Hii! Lama tak jumpakan? Sorry atas kelewatan update. Update pun jarang2 T^T. So now buku asal dah ada kat tangan author. Jadi senang kerja author ^^.
Mari sambung!
7 bulan kemudian...
Sudah 7 bulan berlalu dan nampaknya perut Mint sudah kelihatan besar. Hubungannya dengan Kuanlin pun semakin hari semakin baik.
Dia pergi dapur, Kuanlin pun ikut sama. Dia pergi ruang tamu, Kuanlin ikut juga. Sampaikan nak masuk tandas pun Kuanlin menggatal nak masuk juga. Tapi memang taklah dia nak benarkan Kuanlin masuk sama.
Tak keluar keluar tandas nantinya.
Mint berjalan ke ruang tamu untuk menonton tv. Terkedek kedek dia berjalan. Dah serupa macam itik pulang petang gayanya. Almaklumlah baru pertama kali bawa anak dalam perut. Tapi berat macam ni ke?
Ada satu kali tu dia keluar ke mall bersama Chowon dan Wooshin untuk membeli pakaian ibu mengandungnya tanpa Kuanlin memandangkan Kuanlin bekerja.
Dia ternampak seorang ibu mengandung juga di kedai tersebut. Dia melihat perut wanita itu lalu memandang perutnya pula.
'Kenapa perut aku lagi besar dari dia? Ke aku gemuk?!'
"Yow Mint. Tengok apa tu?" Tegur Wooshin. Dari tadi dia pandang kawannya yang satu ni tanpa berkelip mata.
"Tu, tengok perut perempuan tu. Kenapa ek perut aku lagi besar dari dia?"
"Ish kau ni. Kau tahu tak dia mengandung berapa bulan?" Mint menggeleng.
"Dahtu? Mana nak sama saiz perutnya. Lain bulan lainlah saiznya. Kalau dia sama je dengan kau, maknanya kaulah puncanya. Gemoook HAHAHAHAHA." balas Wooshin lalu mentertawakan Mint. Mint menghentakkan kakinya ke lantai apabila diketawakan sahabatnya. Tak guna punya member!
"Kenapa dengan kau ni Wooshin?" Soal Chowon yang baru sahaja melihat pakaian bayi di satu sudut kedai. Lalu Wooshin menjelaskannya kepada Chowon.
"Kau dah pergi check up ke belum bulan ni?" Mint menggeleng. Memang semua dia menggeleng ish ish ish...
"Minggu depan baru dapat check up. Jadual doktor pack. Kenapa?"
"Mana tahu perut kau besar sebab bawa anak kembar ke. Mana tahu walaupun kau takde keluarga yang ada kembar. Tak mustahil."
'Logik juga.'
Tet tet tet-
Bunyi alarm phone Mint menghentikan lamunannya. Phone yang di tangan segera dilihatnya.
'Check up di hospital'
Mint menepuk dahinya. Macam mana boleh lupa hari ni dia kena pergi hospital untuk pemeriksaan kandungannya? Padahal baru tadi dia teringatkan pesanan Chowon.
Dia bangkit dari tempat duduknya lalu menuju ke biliknya bersama Kuanlin. Ingin mengajak suaminya untuk menemani semestinya.
"Oppa, jom pergi hospital." Ajak Mint sambil membuka almari pakaiannya untuk menukar baju yang sesuai. Sambil itu dia memandang Kuanlin yang masih ralit memandang telefon.
Apa yang dia buat pun dia tak tahu. Hal kerja rasanya."Nak buat apa pergi hospital?" Soal Kuanlin namun matanya masih tertancap pada skrin telefonnya. Aku tolak masuk dalam phone baru tahu.
"Check uplah oppa sayang oii. Ingatkan Mint je lupa, rupanya Oppa dua kali lima je. Harini kita nak check jantina baby." Jawab Mint. Getah rambut di atas meja solek dicapainya lalu rambutnya diikat.
Dia berjalan ke arah Kuanlin yang duduk di birai katil. Sedang membuat kerjakah lelakinya itu? Sampaikan dia rasa apa yang dikatakannya tadi hanya dibawa berlalu bersama angin.
YOU ARE READING
[C] Happiness + [OG] Leave ◾LKL
Random"What?! Married with the stranger boy? Are you kidding me??" -Minju "Awaklah yeochin saya"- Kuanlin -Happiness- Start: 2 Mac 2019 End: 27 Jan 2020 Setahun bhai aku buat. Leave (Sequel) " Lai Minju?? Sorry, aku akan tukar balik nama kau , Minju. ...