Taehyung yang sedang membancuh air, tersentak dengan kehadiran Suga dan Al. Dia terkebil-kebil memandang mereka berdua yang seperti dikejar oleh polis.
"Korang dah kenapa? And, Al. Bila kau keluar dari hospital? Kenapa tak balik? Kenapa muka korang pucat semacam? Apa kes ni?" Terus Taehyung tanya banyak soalan kepada Suga dan Al.
Suga mengunci pintu rumah dan menyandarkan badannya pada pintu. Dia meraup wajahnya berkali-kali untuk menenangkan dirinya.
Al pulak sudah terduduk di atas kerusi. Wajahnya semakin pucat daripada wajah Suga.
"Korang kenapa ni? Takkan dah bunuh orang kot," gurau Taehyung. Dia bangun dan menghampiri Al. Dia duduk melutut di depan Al.
"Aku bukan pembunuh kan?" Al memandang anak mata Taehyung. Memastikan mata Taehyung tidak berubah.
"Apa kau ni? Kau demam ke?" Tanya Taehyung. Dia melekapkan tangannya pada dahi Al.
"Jimin..."
"Hmm?" Taehyung berpaling memandang Suga. Wajah Suga semakin pucat dibuatnya.
"Kenapa dengan Jimin? Oh, ya. Tadi Jimin tak balik lagi sebab melawat Al. Kau tahu tak dia kat mana?" Tanya Taehyung. Dia sudah berdiri di depan Suga.
"Jimin dah mati..." kata-kata Suga itu membuatkan Taehyung terkejut.
"Kau bunuh dia?! Sebab apa?!" Taehyung menarik kolar baju Suga. Wajahnya semakin bengis. Matanya bertukar menjadi warna hijau.
"Sebab mission tu! Kalau bukan kau, kita takkan main game tu!"
Pang!
Muka Suga ditumbuk kuat oleh Taehyung. Al tersentak. Al berdiri dan cuba menghalang Taehyung dari terus menumbuk Suga.
"Lepaskan Suga!!!" Al menarik badan Taehyung dengan kuat menyebabkan badan Taehyung terdorong ke belakang.
"Kau ngan kau memang tak guna!" Taehyung terus memulas tombol pintu dan melangkah pergi dari situ. Dia mahu cari Dayu. Dia tidak mahu Dayu dan dirinya dibunuh oleh dua orang manusia ini.
"Suga!" Al berlari ke arah Suga. Dia membantu Suga.
"Min Yoongi...." Al membelek luka di wajah Suga. Agak teruk.
"Sebab kau..." mata Suga bertukar warna kepada Grey.
"Suga... Suga..." Al terundur ke belakang apabila dia perasan anak mata Suga berubah.
"Kau patut mati!" Suga terus bertindak mencekik leher Al membuatkan Al terkejut. Al cuba menghalang namun, Suga lebih kuat darinya.
"Su..."
"Kau yang bunuh Jimin, bukan aku!"
"Aku takkan kalah!"
Pisau lipat yang sedia ada di poket seluarnya untuk melindungi dirinya, kini sudah disalah guna. Dada Al ditikam beberapa kali membuatkan darah mula mengalir laju.
"Su... Suga..." hembusan nafas Al kini sudah tiada. Mata Al juga sudah terbeliak.
Suga yang baru tersedar, tersentak melihat keadaan Al. Anak matanya mula berubah kepada warna yang asal.
"Al! Al! Maafkan aku! Al, bangun!" Badan Al yang sudah tidak bernyawa itu, digocangkan beberapa kali. Suga mula gelisah.
"Al! Maafkan aku! Aku janji kalau kau bangun aku bagi anak patung BT21 kat kau! Bangun ah Al!" Badan Al yang tidak bernyawa itu ditarik ke dalam pelukan. Bibir Al yang pucat itu dicium. Rambut aku diusap perlahan.
"Maafkan aku..." ucap Suga penuh kesal. Di dalam rumah itu, hanya bergema suara tangisan Suga.

YOU ARE READING
Game Of Killer
Mystery / ThrillerKerana sebuah permainan, mereka terlibat dalam bahaya...