Rahsia Apartment Rudy.

30.4K 191 20
                                    

"Hello, haa ya saya.. oh dah sampai ya? Ok naiklah.", kata Rudy di telefon. Rudy kemudiannya meletakkan Iphone nya selepas itu. 

"Hmm, apa la Mr. Wong ni naikkan sewa. Tak pasal-pasal aku kena cari housemate baru. Mana boleh aku nak bayar seorang semua. Nak untung lebih la tu..", bebel Rudy seorang diri sambil duduk di sofa ruang tamu apartmentnya.

**********************************************************************

"Haa, masuklah..", kata Rudy kepada pemuda yang baru sampai di depan pintu apartment itu. 

"Terima kasih, bro..", jawab pemuda itu.

"Bro? Hmm.. belum boleh bro lagi, 'bro'..", jawab Rudy endah tak endah.

Pemuda yang baru masuk ke apartment itu mempunyai muka yang amat innocent. Dia menutup pintu apartment, kemudian melangkah masuk ke apartment itu sambil menunduk dan melilau memerhatikan segenap ruang apartment itu. 

"Erm, bang.. bilik saya yang mana ya?", tanya pemuda itu.

"Tu haa, yang terbuka luas tu.. tu bilik kau 'bro'", jawab Rudy sambil terus menonton televisyen. Sedikit pun Rudy tak membantu pemuda itu mengangkat barang-barangnya. 

Si pemuda terus membawa barang-barang peribadinya ke dalam bilik itu. Setelah meletakkan barang-barangnya si pemuda itu mengemas sedikit bilik itu.

Rudy hanya memerhatikan pemuda itu membuat kerja yang sedang dilakukannya.

Selesai mengemas, pemuda itu datang ke ruang tamu. Punggungnya dilabuhkan pada sofa dan duduk bersebelahan Rudy. Rudy menjarakkan sedikit dirinya dengan pemuda itu. Lelaki kot, kalau perempuan mahu lebih rapat Rudy duduk.

"Nama saya Danny, nama abang apa?", si pemuda itu mula memperkenalkan dirinya.

"Rudy..", jawab Rudy sambil matanya terus menonton televisyen. Posisi duduknya lagak seperti orang yang baru kalah judi dengan kaki sebelah di atas sofa, manakala sebelah lagi di atas lantai. 

"Ohh.. abang asal mana?", tanya Danny lagi. Beria-ia betul si Danny mahu berkenalan dengan housemate barunya. 

Rudy terus menoleh ke arah Danny, dan memberikan satu pandangan yang cukup tajam pada mata Danny.

"Aku tak nak kenal kau, apa yang kau sibuk sangat nak tahu pasal aku?", bentak Rudy.

"Laa, bang.. salah ke nak kenal housemate sendiri? mana tau kalau abang susah, saya boleh tolong.", jawab Danny tenang walaupun agak berwaspada dengan angin Rudy.

"Tak payah, sebelum ni kau tak ada. Aku susah pun aku handle sendiri. Kau jangan sibuk hal aku. Kau bilik kau, aku bilik aku. Ok?", balas Rudy.

"Err, ok bang.. erm, dalam rumah ni ada apa-apa peraturan yang saya perlu tahu?", tanya Danny.

"Kau boleh buat apa saja ikut suka kau. Kalau nak bawa kawan pun boleh, tapi tak boleh lebih daripada 2 orang dalam satu masa. Faham?", begitu kerasnya Rudy melayan Danny.

"Ok bang, faham. Kalau camtu saya masuk bilik dulu la.. sorry ganggu abang.", jawab Danny sambil beredar dan masuk ke biliknya lalu menutup pintu.

Rudy terlalu sakit hati kerana tuan rumahnya Mr. Wong menaikkan sewa. Sakit hati bukan sebab sewa naik, pasal kewangan itu bukan halangan Rudy, tapi.. 

"Adui, sekarang ni macam mana aku nak projek dalam rumah? Takkan nak bawa Aisyah bila ada si Danny ni. Macam mana aku nak projek dengan Aliya, Jasmin dengan Eyka? Adui.. serabutlah!!", bisik hati Rudy sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

**********************************************************************

Malam itu, Rudy termenung ke luar tingkap. Renungannya jauh, sehingga ke hujung bukit di luar sana. Ligat otak Rudy mencari ilham untuk melaksanakan projek-projek berskala besarnya yang menelan belanja berbilion-bilion sperma. 

Tiba-tiba Rudy mendapat satu akal..

Iphone nya dibelek-belek dan mencari satu nombor telefon..

"Hello Mr. Wong."
"Hello, Rudy.. yes boy apa mau?"
"Mau tanya sama you la boss.."
"Apa mau tanya? Ei, itu budak sudah masuk ka?"
"Sudahlah boss.."
"Apa macam dia ada okay ka?"
"Okay laa.. budak baik la bos.."
"Aiyya lu sikalang tak boleh projek lagi maa.. haha"
"You punya pasal la, naikkan sewa rumah.."

Rupa-rupanya Mr. Wong pun tahu perangai Rudy di apartmentnya tapi dia tak peduli asalkan Rudy membayar sewa tepat pada masa. Selainnya, suka hati Rudy asalkan tak merosakkan apa-apa barang dalam rumahnya.

"Boss, I mau pindah master bedroom ok ka?"
"Ikut you la, Rudy. Itu rumah you jugak duduk."
"Iya ka?"
"Boy, you kila sewa rumah maa.. mana2 you mau masuk pun you punya pasai.."
"I see.. thank you boss."
"Ok ah, I pun faham, you mau plojek besar maa.. you tak mau itu budak kacau ah?"
"You banyak bijak la boss.. hehe"
"Kalau tala bijak macam mana mau bisnes lorr"
"Hehe ok thank you Mr. Wong, nanti saya pindah hoo"
"Iya ok, ok.. I mau layan I punya amoi maa, esok pagi I hantar itu master bedloom punya kunci. You sana duduk jangan bikin kecoh"
"Ok Mr. Wong.. aiyaa, sudah tua pun mau layan amoi lagi.."
"Badan tua, lancau masih muda maa.. haha. Ok, ok I mau tutup fon. bye lor"
"Ok bos, bye.."

Rudy meletakkan Iphonenya ke atas meja belajarnya.. tersenyum lebar Rudy memikirkan projek-projek meganya tidak perlu dibatalkan.

"YES!!! aku tak perlu kongsi jamban, nak mandi dengan awek pun tak payah pakai bilik air lain. Hehe..", getus hati Rudy.

**********************************************************************

Keesokan paginya, Rudy mengambil pintu kunci master bedroom daripada Mr. Wong. Setelah berbual-bual sedikit. Rudy kembali ke apartmentnya. Dia memasuki pintu utama dan menutupnya. 

"Whatt?? Hei, apasal kau pakai macam tu?!", gertak Rudy apabila melihat Danny yang keluar dari biliknya dengan memakai singlet putih. Singlet putih pun jadi isu? Tak, tapi seluar pendek atas peha berwarna pink!

"Haaa? Apa? Saya pakai apa??", tanya Danny yang kelihatan begitu blur.

"What the fuck? Pink shorts 'bro'!", Rudy tampak begitu terkejut sekali dengan pemakaian Danny.

"Ohh ni? Haha.. saya memang suka warna pink. Takkan perempuan je boleh, laki tak boleh?", jawab Danny sambil menggosok-gosok perutnya yang kempis nak dibandingkan dengan perut Rudy yang agak boroi dengan tangan kirinya, manakala tangan kanannya menggaru-garu belakang kepalanya sambil tergelak. 

"Haih", kata Rudy sambil menggeleng-geleng kepala dan terus berjalan ke arah bilik utama. 

"Klaakk!", kunci dan tombol dipulas, Rudy menjenguk ke dalam bilik itu, lalu memasukinya. Ternyata bilik utama itu agak luas dan dihias bagai bilik hotel, mempunyai katil king size. Dihias dengan dekorasi di dalamnya ala-ala budaya cina di China. Bilik itu mempunyai tandasnya sendiri beserta bathtub. Shower glass yang cantik. Senang kata, bilik itu kelihatan kontras daripada keseluruhan apartment itu. Seolah-olah Rudy memasuki satu dimensi lain.

Macam dialog dalam cerita Senario, "fuyyo, luar setinggan dalam kondo"..

Rudy berjalan di sekeliling bilik dan membuka tingkap, melihat pemandangan yang sama seperti biliknya. Rudy membiarkan cahaya mentari masuk dan menerangi bilik yang gelap itu. Rudy kemudiannya membuka laci dan almari untuk melihat apa yang berada di dalamnya. 

Maka disebalik habuk dan debu yang berada di dalam salah satu laci yang ada, terdedahlah rahsia apartment yang didiami Rudy itu..

Mr. Wong sering menggunakan bilik utama itu untuk menyimpan amoinya. Sebelum menyewakan apartment itu kepada Rudy, apartment itu pernah digunakan sebagai rumah bagi perempuan simpanan Mr. Wong. Bagaimana Rudy tahu? Mr. Wong tertinggal gambar diri dan kekasih gelapnya sewaktu bercuti di dalam laci meja. Rudy kenal sangat dengan Aunty Mary, isteri Mr. Wong tapi perempuan di dalam gambar itu seorang yang sangat cantik, iras-iras Elizabeth Tan, bukannya Aunty Mary!

Rudy membelek gambar itu, dan dibelakangnya tertulis Susie. 

"Hmm, amoi ni nama dia Susie ke? Boleh tahan jugak lawa amoi ni..", bisik hati Rudy. 

"Wah, abang.. besarnya bilik ni! Cantik pulak tu..", kata-kata Danny mematikan pandangan Rudy pada gambar itu.

"Hei, kau buat apa? Bilik ni aku dah ambil tau. Kau get lost! This is my room ok? Jangan semak kat sini, budak pink!", halau Rudy.

"Eleh, macam la saya nak sangat bilik ni..", jawab Danny.

"Kau tak nak, kan? So, apa yang kau buat kat sini.. blah", kata Rudy sambil menunjukkan isyarat tangan bererti menghalau.

Danny cuma mengangkat matanya ke atas dan menyengetkan bibirnya, lalu meninggalkan Rudy di dalam bilik. 

"Budak ni, weirdo.. annoying pulak tu.", marah Rudy dalam hati.

**********************************************************************

Proses pemindahan bilik berakhir pada lewat petang itu. Rudy menghela nafas panjang apabila bilik barunya itu kini bersih dan kemas. Rudy memeluk tubuhnya sendiri dan tersenyum puas melihat bilik 'hotel'nya. Kawasan apartment itu juga boleh dikatakan agak elit, sewanya pun bukannya murah sangat. Privacy? Tip top! Tak ada kemungkinan ketukan pasukan anti-khalwat yang akan datang kerana kawasan itu dipenuhi dengan bangsa asing yang berstatus. 

Kini Rudy amat berpuas hati. Projek-projek berskala besarnya boleh dilakukan tanpa segan silu di dalam bilik bertaraf hotel 4-star itu.

"Hmm, tak cukup lengkap lagi ni. Nanti bila Aisyah datang, lengkap la. Nak lagi lengkap, mesti ada Aliya, Jasmin.. hehehehe. Eyka? Hmm, boleh la, sekali-sekala bila nak pakai..", bisik hati Rudy yang nakal sambil tersenyum.

Rudy segera mengeluarkan Iphone nya dan mengambil gambar bilik itu serta tandasnya.

"Hmm, send jap.. hehe", kata Rudy sambil menghantar gambar-gambar itu kepada Aisyah.

"Tingg!", notifikasi whatsapp Rudy berbunyi.

"Wow! Cantiknya sayang, where are you baby?", tanya Aisyah.

"Somewhere..", jawab Rudy sambil mengangkat-angkat keningnya.

"Hmm.. don't you dare cheat on me, sayang..", balas Aisyah memberi amaran.

"How can I cheat with a beautiful girl like you? Hehe.. this is our room, sayang.", balas Rudy sambil menyertakan emoji love.

"Is it? kat mana tu?", tanya Aisyah yang masih mahu mengetahuinya.

"Nanti la I bawa you datang ok? Then we can spend all night long together..", balas Rudy.

"Ok, can't wait XoXo", balas Aisyah.

Rudy tahu, walau bagaimana liarnya imaginasinya, hanya Aisyah saja yang layak dilayan di dalam bilik itu. Selainnya ke bilik lama Rudy lah.. atau di ruang tamu? Mana-mana sajalah.

Danny? Ah, tepilah. 

Rudy kembali mengambil gambar yang tersimpan di laci.

"Siapa Susie ni?", tanya hati Rudy.


The ApartmentWhere stories live. Discover now