Sepanjang perjalanan mereka semua menuju ke Cameron dengan menaiki van, Jungkook adalah orang yang paling diam sekali di dalam van. Anak matanya selalu berubah. Badannya menggigil kesejukan. Kepalanya terasa sakit seolah-olah dicengkam.
Mungkin kerana badannya diuji oleh Jimin semalam.
Kesan tersebut semakin kuat membuatkan Jungkook terasa takut. Anak matanya memandang Jimin yang seronok bermain dengan Suga dan Wyatt.
Semakin lama pandangannya semakin kabur.
"Jungkook kenapa ni?" Tegur Hamiza yang perasan keadaan Jungkook.
Jungkook cuba bersuara namun, suaranya seolah-olah tersekat.
"Jung..."
"Apa dah jadi ni?" Pemandu van yang membawa mereka semua itu mula gelisah apabila van mereka tidak dapat dikawal. Sudah puas dia menekan brek namun, masih tidak dapat menghentikan vannya.
"Kenapa uncle?" Tanya Taehyung, yang duduk di sebelah pemandu van tersebut.
"Brek..."
"Uncle!!!!!!!!" Jerit Hamiza dan Nayli serentak apabila dia ternampak satu lori meluncur laju ke arah van mereka.
Jungkook memeluk badan Hamiza. Dia melekapkan kepala Hamiza ke dadanya agar Hamiza tidak melihat aksi ngeri di depannya matanya.
"Maafkan aku," bisik Jungkook perlahan sebelum van mereka berlanggar dengan lori tersebut.
Bang!!!!!!!

YOU ARE READING
Game Of Killer
Mystery / ThrillerKerana sebuah permainan, mereka terlibat dalam bahaya...