Taehyung melangkah masuk ke dalam rumah dalam keadaan yang penat. Baru sahaja dia melangkah masuk ke dalam, dirinya ditegur oleh Jimin.
"Weh, kau tak bawa phone ke tadi?" Tanya Jimin sambil menghulurkan telefonnya kepada Taehyung.
Taehyung terkejut telefonnya yang baru pecah berkecai tadi berada di tangan Jimin. Bagaimana...
"Kau jumpa kat mana?" Tanya Taehyung, pelik. Dia mengambil telefonnya itu lalu membeleknya. Tiada satu pun kesan calar atau kesan pecah. Tadi, dia baling phone sape?
"Kat bilik kau. Waktu tu, aq tengah kutip baju kotor kau. Nasib baik aku jumpa phone kau ni kat bakul. Rupanya kau campak phone kau kat bakul. Apalah kau ni, Taehyung." Bebel Jimin.
Taehyung langsung tidak mendengar bebelan Jimin itu sebaliknya, dia membuka telefonnya dan menerima mesej daripada Game of Killer.
Hi, Taehyung!
How about your day? Anything okay?
I think you are okay just now because game was started!
I have a mission for you! I want you kill another players in one weeks.
If you fail, you will kill yourself.
Choose now! Kill your friend or kill yourself!
"Babi..." carut Taehyung sebaik sahaja dia selesai membaca mesej tersebut.
"Kenapa?" Tanya Jimin ingin tahu.
"Takde apa-apa. Kau bersiap ni nak pergi mana?" Tanya Taehyung apabila dia sedar yang Jimin sudah mengambil kunci motosikalnya.
"Nak melawat Al. Kau boleh tengokkan Suga jap? Dia demam pulak."
Taehyung mengangguk.
Jimin tersenyum lalu melangkah keluar dari rumah. Taehyung yang mampu melihat kelibat Jimin sehingga hilang.
🌹🌹🌹
Addiena melangkah masuk ke dalam rumah dalam keadaan lemah. Dia merebahkan badannya di atas sofa sambil tangannya mengurut kepalanya.
"Aku tak bunuh sesiapa... aku tak bunuh sesiapa..."
"Diena! Are you there?!"
Addiena yang baru sahaja ingin menenangkan dirinya, terkejut mendengar suara yang asing dari luar rumahnya. Lantas Addiena bangun dan berlari ke pintu utama rumah.
"Yes? Cari si..." Pintu terbuka. Dan, tiada sesiapa di luar. Hanya ada sebuah beg bagasi dan sampul di atas beg bagasi itu.
Addiena teragak-agak mengambil sampul dan beg itu. Tapi, disebabkan sampul itu tertulis untuk Addiena, dia terus membawa sampul dan beg itu masuk ke dalam. Mujurlah ahli keluarganya tiada di rumah sekarang. Mudahlah urusannya hari ini.
Sampul dibuka. Mata Addiena yang sememangnya bulat, bertambah bulat kerana terkejut melihat isi di dalam sampul itu.
Game of Killer
Hi, Diena!
This is the treasure of Wyatt because you've managed to kill Wyatt. Congratulations!
Sejumlah wang dikeluarkan dari sampul itu. Addiena menekup mulutnya kerana tidak percaya.
"This is... true right?"
Beg bagasi yang berada di sebelahnya, dibaringkan dan dibuka. Sebaik sahaja beg itu terbuka, bau busuk menusuk ke rongga hidungnya. Addiena menekup hidungnya.
"Apa ni?" Addiena membuka zip itu sampai habis.
"Aaaaaaahhhhhh!!!!!"
Addiena terundur ke belakang. Matanya membulat. Tekaknya terasa loya. Kepalanya terasa pening. Semuanya kerana dia melihat mayat seseorang atau sepatutnya digelar bangkai seseorang yang berada di dalam beg bagasi itu.
Kepala dipotong. Jari juga dipotong. Lengan juga telah dikerat. Badan bangkai ini seperti sudah dikerat ke 14 bahagian.
"Wyatt?" Addiena perasan ada tattoo yang tertulis nama Wyatt di lengan kiri bangkai itu. Lengan itu sudah dipotong dan berada di atas anggota badan yang lain.
Addiena cuba menghampiri bangkai itu. Bau busuk mula menusuk ke hidungnya, cuba ditahan. Addiena mengeluarkan segala anggota badan Wyatt yang sudah dikerat keluar dari beg itu.
"Uwek!!" Addiena akhirnya termuntah di situ kerana tidak tahan bau bangkai tersebut.
"Wyatt..."
"Game was started, dear."
Saat Addiena berpaling, dia terkejut melihat Jungkook sedang berjalan menghampirinya bersama sebatang kayu. Wajahnya yang bengis membuatkan Addiena berasa takut.
"What are you doing?" Addiena cuba bangun dan ingin melarikan diri dari situ namun, Jungkook lebih pantas menghalang Addiena dengan memukul kaki Addiena dengan kayu itu.
"I want to kill you, baby..." senyuman sinis mula terukir di bibir Jungkook. Anak matanya juga berubah.

YOU ARE READING
Game Of Killer
Mystery / ThrillerKerana sebuah permainan, mereka terlibat dalam bahaya...