Suga yang perasan dia telah terlanggar seseorang, terus keluar dari perut kereta diikuti dengan Taehyung, Jimin dan Jungkook.
"Al!!!!!!" Suga menjerit kuat melihat badan Al yang penuh dengan darah sudah terbaring lemah di atas jalan. Suga meluru ke arah Al dan mengoyangkan badan Al.
"Al, bangun!" Pipi Al ditepuk beberapa kali.
"Taehyung, call ambulance!" Arah Suga. Matanya sudah berkaca. Bila-bila masa sahaja air matanya akan terjatuh.
Taehyung mengangguk. Dia terus membuka telefonnya dan menelefon ambulance.
Jungkook yang sedang melihat nadi Al, terjumpa telefon Al. Telefon Al dibuka dan dibaca mesej yang dihantar oleh Game of Killer itu.
I said you can remove this game, dear.
"Game ni..." Jungkook bersuara membuatkan semua mata memandangnya.
Jungkook mengangkat wajahnya memandang yang lain sebelum menyambung ayatnya.
"Hidup..."
🌹🌹🌹
Jimin mengeluh berat melihat keadaan Suga. Sudah hampir tiga hari Al tidak sedarkan diri. Dan, sudah hampir tiga hari Suga tidak berselera untuk makan.
Kalau dia ada kekasih, adakah dia akan menjadi seperti Suga? Jimin hanya mampu mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
Rumah besar yang hanya diduduki empat orang manusia, terasa kosong. Almaklumlah, mereka berempat tiada ibu bapa. Semua duit hanya berharap pada kerja masing-masing.
"Jimin, aku nak gi kerja ni. Kau jaga Suga ek?" Soal Jungkook yang sedang memakai kasut di depan pintu rumah.
"Aah. Aku jaga Suga. Weh, kau ada dapat tak mesej dari Game of Killer?" Tanya Jimin tiba-tiba.
"Takde pulak." Jungkook mula berdiri sebaik sahaja dia selesai memakai kasut.
"Aku takut ah. Game tu macam hidup." Jimin meluahkan isi hatinya kepada Jungkook.
"Aku nak pergi rumah Wyatt dulu sebelum pergi kerja. Nanti aku tanya dia. Kot kot badannya ada tattoo." Cadang Jungkook.
Jimin mengangguk.
Jungkook tersenyum lalu melangkah menuju ke kereta milik Suga. Almaklumlah, hanya ada dua sahaja kenderaan kat sini. Satu kereta. Dan, satu motosikal. Motosikal tengah digunakan oleh Taehyung. Entah pergi mana lelaki itu pun dia tidak tahu. Dating ngan Dayu kot.
Jimin hanya mampu melihat kelibat Jungkook sehingga hilang di situ.
🌹🌹🌹
Game of Killer
Hi, Taehyung! I have a mission for you!
I want you kill Dayu.
If you start do now, this game was started!
Taehyung meramas rambutnya dengan kasar. Mesej ini selalu dihantar kepadanya setiap hari. Taehyung memejam matanya untuk seketika. Ingin menenangkan dirinya sebentar.
"Aku takkan bunuh sesiapa..." Taehyung mula tertekan.
Tiba-tiba, telefonnya berbunyi. Taehyung memandang telefonnya. Mesej daripada Game of Killer.
"Pergi mampus!" Telefon itu dibaling ke dinding sehingga berkecai. Taehyung terus bangun dan melangkah pergi dari situ. Dia mahu menyambung kerjanya semula memandangkan waktu rehatnya sudah tamat.
🌹🌹🌹
Wyatt yang sedang mengelap rambutnya yang basah, terhenti apabila terdengar mamanya memanggilnya dari bawah.
"Wyatt! Your friend!"
"Wait!" Jerit Wyatt. Wyatt terus memakai hoodie untuk menutup lengan kirinya yang mempunyai tattoo yang tertulis namanya. Wyatt.
Wyatt turun ke bawah dengan rambutnya yang masih basah.
"Oh, Diena. Why you come here?" Wyatt menghampiri Addiena yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumahnya.
"We need to talk... about Game of Killer." Addiena memandang Wyatt dengan tajam. Matanya serta-merta berubah menjadi warna purple.
"Oh, kejap eh. Kau duduk ah dulu. Aku buatkan air..."
"I just want to talk at outside." Kata Addiena sedikit tegas.
"Er... jom... jom..." Wyatt melangkah menghampiri Addiena dan melangkah keluar dari rumah bersama Addiena.
🌹🌹🌹
Jungkook menghentikan keretanya di halaman rumah Wyatt. Sebelum dia melangkah keluar dari kereta, telefonnya berdering menandakan mesej baru masuk.
Jungkook membuka telefonnya. Mesej daripada Hamiza, dibaca.
Jungkook, esok free x?
Jungkook tersenyum membaca mesej tersebut.
Rindu ke?
Mesej dibalas.
Ting! Mesej baru yang dihantar oleh Hamiza dibaca.
Be serious person now. I want to talk about Game of Killer.
Jungkook mencebik. Pasal game rupanya.
Tanpa berfikir panjang, Jungkook terus menelefon Hamiza.
"Hello."
"Kenapa call?" Tanya Hamiza di hujung talian.
"Kata nak bincangkan pasal game tu. Kenapa dengan game tu?" Soal Jungkook seolah-olah tidak tahu apa yang sudah berlaku kepada mereka.
"Kan Al masuk hospital sebab game tu. Aku rasa game tu hidup."
"Al masuk hospital sebab kena langgar dengan Suga. Itu pun Suga tak sengaja. Takkan kau pikir kejadian Al tu ada kena mengena dengan Al? Kot kot hanya kebetulan je." Jungkook cuba menenangkan Hamiza sedangkan dia cuba menenangkan dirinya jugak. Dia sendiri rasa lain macam apabila nama game itu disebut oleh kawan-kawannya.
"Kau sendiri kata game tu hidup. Lepas tu, aku nak membelitkan keadaan sekarang ini. Aku tak fahamlah dengan kau ni. Atau kau yang buat app tu?" Soalan Hamiza itu langsung tak masuk akal.
"Hotak kau. Kenapa aku nak buat app gila tu? Buang masa jelah! Ditambah pulak dengan keadaan kita macam ni!"
"See! You said this kes hanya kebetulan! And then you said keadaan kita semakin teruk! Kau cuba nak putar belit keadaan!" Tengking Hamiza di hujung talian.
"Aah! Go die!"
Jungkook menamatkan panggilan. Dia terus mencampak telefonnya ke tepi. Mood dia untuk berbincang dengan Wyatt terus lenyap begitu sahaja.
Anak mata Jungkook tiba-tiba bertukar berwarna. Warna teal.
Kill her!"
"Kill her!"
"Kill her!"
Telefon Jungkook tiba-tiba berdering. Jungkook mengambil telefonnya lalu membuka mesej yang dihantar oleh Game of Killer.
Game of Killer
Kill another players or... do you want kill yourself?
ANDA SEDANG MEMBACA
Game Of Killer
Mystery / ThrillerKerana sebuah permainan, mereka terlibat dalam bahaya...
