18

289 22 0
                                    

Jungkook membuka matanya perlahan-lahan. Badannya masih lagi terikat di pokok. Bila Nayli nak buka pun dia tak tahu.

Rasanya kalau tak tunggu Nayli pun takpe kot.

"Tolong..." dari tadi Jungkook menjerit meminta tolong. Dia cuba membuka ikatan tali tersebut tetapi gagal.

Suaranya sudah serak. Badannya sudah letih. Dia merasakan dirinya sudah tiada lagi harapan untuk hidup.

"Itu pun Jungkook! Yeah, Jimin dah jumpa!" Jimin berlari mendapat Jungkook. Mujurlah dia tahu location di mana Jungkook berada dengan menggunakan experiment nya.

"Jimin..."

Jimin membuka ikatan tali tersebut dengan pisau lipatnya. Kemudian, di mengeluarkan jarum dari poket seluarnya. Cecair berwarna hitam itu dimasukkan ke dalam badan Jungkook.

"Sakit!!" Jimin tersenyum mendengar Jungkook menjerit kesakitan. Dia mengusap rambut Jungkook.

"Good boy. Nanti tolong Jimin tanam mayat Al, Suga, Miza ngan Nayli ya."

"Apa kau dah buat dengan Miza?!!" Jungkook cuba bangun dan ingin menumbuk wajah Jimin namun, badannya yang terlalu lemah itu membuatkan dia terpaksa membatalkan niatnya.

"Sakit!!!!!!" Jungkook menjerit lagi. Dia mencengkam rambutnya menahan kesakitan. Matanya terus menjadi merah dan berair. Badannya seolah-olah dipukul. Kepalanya terasa pening berpusing.

"Ala... Jimin tak buat apa pun. Jimin cuma tembak dia je. Lepas tu, dia tidur mati. Jungkook ni bising ah. Biar Jimin diamkan Jungkook." Jimin tersenggih lalu mengeluarkan jarum yang berisi cecair berwarna putih. Dia memasukkan cecair tersebut ke dalam badan Jungkook.

Jungkook menjerit kesakitan. Pandangannya menjadi kabur dan gelap. Akhirnya, dia rebah di situ.

🌹🌹🌹

Jungkook membuka matanya perlahan-lahan. Dia merasakan ada sesuatu yang melekat di tepi matanya. Kedua-dua tangannya diikat di kerusi. Begitu juga kedua-dua kakinya.

"Jungkook dah bangun! Yeah!" Jimin melompat gembira melihat Jungkook tersedar.

Jungkook memandang sekeliling. Namun, gerakannya terbatas. Dia hanya mampu memandang depan.

Di depannya, ada blender di atas meja dan beberapa ekor hamster yang berada di dalam sangkar. Jantungnya berdegup laju apabila dia dapat menghidu tindakan Jimin sebentar nanti.

"Jimin... Jimin nak buat apa ni?"

"Jungkook ni... bukalah mata luas-luas sikit..." Jimin memusingkan satu alat yang terpasang di tepi mata Jungkook agar matanya Jungkook tidak tertutup dan sentiasa terbuka.

"Jimin! Jimin nak buat apa ni?!" Hampir terjerit Jungkook dibuatnya. Dia benar-benar ketakutan saat ini.

Pisau di dalam poket seluarnya, Jimin keluarkan lalu mendaratkan mata pisau tersebut pada leher Jungkook.

Jungkook terdiam. Mulutnya automatic tertutup rapat.

"Kan bagus kau diam. Dengar sini... kalau kau tak ikut cakap aku, aku akan buat pada kau macam aku buat pada hamster ni... faham?!"

Jimin menjauhkan dirinya daripada Jungkook. Dia menghampiri blender dan hamster tersebut. Dia tersenyum sinis memandang Jungkook yang sudah menggigil ketakutan.

"Hamster ni seperti Jungkook kalau Jungkook tak dengar cakap Jimin..." Jimin memasukkan tiga ekor hamster ke dalam blender tersebut.

Dia menutup blender tersebut lalu menekan butang on.

Bunyi bising daripada hamster tersebut terus hilang. Kelibat hamster di dalam blender tersebut juga turut hilang sebaik sahaja Jimin menekan butang on pada blender. Kelibat hamster sudah pun diganti dengan darah.

Jungkook sudah menggigil ketakutan. Matanya sudah berair dan merah. Dia berpeluh teruk.

"Apa kata Jungkook minum air ni?" Jimin menekan butang off pada blender lalu menuang segala isi di dalam blender tersebut ke dalam cawan. Cawan tersebut diangkat dan ditunjukkan kepada Jungkook.

Jungkook menggeleng laju apabila Jimin memaksa dirinya minum air  tersebut.

"Ish, tak nak sudah." Jimin meletakkan semula cawan tersebut ke atas meja. Dia menghampiri Jungkook lalu membuka alat tersebut dari mata Jungkook.

Jungkook tidak bersuara. Dia hanya mampu terdiam. Jika dia melakukan sesuatu di luar kawalan, sudah pasti dirinya dilanda dalam bahaya.

"Semua orang dah mati... tak salah kan Jimin bunuh Jungkook?" Jimin tersenyum sinis. Dia mengambil tali lalu mengikat pada leher Jungkook dengan ketat.

Jungkook terkejut. Dia cuba menghalang tindakan Jimin itu namun, badannya masih terikat di kerusi.

"Jimin!!! Kau jangan nak jadi gila!!!" Jungkook terasa ingin tercekik kerana lehernya diikat kuat oleh Jimin.

"Lepaskan aku, gila!!!" Jungkook menjerit kuat. Dia berharap Jimin akan melepaskan dirinya. Jika tidak, dia harap ada sesiapa membantu dirinya.

"Kau patut mati!" Jimin mengeluarkan pistolnya lalu meletakkan pada kepala Jungkook.

Jungkook mengetap bibirnya. Dia memejam matanya rapat.

Jika sampai sini sahaja nyawa dia, dia sanggup mati di tangan kawan baiknya sendiri, Jimin.

Bang!

Jungkook membuka matanya. Dia merasakan badan seseorang rebah di sebelahnya bersama darah yang mengalir. Matanya berkaca saat melihat nafas orang tersebut semakin lemah.

"Jimin!!!!"

Game Of Killer Where stories live. Discover now