Aisyah, Sang Bidadari. (X)

37K 267 32
                                    

Aisyah mengunci pintu utama apartment Rudy. Baru tadi, Aisyah turun ke bawah apartment untuk mengambil beg pakaiannya dari dalam kereta. Kunci pintu apartment Rudy diambil tanpa pengetahuan Rudy yang masih sibuk menelaah nota-nota subjek terakhirnya semester itu.

Beg pakaiannya diletakkan di sebelah sofa. Aisyah kemudiannya melihat pintu bilik Rudy yang terbuka luas, lalu berjalan ke arah bilik itu. Aisyah menyorokkan dirinya di balik dinding dan menoleh sedikit ke dalam pintu bilik Rudy untuk menghendap apa yang sedang dilakukan lelaki itu.

"Eh, tidur ke? Hmm.. patutlah diam je", kata Aisyah.

Rudy sudah terlelap sebenarnya di meja belajar. Nota-notanya berteraburan di atas meja itu, termasuk peralatan tulis dan laptopnya yang dalam mode screensaver. Aisyah tersenyum dan terus masuk ke bilik Rudy.

"Hmm, kesian. Letih sangat budak rajin ni..", kata Aisyah di dalam hati.

Aisyah perlahan-lahan mengemaskan meja Rudy dan menyusun segala nota, buku dan alat tulisnya di sudut hujung meja. Aisyah begitu bersimpati sekali melihat Rudy yang benar-benar keletihan kerana siang tadi dia baru saja menamatkan satu peperiksaan, dan terus mengulangkaji walaupun mempunyai baki lagi 3 hari sebelum paper terakhirnya bagi semester itu.

"Dear.. bangunlah. Pergi tidur kat katil you elok-elok..", Aisyah mengejutkan Rudy.

Respon dari Rudy cuma sekadar membetulkan posisi wajahnya di tongkat lengan untuk menyelesakan dirinya lebih lagi. Matanya masih rapat terpejam.

Aisyah cuma tersenyum dan melihat wajah Rudy yang terlalu nyenyak dalam lelapnya. Tangan Aisyah terasa ingin membelai rambut Rudy. Perlahan-lahan tangan kanannya diletakkan pada ubun-ubun Rudy dan mengusap-usap lembut. Tidak cukup dengan itu, Aisyah merapatkan bibirnya pada dahi Rudy dan mengucup dahi itu.

"Goodnight, dear..", ucap Aisyah sebelum berlalu keluar dan menutup lampu bilik.

**********************************************************************

"Eh, siapa yang kemas meja aku ni?" tanya Rudy yang tiba-tiba terjaga dari lelapnya tadi. Rudy menggosok-gosok matanya dan menguap luas. Tubuhnya ditegangkan untuk menghilangkan lenguh duduk. Rudy menggosok-gosok kepalanya dalam keadaan mata terpejam separa sedar.

Rudy bangkit dari kerusi, lalu menuju ke arah pintu biliknya yang tertutup lalu dibuka. Ruang tamunya terlalu gelap tanpa sebarang cahaya.

"Hmm..", itu saja yang mampu diucapkan Rudy dalam keadaan mamainya masih tak hilang.

Rudy menoleh ke arah lantai apartmentnya, ada satu cahaya yang menimbul. Keluarnya dari pintu bilik sebelah dari celah bawah pintu. Rudy berjalan ke arah pintu bilik sebelah, lalu memulas tombol pintu itu..

"Oh my god, I'm sorry!!!", kata Rudy sambil menutup semula pintu bilik itu. Rudy benar-benar terlupa bahawa Aisyah berada di rumahnya. Dia sangkakan dia sendiri yang membuka lampu bilik itu tapi terlupa menutupnya.

"Shit! What did I just see? Aisyah! She's so beautiful..", kata hati Rudy. Rudy menggosok-gosok mata dan mukanya untuk menghilangkan saki baki mamai tadi.

Pintu bilik itu terbuka semula.

"It's okay, come inside, dear.. it's your house anyway", kata Aisyah yang tidak kelihatan. Suara Aisyah bernada menggoda malam itu. Lain sungguh daripada Aisyah yang biasa Rudy kenali selama ini.

Rudy perlahan-lahan menoleh ke arah pintu itu dan mendekati. Rudy melangkah masuk ke dalam bilik itu, lalu pintu ditutup. Aisyah sedang berdiri di belakang pintu itu.

"Aisyah..", kata Rudy dengan lembut. Rudy membelakangkan Aisyah pada ketika itu.

"Ya, Rudy..", jawab Aisyah dari belakangnya.

The ApartmentWhere stories live. Discover now