15

284 17 0
                                        

Dayu dan Taehyung ketawa melihat Jimin dan Suga bergaduh seperti kanak-kanak riang. Mereka berdua bergaduh semata-mata ingin meminta perhatian daripada Wyatt.

"Huaaaaaaa! Wyatt abang aku!" Jimin menarik tangan Wyatt dari Suga.

"Dia adik aku! Kau pahal?!" Suga menarik tangan Suga dari Jimin pula.

Wyatt sudah pening berada di tengah-tengah. Ada-ada saje budak dua ekor ni gaduhkan.

"Lepaskan aku! Woi!" Wyatt sudah menjerit kerana pening dengan sikap Suga dan Jimin.

Akhirnya, Jimin dan Suga melepaskan tangan Wyatt secara serentak. Kerana tindakan tersebut, Wyatt terjatuh dari kerusi.

"Wyatt!!!"

Habis satu kelas itu bergema suara gelak tawa mereka semua melihat Wyatt terjatuh dari kerusi seperti buah cempedak terjatuh.

Taehyung memeluk leher Dayu dari belakang sambil ketawa. Dia meletakkan dagunya pada bahu Dayu.

"Korang dah pahal main tarik-tarik lengan Wyatt? Kau pikir tali ke?" Jungkook memandang Suga dan Jimin yang tayang muka tak bersalah sambil memegang gitarnya.

"Wyatt kata nak belanja aku makan!" Kata Jimin sambil memuncungkan bibirnya.

"Dia kata nak belanja aku beli barang-barang blackpink!" Kata Suga pula.

Wyatt sudah mengeluh berat. Geram pulak dia memberitahu kepada dua budak ni. Menyesal pula buat perjanjian.

"Weh, apa kata kita pergi bercuti nak?" Ajak Miza tiba-tiba yang dari tadi duduk di sebelah Jungkook.

"Kat mana?" Tanya Al. Seperti berminat dengan ajakan Miza itu.

"Entahlah. Aku ajak je." Miza tersenggih macam kerang busuk.

Yang lain mencebik. Suka sangat buat macam tu pada mereka.

"Kita gi Cameron nak?" Cadang Jimin. Siap angkat-angkat tangan lagi.

"Bagus jugak tu. Bila?" Tanya Wyatt, yang tertarik dengan cadangan Jimin.

"Minggu depan cuti sekolah. So, kita gi minggu depanlah!"

"Wyatt kata dia nak belanja kita breakfast." Kata Suga tiba-tiba.

"Terima kasih, Wyatt!" Kata mereka semua serentak kepada Wyatt.

Wyatt mengeluh berat. Apalah nasibku ini.

🌹🌹🌹

Jimin melangkah masuk ke dalam rumahnya. Nampaknya semua orang sudah tidur kerana sudah waktu malam.

Pintu rumah ditutup rapat dan dikunci perlahan. Jimin melangkah pergi menuju ke biliknya.

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana Taehyung, Jungkook, Jimin dan Suga dapat duduk di rumah ini sedangkan mereka berempat hanya anak nyatim dan tiada parents.

Sebenarnya, mereka berempat dijadikan anak angkat oleh seorang lelaki tua yang masih belum berkahwin. Lelaki itu memang kaya dan ingin anak angkat. Disebabkan dia mampu, dia mengambil empat orang anak angkat iaitu Suga, Jimin, Taehyung dan Jungkook.

Tapi, dia tidak mengambil mereka berempat sekali gus. Suga, Jungkook dan Taehyung dijadikan anak angkat di hari lain dan Jimin pula dijadikan anak angkat kemudian hari.

Namun, takdir telah tertulis dalam kamus hidup mereka. Lelaki itu telah meninggalkan mereka berempat ketika mereka semua berumur 14 tahun.

Disebabkan lelaki itu kaya, lelaki itu tidak melakukan apa-apa hutang dan telah membeli rumah ini dengan hasil duitnya. Dan, disebabkan lelaki itu kaya, mereka berempat juga memiliki banyak harta daripada lelaki itu.

Namun, disebabkan mereka ini suka berjimat cermat dan masih lagi bersekolah, mereka mengambil keputusan untuk menyimpan duit itu untuk menyambung belajar sahaja. Mereka juga mengambil keputusan untuk bekerja.

Itu kedekut nak beli kereta lain tu. Itu semua kerana Suga. Suga tidak benarkan mereka beli kereta atau motor baru.

Jimin melangkah masuk ke dalam biliknya. Pintu ditutup rapat. Dia menanggalkan hoodienya dan menanggalkan bajunya. Maka, terserlahlah badannya yang penuh dengan tattoo itu.

Banyak tattoo yang terukir di badannya seperti tattoo naga, harimau dan sebagainya. Dada dan lehernya adalah bahagian yang paling banyak tattoo.

Pernah sekali Suga melarangnya membuat tattoo namun, Jimin masih berdegil juga. Kerana malas, Suga sudah tidak mahu lagi melayan sikap Jimin.

Jimin melihat lakaran dan gambar yang tergantung di dinding biliknya. Pelbagai lakaran, gambar dan experiment  yang dia lakukan di dalam bilik ini.

Sebenarnya, Jimin ini ialah anak kepada seorang professor. Namun, disebabkan ayahnya telah dibuang kerja kerana mendapat gelaran psycho, ayahnya telah membuangnya ke rumah anak nyatim.

Maknya?

Sudah jadi pelacur.

"Nampaknya, game aku akan bermula." Kata Jimin sambil tersenyum sinis. Dia melihat cecair berwarna di dalam tabung uji itu bersama senyuman yang sukar untuk ditafsirkan.

Jimin membuka laptopnya lalu melakukan aktivitinya di dalam laptop tersebut. Dia mahu melakukan satu app yang bernama Game of Killer tanpa sesiapa sedar.

Jimin tersenyum sinis apabila app dia sudah siap.

Jimin bangun lalu mengambil pisau di atas mejanya. Dia berlari ke arah Jungkook dan menikam lengan Jungkook membuatkan Jungkook terjerit kesakitan.

"Kau fikir aku tak tahu kehadiran kau?" Jimin menutup pintu dan mengunci pintu. Dia melihat Jungkook yang sedang terduduk sambil mencabut pisau dari lengannya.

"Jimin... maafkan aku.."

"Kau pikir senang aku nak maafkan kau? Hmm?" Jimin mengambil jarum yang berisi cecair berwarna teal lalu menghampiri Jungkook.

"A... apa... apa benda tu?" Jungkook cuba melarikan dirinya daripada Jimin. Namun, Jimin lebih pantas dan kuat darinya. Jimin terus menarik badan Jungkook dan mencucuk jarum ke dalam leher Jungkook.

Jungkook menjerit kesakitan. Dia merasakan ada sesuatu yang mencengkam badannya ketika ini.

Tiba-tiba, badannya terasa lemah. Matanya bertukar warna teal. Jimin tersenyum melihat perubahan warna Jungkook.

"Dengar. Kalau kau nak hidup, kau kena ikut cakap aku." Jimin mencengkam wajah Jungkook.

"Kau kena ikut apa aku kata. Aku nak kau rosakkan kereta esok. Aku tak kira."

"Tapi..."

"Kau mesti fikir kenapa aku suruh kau rosakkan kereta esok bukan? Sebab aku nak mereka semua accident. Tiada alasan. Tiada halangan. Faham?" Jimin berkata dalam nada yang tegas dan kasar.

Jungkook mengangguk lemah.

Jimin bangun. Dia berjalan menuju ke mejanya lalu mengambil cecair yang lain. Dia mahu menguji segala experiment nya pada badan Jungkook.

"Let's try, boy."
















Game Of Killer Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang