Jungkook meletakkan badan Addiena di tempat duduk belakang di dalam keretanya. Jungkook meraup wajahnya berkali-kali. Anak matanya yang berwarna teal memandang tajam ke arah Addiena.
"Apa aku nak buat dengan dia? Takkan nak tanam?"
Jungkook meraup wajahnya secara kasar sambil memikirkan cara untuk membunuh Addiena.
Tanpa berfikir panjang, Jungkook terus menghidupkan enjin kereta dan mula memandu kereta tanpa arah tuju.
"Aku tanam dia. Mesti dia akan mati bukan?" Kata Jungkook kepada diri sendiri.
Jungkook tertawa sinis. Tiba-tiba, telefonnya berdering membuatkan Jungkook tersentak. Jungkook mengangkat telefonnya dan membukanya. Dia memandang mesej yang baru masuk. Daripada Game of Killer.
If you kill Diena, you can get property from Wyatt and Diena
Jungkook tersenyum membaca mesej itu. Dia tersenggih seperti kerang busuk.
"So, tak salah kan aku nak bunuh Addiena?"
Bang!
Kereta Jungkook terhenti kerana terlanggar kereta seseorang. Jungkook mengetap bibirnya menahan geram. Terus dia keluar dari keretanya untuk melihat kereta di depannya, kereta yang dia baru langgar.
"Kenapa kau berhenti tengah jalan ni?" Marah Jungkook. Tidak tahu yang dia yang salah sebenarnya dalam kes ini.
"Jungkook?" Hamiza berpaling memandang Jungkook yang sudah bercekak pinggang di belakangnya.
"Aku rasa salah kau sebab sekarang lampu merah." Kata Hamiza. Dia berpeluk tubuh memandang Jungkook.
Perlahan-lahan Jungkook menurunkan tangannya.
"And you have a new tattoo huh?" Mata Hamiza bertukar kepada warna Rose apabila dia perasan yang Jungkook membuat tattoo naga di bahu dan dada kirinya.
"Whatever. Aku nak cepat ni. Alihkan kereta kau sekarang."
"Nak pergi mana?" Tanya Hamiza. Dia memandang tajam ke arah Jungkook.
"Adalah," jawapan Jungkook sedikit tersekat kerana berasa gemuruh.
"Nak buat mission ke?" Soalan itu membuatkan Jungkook bertambah gelisah.
"Ah! Aku nak baliklah! Nak berehat! Cakap dengan kau macam cakap dengan kayu!" Marah Jungkook.
"Kau dah berubah. Sebab game tu bukan?" Anak mata Hamiza perlahan-lahan berubah kepada yang asal.
Jungkook berpaling perlahan-lahan memandang wajah Hamiza yang sayu itu.
"Aku..."
"Tolong jangan jadi killer, Jungkook. Aku tak nak kau jadi pembunuh..." ucap Hamiza. Sayu.
Jungkook memandang wajah Hamiza dengan perasaan serba bersalah.
"Aku... aku takut... miza..." ucap Jungkook. Tersekat.
"Aku pun sama. Tapi, kalau kau takut dan bertindak luar kawalan, lebih baik kita putus." Hamiza membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam perut kereta.
Jungkook mengeluh berat. Dia melihat kelibat kereta Hamiza sehingga hilang. Mujurlah tiada kereta di sini. Kalau tidak, mesti kena kecam nanti.
Jungkook membuka pintu kereta di belakang. Jungkook terkejut melihat kelibat Addiena yang sudah hilang.
"Tak guna!" Anak mata Jungkook terus berubah kepada teal. Wajahnya sudah merah menahan perasaan marah.
"Aku akan bunuh kau, Addiena..."

YOU ARE READING
Game Of Killer
Mystery / ThrillerKerana sebuah permainan, mereka terlibat dalam bahaya...