Happiness [3]

99 13 1
                                    

Seminggu kemudian....

"Minju-ssi!!!! Jinjja bogoshipeoyo~~" Dari jauh, aku dapat mendengar jeritan Chowon yang merindui aku. Macam mana aku tahu dia rindu aku? Sebab seminggu ni aku tak pergi sekolah pun. Sebab apa?

Sebab kahwin tulah!!

"Huwaaaa😭 Minju,kau pergi mana seminggu ni??? Aku rindu gila nak mampos siot dengan kau😭" Ey, Chowon ni. Mulut dia memang takleh nak jaga. Ada aje perkataan yang tak sepatutnya keluar.

Rindu aku? Kan aku dah kata. Dia ni sehari aku tak datang pun macam nilah perangai ngok dia. Hmm.... tapi cara dia nilah yang buatkan aku makin sayang dia ni. Huehue😎.

"Baru seminggu aku tak datang kau dah macam isteri yang kena tinggal dengan suami. Kalau setahun aku tak datang, agaknya macam manalah keadaan kau ni?" Soal aku sambil berjalan memeluk bahunya.

" Memang kena tinggal dengan suami pun." Eh? Sejak bila kau ada suami ni Chowon? Jangan jangan...

"Kaulah suami aku❤" belum sempat aku menyoalnya, dia sudah memberi penjelasan. Aku mengetuk kepalanya menggunakan air botol ditangan aku perlahan. Perlahan ajelah nanti apa pulak mummy dia kata.

"Eh, sorry~ *buat gaya diva* I am not lesbian okay?? Dont you make me feel like I'm your husband okay? Nak les,pergi ke JAIS tu dulu."

"Pahal kena pergi JAIS lak?" Soalnya pula.

"Senanglah kerja aku. Kau pergi kata kau nak les kat JAIS pastu JAIS terus tangkap kau. Muahahahaahah" sebaik sahaja aku berkata begitu, Chowon terus mencubit lengan aku. Lupa nak bagitahu, cubitan minah ni 2 kali 5 aje dengan mama aku. Sakitnya ya tuhan... Boleh insaf aku.

"Helo girl~ I am not a lesbian too. By the way, kenapa kau tak datang sekolah selama seminggu ni?" Alamak, eotteohke??! Macam mana ni? Dia dah tanya sebab aku tak datang. Takkanlah aku nak cakap yang aku kena uruskan majlis perkahwinan aku sendiri? Macam mana kalau dia ejek aku sebab kahwin muda? Macam mana kalau dia viralkan satu sekolah? Macam mana kalau dia tak nak kawan dengan aku lagi sebab aku tak jemput dia. Macam mana, MACAM MANAAAA!!

Chill Minju, Chillax~ KitKatkan ada~

"A-aku de-demam panas teruk haritu. Itu yang tak datang seminggu tu. Sorrylah tak inform kat kau. Aku tak larat nak menaip. Sorry eh??" Tipu aku sambil membuat aegyo yang pertama kali aku buat. Entah jadi ke idok.

Chowon memandang anak mata aku dalam. Maybe nak cari kejujuran disebalik kata kata aku. Selepas 2 minit dia memandang aku, dia berkata,

"Hmm... yalah. Lain kali jaga kesihatan kau tu. Kau tu dahlah mudah jatuh sakit. Ingat tau! Sudah, jom kita pergi sekolah!!" Sejak bila kau semangat nak pergi sekolah ni Chowon? Aku hanya tersenyum nipis melihat karenah sahabat dunia akhirat aku.

'Mian, Chowon. Satu hari nanti, kau akan tahu juga.'

Skip.

' Mulai hari ini, lepas kamu balik sekolah, kamu kena tinggal satu rumah dengan Kuanlin. Mama dengan mummy dah belikan satu rumah cantik dekat dengan kota raya Seoul tu.  Jangan nak bantah. Ini MUKTAMAD!'

"Mint? Oh...Mint...? KIM MINJU!!!" Aku tersedar dari lamunan apabila mendengar suara Chowon yang menjerit di sebelah telinga aku.

"Chowon??! Whats wrong with you? Tahu tak sakit telinga aku?" Marah aku padanya. Dia bercekak pinggangnya.

"Whats wrong with me? Sepatutnya aku yang tanya kau! Kau tak nak balik ke? Ke kau nak tinggal kat sini???" Oh, dah balik ke? Aku memandang jam tangan yang bergambar animasi nopal di pergelangan tangan aku. 1.30 p.m.

[C] Happiness + [OG] Leave ◾LKLWhere stories live. Discover now