13

277 17 0
                                    

Jungkook berjalan dalam keadaan lemah. Dia terpaksa berjalan bersama sebatang kayu untuk mengimbangkan badannya ketika berjalan.

Kaki kirinya berdarah teruk dan tidak terbalut itu dibiarkan begitu sahaja.

"Jungkook!"

Nayli dalam perjalanan pulang ke rumahnya, terkejut melihat keadaan Jungkook.

Jungkook berpaling. Dia benar-benar mahu pengsan ketika ini. Kepalanya terasa sakit. Ditambah pula dengan luka di badannya dan kakinya tercedera.

"Kau ok tak?" Nayli membantu Jungkook berjalan.

Jungkook tidak mampu bersuara. Akhirnya, dia rebah di situ.

Nayli terkejut. Dia mahu menjerit namun, dia hanya membatalkan niatnya apabila dia teringatkan ugutan Game of Killer.

Tanpa berlegah, Nayli menarik badan Jungkook masuk ke dalam semak. Sempat dia melihat keadaan sekeliling untuk memastikan dirinya tidak diperhatikan.

Tanpa dia sedar, matanya berubah warna. Ice blue.

🌹🌹🌹

*flashback kejadian di mana kepala Taehyung berdarah*

Taehyung terpaksa berjalan kaki menuju ke rumah Dayu kerana semua kenderaannya sudah digunakan oleh Jimin dan Jungkook. Taehyung berjalan laju menuju ke rumah Dayu semata-mata ingin menyelamatkan Dayu. Dayu ada beritahu kepadanya yang dia sedang tinggal seorang diri di rumah kerana ahli keluarganya sudah keluar. Dan, Dayu juga ada kata yang sejak akhir-akhir ini dia merasakan dirinya diperhatikan. Ditambah pula dengan keadaan rumahnya yang jauh dari rumah orang lain.

Itulah orang kaya. Suka duduk jauh-jauh dari jiran.

"Huh? Jungkook?" Taehyung yang sedang berjalan menuju ke rumah Dayu, terkejut melihat kelibat Jungkook yang memakai hoodie berwarna hitam dan membawa pedang samurai bersamanya.

"Takkan Jungkook... mastermind?" Taehyung cuba menjauhkan dirinya daripada Jungkook. Dia cuba pergi dari situ tanpa Jungkook perasan kehadirannya.

"Taehyung..." Jungkook berpaling. Dia tersenyum sinis memandang Taehyung yang sudah mengelabah memandang dia.

"Kau dah tahu bukan?" Jungkook mengangkat pedang itu lalu berlari ke arah Taehyung.

Taehyung terkejut. Dia terus bertindak melarikan dirinya daripada Jungkook.

"Jangan lari!"

Taehyung mengeluarkan pisaunya dari poket seluarnya lalu mencampak tepat ke lengan Jungkook.

Jungkook menjerit kesakitan. Dia mengeluarkan pisaunya dari lengannya lalu berlari ke arah Taehyung yang semakin jauh daripadanya.

"Tunggu kau, Taehyung!"

Taehyung mengeluarkan telefonnya dari poket seluarnya. Dia mahu menelefon Dayu.

Namun, belum sempat dia mahu mendail nombor Dayu, telefonnya terjatuh kerana terlanggar pokok.

"Alamak!"

"You need to kill another players!" Jungkook mengangkat pedangnya lalu mendaratkannya pada kepala Taehyung.

Taehyung menjerit kesakitan. Dia merasakan kepalanya ingin terbelah. Badannya terjatuh ke atas tanah kerana sakit yang melampau.

"Kau sepatutnya mati!"

"Apa salah aku, Jungkook?" Taehyung memegang anak mata pedang samurai dari terus mendarat pada lehernya. Dia mencari sesiapa yang berada di situ untuk meminta tolong. Malangnya, tiada sesiapa. Kawasan di sini adalah kawasan yang jarang orang lalu dan agak sunyi.

"Salah kau? Aku rasa waktu kat neraka nanti kau akan tahu!" Jungkook mengangkat pedangnya sekali lagi. Tapi, kali ini tidak dapat mendaratkannya kerana Taehyung sudah mengeluarkan pistol dari bajunya lalu menarik picu.

Bang!

Bahu Jungkook ditembak oleh Taehyung.

Jungkook terduduk di atas tanah. Dia memegang bahunya yang sudah berdarah teruk.

Peluang yang ada ini Taehyung tidak sia-siakan. Taehyung melepaskan tembakan ke arah kaki Jungkook membuatkan Jungkook rebah di atas tanah.

Taehyung terus bertindak bangun dan melarikan dirinya daripada Jungkook.

Jungkook sudah terbaring lemah di atas tanah. Perlahan-lahan Jungkook bangun dan cuba berjalan. Dia mengambil sebatang kayu agar dapat menampung dirinya ketika berjalan. Pedang samurai tadi dia simpan di belakang badannya.

"You think I'm real mastermind, Taehyung. But, you are wrong. I'm just fake mastermind... I need to do like this because I don't want to kill myself..."



















Game Of Killer Where stories live. Discover now