14

280 18 1
                                    

Hamiza menelefon Nayli. Namun, tidak diangkat. Dia juga menelefon Jungkook. Tidak diangkat juga. Perasaan risau mula menguasai dirinya ketika ini.

Akhirnya, Hamiza membuat keputusan menelefon Suga walaupun Taehyung ada memberitahu kepadanya yang Suga adalah salah satu supsek mastermind.

Panggilan diangkat. Hamiza terus bersuara tanpa menunggu lama.

"Suga, kau kat mana?!"

"Sa... sa... sakit..." kedengaran suara lemah milik Suga di hujung talian. Hamiza tersentak.

"Suga? Kau kenapa?" Tanya Hamiza. Risau.

"Sa... argh!"

"Pang! Pang!"

"Kau kat mana, Suga?!"

Hamiza semakin risau. Dia terkejut mendengar pukulan dan jeritan kesakitan di hujung talian.

Tiba-tiba, talian terputus. Hamiza mengeluh berat.

"Mesti dia kat umah ni." Hamiza terus bertindak untuk mencari Suga di rumah Suga. Dia perlu tahu keadaan Suga.

"Dah petang ni..." Hamiza teragak-agak mahu keluar. Risau dengan keadaannya. Tapi, dia juga risau akan keadaan Suga.

"Aah! Pergi jelah!" Tanpa fikir panjang, dia terus berlari ke arah keretanya.

Enjin keretanya dihidupkan. Dia tidak kira. Petang ke malam ke. Keadaan kawannya dalam bahaya!

🌹🌹🌹

Nayli mengikat badan Jungkook pada pokok dengan tali yang sedia ada di situ. Nayli tersenyum sinis. Dia menepuk wajah Jungkook dengan kuat agar Jungkook bangun.

Jungkook tersedar. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Wajah pertama yang dia lihat adalah Nayli.

Nayli mengeluarkan pisau dari poket lalu mendaratkan mata pisau itu ke leher Jungkook.

Jungkook terkejut. Dia melihat anak mata Nayli yang sudah berubah.

"Nayli..."

"You are mastermind right?" Tanya Nayli.

"Bukan! Bukan! Aku hanya pekerja dia je! Tolong jangan bunuh aku, Nayli!" Jungkook sudah berasa gelisah.

"What do you means? So, now. Mastermind have two?" Nayli makin mendalamkan pisau itu pada leher Jungkook membuatkan Jungkook terjerit kesakitan. Darah mula mengalir pada leher Jungkook.

"Yes, tapi aku terdesak!"

"Sape mastermind lagi satu?!"

Jungkook terdiam. Jika dia beritahu, game ini akan tamat dan mastermind akan diketahui. Jika dia tidak beritahu, Nayli akan membunuhnya.

"Jawab!"

Jungkook memejam matanya sebelum membuka mulutnya.

"Aku tak boleh..."

"Why?!"

"Hamiza! Hamiza dalam bahaya! Mastermind nak bunuh Hamiza!" Jungkook tiba-tiba teringatkan kekasihnya dalam bahaya.

"Tolong selamatkan Hamiza... aku merayu..." rayu Jungkook. Matanya mula berkaca.

Nayli mengeluh kasar. Dia menarik semula pisaunya dari leher Jungkook.

"Fine, kau tunggu sini." Nayli berlalu pergi meninggalkan Jungkook di situ.

Jungkook mengeluh berat.

Sudah dikata, jangan masuk campur. Nampaknya kau degil, Jungkook. Bisik hati kecil Jungkook.

🌹🌹🌹

"Suga! Suga!" Pintu diketuk beberapa kali oleh Hamiza di luar rumah.

Hamiza mengetap bibirnya apabila dia terdengar jeritan Suga dari dalam.

Kenapalah rumah mereka ni jauh daripada rumah jiran yang lain?

"t!" Hamiza terus mengambil kayu dan memusnahkan tombol pintu tersebut.

Pintu terbuka dalam keadaan cacat. Hamiza terus berlari masuk dan mencari Suga.

Namun, lain yang dicari, lain yang dijumpa.

Hamiza terkejut melihat mayat Al yang tergantung di atasnya. Dia menekup mulutnya tanda tidak percaya.

Tiba-tiba, telefon Hamiza berdering. Terus Hamiza mengeluarkan telefonnya dari poket seluarnya dan melihat siapa pemanggil tersebut. Panggilan terus diangkat.

"Nayli."

"Aku kat rumah Suga. Cepat datang!" Arah Hamiza.

Panggilan terputus. Hamiza terus berjalan mencari Suga.

Rumah yang bersepah dan penuh dengan darah itu tidak ubah seperti berada di dalam hutan. Hamiza menekup wajahnya apabila dia terbau sesuatu yang tidak menyenangkan.

"Bau macam bangkai..." Hamiza mencari punca bau tersebut.

Saat Hamiza naik ke atas, dia terkejut melihat sekujur mayat terbaring bersama darah di tangga.

"Addiena!" Hamiza berlari ke arah mayat Addiena yang sudah berbau itu. Matanya mula berkaca melihat rakan-rakannya mati dalam keadaan yang menyedihkan. Dendam terhadap mastermind semakin kuat membuatkan Hamiza semakin marah.

"Aaah!!!!"

Jeritan seseorang itu kedengaran seperti suara Suga. Suara tersebut datang dari bilik Jimin. Lantas Hamiza bangun dan berlari ke bilik Jimin.

Pintu dibuka. Hamiza terkejut melihat badan Suga diikat dengan wayar yang banyak. Seolah-olah akan ada electric mengalir pada badan Suga.

"Suga!"

"Hamiza, jaga-jaga!" Kedengaran suara Nayli dari belakang. Hamiza berpaling memandang Nayli yang berdiri di belakangnya.

Bang!

"Nayli!!!" Hamiza terjerit kuat apabila kepala Nayli ditembak oleh seseorang. Matanya berkaca melihat badan Nayli terjatuh ke atas lantai.

"Akhirnya, kau mati juga."

Hamiza terkejut mendengar suara itu dari belakangnya. Dia berpaling melihat seorang lelaki berdiri di belakang Suga. Lelaki itu mendaratkan mata pisau ke leher Suga.

"Jimin?" Hamiza seolah-olah tak percaya.

Tidak mungkin. Selama ini, mastermind itu adalah Jimin?

Jimin tersenyum sinis. Badannya yang tidak memakai apa-apa baju, telah mendedahkan pelbagai tattoo di badannya.

"Kenapa kau buat macam ni?!"

"Sebab aku benci manusia bernama kawan!" Jimin menikam leher Suga. Hamiza terjerit. Namun, tidak dipedulikan oleh Jimin.

Suga tidak lagi menjerit atau bersuara. Matanya sudah terbeliak. Hembusan nafasnya sudah tidak lagi terasa. Dadanya sudah berhenti naik turun.

"Suga!!! Apa kau dah buat hah?!!!"

Jimin menayang pistol ke arah Hamiza. Dia tersenyum sinis.

"Kau mesti pelik kan macam mana aku dapat kawal korang semua? Semua akan terjawab lepas kau mati!"

Bang!

Badan Hamiza terus rebah di atas lantai bersama darah yang mengalir. Jimin tersenyum sinis melihat rakan-rakannya sudah mati di tangannya.

"Oh, Jungkook belum mampus lagi..." Jimin tersenyum sinis apabila dia teringatkan Jungkook.

Telefonnya dibuka dan location di mana Jungkook berada, dibuka.

Jimin tersenyum gembira. Tidak sabar rasanya dia mahu melihat seorang lagi mangsa mati di tangannya.





Game Of Killer Where stories live. Discover now