju ke biliknya.
"Bye!" Jimin terus berlari menuju ke biliknya meninggalkan Jungkook yang terkebil-kebil di situ.
Jungkook mengeluh. Dia melangkah masuk ke dalam biliknya dengan perasaan bercampur.
🌹🌹🌹
Suga memandang tattoo di belakangnya melalui cermin. Matanya yang berubah menjadi warna grey, telah mengejutkan dirinya.
"Kenapa mata aku..." Suga melihat matanya yang berubah warna.
"Takkan... game ni hidup?"

YOU ARE READING
Game Of Killer
Mystery / ThrillerKerana sebuah permainan, mereka terlibat dalam bahaya...