Malam itu, sebuah kereta Nissan Almera berwarna putih sedang berhenti di tepi jalan di kawasan universiti itu. Di dalamnya ada seorang pemandu wanita. Dia sedang sibuk membelek-belek smartphonenya sambil bersandar di kerusi pemandu. Satu demi satu iklan rumah yang ingin dijual di kawasan itu. Eyka memilih untuk melihat rumah-rumah yang ingin dijual pada waktu malam kerana dia mahu memastikan kawasan yang bakal didiaminya benar-benar selamat."Hmm, semua pun rumah apartment je. Tak ada langsung rumah teres atau semi-D kat sini nak jual.", getus hati Eyka.
Eyka terus menelefon suaminya, Halim yang sedang berada di ibu negara menjalankan tugasnya sebagai seorang ahli sebuah parti politik di sana.
"Assalamualaikum abang, Irah tak jumpa rumah yang sesuai la..", kata Eyka.
"Waalaikumussalam, Irah. Iya ke? Tak apalah, kalau macam tu Irah balik rumah mak sekarang ya? Dah malam ni, risau pulak abang Irah sorang-sorang tu..", jawab Halim.
"Iyalah bang, kejap lagi Irah balik la. Tak apa, mak tahu Irah lewat sikit. Biasalah cari rumah memang macam ni, kan abang kan? Hehe..", balas Eyka.
"Hehe. Iyalah sayang abang sorang ni.. ok, abang tengah ada meeting dengan Ustaz ni, nanti abang balik esok ya, sayang.. assalamualaikum", jawab Halim lagi.
"Ok, abang. Irah tunggu tau. Waalaikumussalam..", Eyka menjawab salam yang diberi suaminya.
Begitulah nasib Eyka yang menikahi seorang pemain politik yang mempunyai pengaruh dalam partinya. Begitu sibuk sekali Halim berulang-alik dari negeri ini ke negeri itu untuk urusan pentadbiran dan kempen.
Eyka pun sebenarnya bukanlah isteri pertama Halim, tetapi dia adalah isteri muda. Halim yang berumur 46 tahun sudah berkahwin dengan isteri pertamanya dan mempunyai 4 orang anak. Anak pertama Halim pun sudah lebih kurang sebaya dengan Eyka.
Eyka memulakan perjalanan pulangnya selepas meletakkan smartphonenya. Perlahan-lahan kereta Nissan Almera itu bergerak. Mata Eyka masih tidak lepas dari melihat beberapa buah rumah sambil dia lalu di kawasan itu.
"Nampak kawasan ni macam selamat je. Ada guard lagi kat depan. Hmm..", bisik hati Eyka.
Tiba-tiba Eyka terlihat seorang lelaki yang sedang berjalan dengan sweater hoodie di bahu jalan. Eyka tidak tahu kenapa, tapi dia seolah-olah mengenali susuk tubuh itu walaupun daripada jauh. Pandangannya terarah kepada si lelaki itu. Hanya satu nama saja yang muncul dalam fikiran Eyka waktu itu.
"Macam Rudy je? Biar betul mata aku ni?", Eyka bermonolog sendiri.
Tangannya di steering kereta digenggam lebih erat. Perlahan-lahan dia menyusur keretanya mengikuti lelaki itu yang semakin menghampiri sebuah kawasan apartment. Apabila lelaki itu mula masuk ke dalam kawasan apartment, Eyka mengambil keputusan untuk mengekori lelaki itu. Keretanya diberhentikan di bahu jalan. Eyka melepaskan talipinggang keledar dan mematikan enjin keretanya, lalu keluar dari kereta.
Lelaki itu sedikit pun tidak curiga atau perasan akan kehadiran Eyka yang mengekorinya. Entah apa yang sedang bermain dalam fikirannya sehingga begitu tidak peka sekali akan sekelilingnya.
"Tak ada guard kat pondok? Ini peluang aku masuk terus.", bisik Eyka.
Perlahan-lahan langkah Eyka diatur agar kehadirannya tidak disedari oleh si lelaki itu. Lelaki itu mula masuk di kawasan lobi yang menggunakan kad tetapi pintunya terbuka luas. Eyka berselindung di balik dinding sambil menghendap-hendap. Kini sahlah lelaki itu adalah Rudy, bekas teman lelaki Eyka. Cahaya di lobby itu cukup menjelaskan wajah Rudy untuk Eyka mengecamnya.
"What the hell? Rudy buat apa kat sini? Sejak bila dia tinggal kat negeri ni? Aku tinggal sini sebab nak lari daripada dia jugak. Kalau macam ni, bahaya la. Dia boleh terserempak dengan aku bila-bila je kat luar sana.", Eyka terus bercakap dengan dirinya. Tapak tangannya digosok-gosok sesama sendiri.
YOU ARE READING
The Apartment
RomanceSebuah cerita yang sangat tak best. Sila jangan baca. AMARAN: Kisah ini mengandungi unsur-unsur dewasa. Pembaca mesti melebihi umur 18 tahun! 🔞. Kalau ada yang rasa diri tu suci bak kain putih, tak perlu nak baca atau report cerita aku ye, sedara...