Leave 🔸5

25 2 1
                                    

No one pov

Keesokkan harinya, Wooshin datang ke cafè yang biasa yang dia pergi untuk bertemu dengan Seonho. Sejak dari semalam dia dah tak sabar mendengar apa yang bakal Seonho terangkan.

Kuanlin ada scandal belakang Mint? Walaupun benda tu buat dia naik angin kerana mempermainkan hati sahabatnya tapi tak mungkin dia tak berasa teruja tentang topik hangat yang bakal dia dengari. Siapa tak suka gosip kan?

Masuk sahaja dia ke dalam cafè tersebut, kelibat Seonho terus sahaja dia nampak. Wooshin berjalan ke arah meja yang diduduki Seonho.

"Hey boy~ Lama ke dah sampai?" Sebaik sahaja dia melabuhkan punggung, dia bertanya.

Seonho menggeleng kepala. "Takdalah, baru 5 minit sampai. Saja sampai awal boleh rileks dulu. Kau pesanlah minum dulu."

"Waiter!" Selepas Wooshin memesan minumannya, Seonho mengambil sebuah fail bersaiz agak besar dari begnya.

Fail tersebut kemudiaannya diletakkan di hadapan Wooshin.

"Nah fail kau, dalam ni aku ada print semua gambar yang aku berjaya tangkap. Kau tengoklah satu-satu."

"Nae khasahamnida. Takde kau aku taktau nak cari siapa lagi weh." Ucap Wooshin kepada Seonho.

"Sama-sama, lagipun Minju tu kawan aku jugakkan? Kau, tak rasa kecewa ke dengan perangai member kita ni? Aku tengok reaksi kau selamba je? Ke kau tak suka member kau sendiri?" Soal Seonho. Dia melihat perbuatan kawannya itu sambil meneguk airnya.

Setahu dia Wooshin dan Kuanlin dah berkawan lama sejak kecil bersama 2 orang kawan perempuannya.

Takkan bergaduh kot?

"Kecewa? Kecewa tu adalah jugak, siapalah yang okay kalau kawan sendiri khianat. Aku dan dia pun dah lama kenal, tapi itulah aku tak boleh nak buat apa.

Aku sendiri tak boleh bayangkan yang dia buat perangai macam tu. Sedangkan Kuanlin tu baik orangnya, tak pernah buat orang lain sedih sebab dia, selalu tolong orang even dia terpaksa bersusah payah untuk bantu orang lain,

Lepastu kalau dia dah start sayang seseorang tu, dia susah gila nak move on. Aku pernah dengar cerita daripada Mint tau, pasal Kuanlin menangis sebab dia tak sengaja buat isteri dia tu jatuh. Kalau kes macam tu pun boleh buat dia menangis sebab tak sengaja buat isteri dia sakit, inikan pula dia curang.

You know what? Aku rasa macam ada something di sebalik benda yang berlaku ni." Balasnya panjang lebar.

Bukan sehari dua dia kenal dengan Kuanlin. Walaupun mereka berpisah selama beberapa tahun, dan dia juga pernah melupakan sahabatnya itu, tapi dia kenal benar setiap karenah Kuanlin.

Baik buruk sahabat-sahabatnya semua dia simpan baik dalam ingatannya.

Tambahan pula, hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang tak kena dengan kawan baiknya itu. Tapi sejauh mana kebenarannya itu dia tak tahu.

Wooshin menyelak satu persatu helaian yang memaparkan gambar Kuanlin bersama seorang perempuan.

Perempuan itu berambut panjang lurus dan berwarna perang gelap. Dia menyelak ke halaman seterusnya. Halaman itu memaparkan wajah yeoja tersebut dengan lebih jelas.

"Kat mana kau ambik gambar dorang ni?"

"Kelab malam."

"WHAT?!"

"Yup, kelab malam. Setahu aku Kuanlin tak pernah pergi kelab malam kan sebelum ni? Minum alkohol pun jarang sekalikan?" Wooshin mengangguk. Mata sepetnya terbuka luas sama seperti mulutnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 08, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[C] Happiness + [OG] Leave ◾LKLWhere stories live. Discover now