"Baiklah semua, kelas bersurai. Jangan lupa pasal assignment kamu semua.", pensyarah kelas menamatkan sesi kelas pada petang itu.Rudy mula menyusun kertas-kertas notanya dengan teratur mengikut susunan yang betul. Rakan-rakan sekelas lain mula beransur keluar kecuali Rudy. Rudy masih mengemas dan memegang beg galasnya. Rudy memandang ke hadapan, pensyarah juga baru siap mengemas begnya.
"Rudy, kenapa awak belum keluar?", tanya cik pensyarah kepada Rudy.
"Saya belum rasa nak keluar, Miss Aisyah. Saya pun tak tahu nak kemana lepas ni. Hidup pergi kelas, balik rumah sewa, pergi kelas, balik rumah sewa. Bosan juga.", jawab Rudy.
"Haha. Oh iya ke? Tak pergi lepak dengan kawan-kawan?", tanya Miss Aisyah, si pensyarah kelas Rudy tadi.
"Haha. Mana la budak-budak belasan tahun ni nak berkawan dengan orang umur 20an macam saya ni, Miss Aisyah. Jawabnya memang tak ada kawan la..", Rudy menjawab sambil tersenyum.
"Hai, biasalah Rudy. Awak dengan saya sebaya. Memang tak masuk sangat dengan adik-adik belasan tahun ni..", Miss Aisyah menguntum senyuman yang sangat manis apabila bersetuju dengan kenyataan Rudy.
"Ok lah, saya pergi dulu ya. Jangan bersendiri sangat, nanti tepu otak tu..", kata Miss Aisyah sebelum berlalu pergi meninggalkan kelas.
Rudy berseorangan di dalam kelas yang sudah sunyi itu. Rudy menghela nafas panjang. Teks wechatnya pada Aliya langsung tidak dibalas. Rudy menganggap saja Aliya tidak lagi berminat untuk berkawan dengan dirinya. Ah, peduli apa. Rudy bangun dari bangku kelas dan terus berjalan keluar.
Rudy melangkah perlahan melalui koridor blok kelas itu menuju ke arah keretanya di kawasan letak kereta. Sambil berjalan, Rudy menoleh kiri dan kanan memerhatikan kelompok-kelompok pelajar di universiti itu sedang berkumpul dan bersenda tawa antara satu sama lain. Rudy hanya senyum dan mengangkat tangan pada setiap orang yang lalu, tapi cuma beberapa orang saja yang membalas senyuman Rudy.
"Beep.. beep", Rudy mematikan sistem alarm kereta dan unlock pintu keretanya.
"Eh, Rudy! Nak balik dah?", Miss Aisyah menegur dari belakang Rudy yang baru saja nak masuk ke dalam keretanya.
"Eh, hai Miss Aisyah. Yea, nak balik dah. Miss Aisyah?", balas Rudy.
"Saya pun nak balik juga. Dah habis kerja, kan? Mana boleh duduk lama-lama kat tempat kerja. Tak ada life la.", Miss Aisyah menjawab.
"Setuju. Saya setuju sangat. Hanya yang bekerja saja tahu.", Rudy mengiyakan lagi pernyataan Miss Aisyah. Mereka kemudian mengucapkan selamat tinggal dan Rudy masuk ke dalam kereta. Miss Aisyah juga masuk ke dalam keretanya yang tidak jauh dari tempat Rudy meletakkan keretanya.
Rudy berdiam diri dalam kereta. Apa agaknya dalam fikiran Rudy waktu itu?
Rudy terus membuka pintu kereta dan keluar meninggalkan keretanya. Dia berlari-lari anak ke arah kereta Miss Aisyah yang masih belum beredar. Miss Aisyah sedang sibuk melihat cermin membetulkan tudungnya dan menggali-gali beg tangannya.
"Knock knock", Rudy mengetuk lembut cermin sebelah pemandu kereta Miss Aisyah. Miss Aisyah kemudiannya menurunkan tingkap cermin keretanya.
"Ya, Rudy. Ada apa-apa?", bulat mata Miss Aisyah memandang Rudy.
"Miss Aisyah, Miss Aisyah free tak sekarang? Do you want to have a drink with me?", Rudy dengan selamba bertanya soalan seperti itu pada pensyarahnya.
"Haha. I thought you were never going to ask", jawab Miss Aisyah tersenyum.
"So, kira on la ni?", tanya Rudy kembali.
"Haha, I have some time to kill off, why not? Come. Rudy nak drive atau nak naik kereta saya?", kata Miss Aisyah.
YOU ARE READING
The Apartment
RomanceSebuah cerita yang sangat tak best. Sila jangan baca. AMARAN: Kisah ini mengandungi unsur-unsur dewasa. Pembaca mesti melebihi umur 18 tahun! 🔞. Kalau ada yang rasa diri tu suci bak kain putih, tak perlu nak baca atau report cerita aku ye, sedara...