Addiena membelek tattoonya yang berada di lengan kanannya. Semua orang tidak tahu yang dia mempunyai tattoo di situ termasuk players yang lain. Mungkin dia tidak mahu tertekan.
Addiena melihat wajahnya melalui cermin. Pucat.
Semakin hari, wajahnya semakin pucat. Semua ahli keluarganya sudah mula rasa risau dengan keadaannya sekarang ini.
Namun, dia tidak beritahu kepada sesiapa yang dia sedang menyembunyikan dirinya daripada Jungkook.
Ting!
Bunyi daripada telefonnya membuatkan Addiena terkejut. Addiena mengambil telefonnya dan membuka mesej yang dihantar oleh Jungkook.
Mana kau, pompuan?!
Addiena mencampak telefonnya ke katil. Dia mula menggigil ketakutan.
Mengingatkan kejadian di mana badan Wyatt dikerat. Dia mula takut. Dan, mengingatkan ugutan Jungkook dan tindakan Jungkook yang ingin membunuhnya, dia semakin takut.
Tiba-tiba, telefonnya berbunyi. Kedengaran lagu daripada telefonnya membuatkan dia terkejut.
"Nenek nenek si bongkok tiga"
"Siang malam asyik berjaga"
"Mencari cucu di mana ada"
Addiena lantas ingin menutup lagu tersebut dalam telefonnnya. Namun, tidak boleh. Telefonnya tidak dapat dibuka walaupun ada lagu yang terpasang dalam telefonnnya.
Tiba-tiba, terdengar lagu lain pulak yang dipasang di dalam telefonnnya itu.
"Pat! Pat! Siku lipat! Sape cepat, dia dapat!"
"Pat! Pat! Siku lipat! Sape cepat, dia dapat!"
"Pat! Pat! Siku lipat! Sape cepat, dia dapat!"
"Aaaaah!!!"
Addiena sudah mula tidak waras. Dia terus mencampak telefonnya itu ke dinding sehingga berkecai. Berharap lagu itu berhenti. Namun, tidak. Lagu itu semakin teruk. Bukan lagu terpasang tetapi, kali ini suara manusia pula.
"Go and kill another players now!"
"If you don't want to kill another players, you need to kill yourself!"
"I give you one weeks! Kill another players!"
"Do or die!"
"Pergi!!!!!" Addiena menekup telinganya dengan kedua-dua tapak tangannya. Dia tidak mahu mendengar apa-apa lagi. Dia rela menjadi pekak daripada terus mendengar semua ini.
"I said go and kill another players!"
Suara itu semakin kuat. Addiena semakin takut.
"Go and kill another players, Diena!"
"Go and kill another players, Diena!"
"Go and kill another players, Diena!"
Ayat itu diulang-ulang membuatkan Addiena semakin takut. Tanpa berfikir panjang, Addiena terus bangun dan mencari pil ubat tidur di dalam laci meja.
Ubat itu dibuka dan dua pil ditelan begitu sahaja. Kepala Addiena terasa berat membuatkan badannya rebah di atas lantai. Mungkin kerana kesan pil ubat tersebut.
Sebelum pandangannya menjadi gelap gelita, dia ternampak satu kelibat manusia yang memakai mask dan menutup wajahnya dengan cap. Manusia tersebut seperti seorang lelaki.
"Who are..."
Lelaki itu menghampiri Addiena lalu menghayunkan kayu yang dia pegang ke arah Addiena.
🌹🌹🌹
Suga meletakkan tubuh Al yang sudah sepatutnya digelar mayat itu ke atas katilnya. Dia berbaring di sebelah Al. Bibir Al yang sudah pucat itu dikucup.
Tubuh Al itu dipeluk sekejap sebelum dia bangun semula dari katil dan mengambil telefonnya yang dari tadi berbunyi.
Mesej yang baru dihantar oleh Game of Killer dibuka dan dibaca.
Congratulations, Suga because you kill another players!
Now, you can get property from Al at living room now!
Mata Suga terus bertukar menjadi grey saat membaca mesej tersebut.
"Aku bukan pembunuh!" Jerit Suga. Rambutnya diramas. Telefonnya dicampak ke lantai.
"Sekejap..."
"Suga? Bukan ke aku bagi nama aku Sugar?" Suga menyoal pada diri sendiri.
Tanpa membuang masa, Suga berlari menuju ke ruang tamu. Dia perlu tahu siapa mastermind tersebut.
Apabila dia tiba di ruang tamu, dia melihat ada satu sampul yang terletak elok di ada sofa. Lantas dia mengambil sampul itu.
Sampul itu dibuka. Isinya diambil. Sejumlah wang itu dicampak ke bawah tanpa rasa minat.
Apa dia nak, dia nak tahu siapa mastermind itu.
"Nampaknya game ni tak mampu ubah kau, Yoongi."
Apabila Suga tersedar nama sebenarnya disebut oleh seseorang, Suga mengangkat wajahnya mencari suara tersebut. Namun, tiada.
"Takde apa-apa. Jangan cakap aku berkhayal." Suga memukul wajahnya. Dia berharap semua ini mimpi.
"Kejap. Al?" Suga terus bangun. Dia seolah-olah tidak waras ketika ini. Sekejap memikirkan mastermind. Sekejap memikirkan keadaan Al walaupun Al takkan ke mana-mana sebab dia dah mati.
Suga naik ke atas semula menuju ke biliknya mencari Al.
"Al! Kau kat mana?!" Terkejut Suga dibuatnya apabila kelibat Al sudah hilang.
Suga semakin tidak waras. Dia mencari Al di dalam rumah. Namun, tidak jumpa.
Tandas. Stor. Bilik Taehyung. Bilik Jungkook. Bilik Jimin. Semuanya tiada.
Tiba sahaja di dapur, Suga terkaku. Dia terduduk melihat Al sudah tergantung di atasnya.
"Al!!!!!!!!!"

YOU ARE READING
Game Of Killer
Mystery / ThrillerKerana sebuah permainan, mereka terlibat dalam bahaya...