"Yeobo~ nak kisseu..?"
"Hoi, kepalamulah nak aku kiss kau kat tempat public ni?" Balas Minju lalu mengetuk perlahan kepala suaminya itu. Woi, suami kau tu. Dasar isteri ahli neraka.
"Amboi amboi amboi... Dah pandai sekarang guna kau aku dengan oppa? Siapa ajar ni ha? Nak kena babap? Nak? Nak?" Ugut Kuanlin pula. Sebelah tangannya diangkat, acah acah nak babap isterinya yang nakal itu. Kalau dah nama dia Minju, perangai Minju dia tulah dia buat walaupun dengan suaminya itu.
Minju menjeling Kuanlin menyampah, kedua dua belah tangannya dilipat ke dada. Fikir dia takut ke dengan ugutan suaminya itu?
Kuanlin?
Nak babap dia?
Silap silap badan suami dia itu lebam lebam kerana dia. Kau jangan main main dengan Kim Minju, dia gengstar Kampung Wak Doyok Misai Bercabang tu! Sekali kau cabar dia, berpuluh lebam melekat kat badan kau.
"Apa jeling jeling? Tahulah I ni handsome~"
"Woi member. Gini eh member bila dah kahwin. Masing masing bersweet depan aku yang single. Dasarlorhhh." Kata Wooshin membuka mulut. Sedih bila kawan-kawannya sudah mengecapi kebahagiaan sedangkan dia masih tercapai-capai mencari peneman hati.
Takpa Wooshin, author sentiasa ada bersamamu~ Ya itulah pengacara terbaik 2020 daripada rancangan Bersamamu! Ok aku tahu aku dah start mengarut.
"Kalau jealous cakap jelah. Taknak single , carilah yeochin untuk bermanja."
"Aku bukannya apa, ramai je yeoja nakkan aku tapi tulah yeoja sekarang ramai yang plastic."
B U K ! !
"Adoii kenapa kau pukul kepala aku, Mint? " Wooshin memegang kepalanya yang sakit akibat pukulan padu daripada Minju.
"Amboi kau, sesuka hati moyang kau je nak kata yeoja plastik. Bukan semua okay? Habistu lelaku tak plastiklah gitu? Kalau tak plastik kenapa ada yang tukar yeochingu macam tukar spender? Anggap perempuan ni murah, spender sekarang ni pun dah mahal, lagi mahal daripada muka kau tu." marah Minju apabila mendengar kata-kata Wooshin yang dianggap tidak patut baginya.
Wooshin yang masih berasa sakit di kepalanya hanya mendiamkan diri apabila menyedari kesalahannya dan turut menyesali kata-katanya itu. Tak pasal-pasal dapat pukulan percuma daripada sahabatnya itu. Bak kata pepatah Melayu yang dia pernah belajar ketika mengorat awek Malaysia satu hari itu, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Alangkah bagusnya jika masa dapat diundurkan semula.
Kuanlin yang menyaksikan pertelingkahan Minju dan Wooshin hanya memilih untuk berdiam diri sahaja kerana bimbang dirinya akan turut menerima nasib seperti Wooshin. Suami tak suami kalau cari pasal dengan isterinya, terimalah balasan seadanya.
"Mana si Chowon ni?! Kata pukul berapa nak datang sini, ini dah lama tunggu tetap tak muncul-munculkan diri lagi. Nak cakap janji melayu dia Korea." bebel Minju. Matanya tidak berhenti daripada melihat sekeliling, ingin mencari kelibat seorang lagi sahabatnya yang sudah ditunggu lama.
"Macam kau tak kenal perangai dia macam mana, mesti dia lambat sebab sibuk bermake-up. Perempuanlah katakan." balas Wooshin berhati-hati. Kali ini kena fikir sebelum bercakap, kalau tidak naya kepala dia kena ketuk sekali lagi. Nasib dialah dapat kawan brutal macam gengster jalanan. Rasanya kalau gengster betul terjumpa Minju pun mahu tumbang semua gengster tu.
Memandangkan Wooshin sudah pun menelefon Chowon, Minju mengambil keputusan untuk berjalan jalan ke kedai yang berdekatan dengan tempat menunggu mereka. Sedari dari tadi matanya meliar kesemua kedai yang ada di dalam pusat beli-belah, matanya tiba-tiba tertancap pada sebuah motor yang dipamerkan di tengah tengah pusat beli belah tersebut yang agak jauh dari tempatnya.
Entah kenapa hatinya tidak berhenti daripada berdegup kencang apabila melihat sebuah motor berkuasa kuda yang dipamerkan itu. Hatinya juga tidak berhenti meronta-ronta daripada meminta Kuanlin untuk membelikannya motor sebuah.
Kenapa dia macam ni?
Perasaan apakah ini?
"Oppa~"
Kuanlin terus memalingkan wajahnya memandang isterinya itu apabila terdengar Minju memanggilnya. Dia terus memberi riak ' nak apa' kepada Minju yang sedari tadi menggentel lengan bajunya.
Minju terus menunjukkan motor yang dipamerkan itu.
"Kenapa dengan motor tu? Nak pergi tengok ke?" Soal Kuanlin pelik dengan tingkah laku Minju. Minju segera menggelengkan kepala apabila kemahuannya tidak dapat difahami Kuanlin.
"Nak motor boleh?"
"Nak buat apa motor? Bukan Mint ada lesen motor pun." tanya Kuanlin lagi. Tiada hujan, tiada ribut taufan, tiba-tiba MInju memintanya untuk membeli motor? Bukan tidak mampu, tapi kalau ada motor tapi tiada lesen buat apa nak beli? Takkan nak buat pameran kot kat dalam rumah.
Dia pun mana suka naik motor, dia lagi suka naik kereta memandangkan naik kereta dapat aircond.
"Alaaa... lesenkan boleh ambik nanti. Bolehlah oppa.... please." Pujuk Minju sambil menarik narik lengan baju suaminya. Entah kenapa tiba-tiba hatinya dilanda rasa sebak, rasa nak menangis pun ada. Kerana tidak dapat menahan rasa itu, akhirnya Minju menumpahkan air matanya buat pertama kali di hadapan khalayak ramai.
"Yah yah! Kenapa Mint menangis ni?" kelam kabut Kuanlin bertanya apabila Minju tiba-tiba menangis. Takkan sebab tak dapat motor kot?
"Ayoook Kuanlin, kau buat apa sampai Mint menangis ni? Jarang sekali MInt menangis kecuali kau betul-betul lukakan hati dia." ujar Wooshin pula. Kuanlin menyerabutkan rambutnya apabila Minju bertindak menangis dengan lebih kuat lagi daripada tadi.
"Okay,okay,okay. Kita beli motor yang Mint nak tu ya,okay? Dah dah dah jangan menangis, buat malu je orang pandang Mint." Sebaik sahaja Kuanlin berkata, Minju bersorak gembira. Terus berhenti tangisannya itu. Wooshin yang melihat karenah MInju terlopong terus mulutnya.
Tak pernah seumur hidup dia mengenali Minju, Minju berkelakuan macam tu.
"Lin, nak tanya sikit boleh.......?" soal Wooshin dalam keadaan yang masih terkejut. Kuanlin mengangguk perlahan lalu Wooshin menyuarakan soalannya.
"Kenapa isteri kau jadi macam tu? Kau salah bagi makan ke sampai jadi gila?"
"Manada..... aku pun keliru sekarang ni. Dia tu isteri aku ke anak aku?"
Mereka berdua saling berpandangan dengan riak terkejut.
"Ke dia mengandung?!"
"Siapa mengandung? Korang ke? Aik? Mana Mint korang?" Sampuk Chowon yang baru sahaja tiba.
"Ya Tuhan..." tertampar dahi sendiri mendengar kata kata Chowon.
Itulah, datang lambat lagi XD
[TBC]
Hai, dah lama tak update ff ni XD.
Btw, nak author update lagi?
Next goal is 4 Votes okay?
Reach goals, I'll try my best to update again.
Bye~
YOU ARE READING
[C] Happiness + [OG] Leave ◾LKL
Random"What?! Married with the stranger boy? Are you kidding me??" -Minju "Awaklah yeochin saya"- Kuanlin -Happiness- Start: 2 Mac 2019 End: 27 Jan 2020 Setahun bhai aku buat. Leave (Sequel) " Lai Minju?? Sorry, aku akan tukar balik nama kau , Minju. ...