[Minju pov]
🍒🍒🍒
|Boom Boom Boom Boom,BOMEERANG!|
Huwaaaaaaa~ Dengan mulut yang ternganga luas, aku menguap kuat sambil badan diregang-regangkan untuk mengelakkan badan aku terseliuh selepas bangun daripada tidur.
"Kim Minju!!! Bangun dan pergi bersiap cepat. Hari ni sekolah!!!" Setelah beberapa minit aku termenung di atas katil, mama menjerit daripada tingkat bawah untuk mengejutkan aku.
"Yes, mama. I am already wake up!" Balasku dengan suara yang agak kuat. Bukan sebab kurang ajar ke apa tapi selalunya mama ada kat dapur pagi-pagi ni. Sebab itulah aku kena cakap dengan kuat. Takut tak dengar aje.
Selepas menyambung semula sesi termenung dalam 2 minit, aku mencapai tuala yang berada di tempat penyangkut dan aku bergerak menuju ke bilik air.
Untuk apa?
Untuk mandilah!!
🍒🍒🍒
Anneonghaseyo, jeoneun Kim Minju imnida dan aku sudah pun berumur 17 tahun. Kehidupan aku normal seperti remaja-remaja yang lain cuma yang berbeza adalah ketiadaan ayah dalam keluarga aku.
"Mama buat sarapan apa hari ni?" Tanyaku pada mamaku yang tercinta. Aku sayang sangat pada mama. Sebab selama ini mama dah terlalu bersusah payah untuk membesarkan aku.
Appa?
Aku dah takde appa.
Appa aku dah tinggalkan kami sebab kemalangan jalan raya dan sewaktu itu aku hanya berusia 7 tahun. Pesanan terakhir yang appa sampaikan adalah jaga mama dan dengar cakap dia. Sebab itulah aku akan buat apa sahaja demi appa dan mama.
Sedih?
Memang aku sedih tapi nak buat macam mana? Ajal maut jodoh semua di tangan Tuhan.
Manusia hanya cuma perlu menerima takdir dan hadapinya dengan kesabaran. Itu sahaja tetapi adakah kesemua manusia yang wujud di muka bumi ini berbuat demikian?
"Minju, harini balik awal tau. Mama ada surprise untuk kamu." Sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di atas kerusi, mama memberi pesanan.
Hmm...baru ingat nak ajak Chowon melepak kat Myeongdeong Mall terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah. Tetapi memandangkan mama suruh balik awal, ikutkan ajelah.
"Surprise apa ma?" soalku sambil menyuapkan roti sandwich yang disediakan mama ke dalam mulut. Mama hanya tersenyum sebelum menjawab soalan aku.
"Kalau mama bagitau sekarang, mana ada surprisenya. Sudahlah, cepat makan nanti lambat pula sampai kat sekolah nanti."
"Yalah..."
YOU ARE READING
[C] Happiness + [OG] Leave ◾LKL
Random"What?! Married with the stranger boy? Are you kidding me??" -Minju "Awaklah yeochin saya"- Kuanlin -Happiness- Start: 2 Mac 2019 End: 27 Jan 2020 Setahun bhai aku buat. Leave (Sequel) " Lai Minju?? Sorry, aku akan tukar balik nama kau , Minju. ...