Beberapa minggu kemudian..
"Hello Ma, I'm good. Yea, Dy baru saja habis paper kelima Dy. Ada lagi satu paper je last lagi 3 hari. Assignment? Yea, dah settle semua. Hari tu Dy tengok carry mark every subject nampaknya ok, so Dy rasa semester ni Dy boleh score. Hehehe!", kata Rudy kepada ibunya yang sedang menelefon.
Rudy terasa begitu yakin akan kejayaan yang bakal dikecapinya tidak lama lagi. Begitu gembira sekali Rudy hari itu. Semester pertamanya di universiti itu berjalan dengan sungguh lancar.
"Oh yea? Okay, okay, hahaha! Okay Ma, Dy ada nak jumpa lecturer jap.. I'll talk to you later ok? Ok.. all right, ok bye Maa! Love you tooo!", Rudy menamatkan perbualan bersama ibunya."Hmm, Mama ni kalau tak bergurau tak sah. Hehe", Rudy memandang skrin Iphone nya sambil tersenyum dan menggeleng-geleng perlahan. Rudy memang lebih anak ibu berbanding anak ayah. Ayahnya tegas dan selalu menekankan Rudy dengan aspek disiplin tinggi. Ibunya pula jenis yang lebih relax dan lembut kepadanya. Jadi, tak hairanlah Rudy memang lebih rapat kepada ibunya daripada ayahnya.
Iphone dimasukkan ke dalam kocek seluar Rudy. Rudy mula berjalan ke arah blok C yang menempatkan bilik para pensyarah. Anak tangga demi anak tangga dipanjat Rudy sehingga ke tingkat 3. Setibanya di bilik Aisyah, Rudy mengetuk pintu."Come in..", kata Aisyah.
"Hai, Miss Aisyah", sapa Rudy yang menyelak pintu bilik dan memasukkan hanya mukanya saja.
"Eh, hai Rudy. Come on in.. have a seat..", balas Aisyah. Rudy perlahan-lahan masuk dan memusingkan badannya untuk menutup pintu dengan rapat. Rudy kemudiannya menarik kerusi yang berada di hadapan tempat duduk Aisyah, lalu melabuhkan punggungnya ke atas kerusi itu. Rudy memerhatikan Aisyah yang sedang sibuk menyusun kertas-kertas peperiksaan yang menimbun di atas mejanya. Baru 2 hari lepas Rudy menjalani peperiksaan untuk subjek Aisyah, ertinya boleh jadi ada di antara lambakan kertas itu kepunyaan Rudy.
"How can I help you, Rudy?", tanya Aisyah sambil menguntum senyuman manis pada Rudy.
"I just came to say 'hi'. Temankan Miss Aisyah here..", jawab Rudy sambil membalas senyuman pada Aisyah.
"How sweet of you, Rudy. Oh, hey can I ask for your favor untuk angkatkan semua papers ni masuk ke dalam kereta I?", tanya Aisyah.
"Err, tak apa ke Miss? I thought bukan papers tu semua P&C ke?", tanya Rudy kemusykilan. Iyalah, kertas-kertas peperiksaan itu semua adalah sulit, sekiranya seorang pelajar mengangkatkannya, berkemungkinan Rudy dan Aisyah akan diambil tindakan oleh pihak universiti kerana melanggar peraturan universiti.
"Hmm, you are right. Tapi.. I tak larat nak angkat semua ni sorang-sorang. Macam mana ya?", Aisyah bagaikan tersedar dari permintaannya yang berpotensi mengundang padah bagi mereka.
"Don't worry, my sweet Miss Aisyah. Beg I kan kosong, ada stationery saja. Exam week, kan? Why not, masukkan dalam bag I and I'll carry for you some of it?", jawab Rudy dengan penuh yakin bahawa plan mereka tidak akan mengundang syak wasangka daripada mana-mana pihak.
"You know why I like you, Rudy? You're so brilliant! Come, hand me your backpack. Kita masukkan separuh dalam beg you..", balas Aisyah.
Rudy menyerahkan begnya kepada Aisyah, lalu separuh daripada longgokan kertas itu dimasukkan ke dalam beg Rudy.
"Oh my god! It's so heavy!", kata Aisyah apabila dia cuba mengangkat beg Rudy yang sudah dipenuhi dengan kertas-kertas peperiksaan. Nampaknya, bukan hanya separuh tapi semua dimuatkan ke dalam beg itu! Tidak ada satu pun lagi kertas peperiksaan yang tertinggal di atas meja Aisyah.
"It's okay Miss, I can handle it. Don't worry", kata Rudy sambil berdiri dan menuju ke arah Aisyah di sebalik meja pensyarah itu. Rudy berdiri di sisi Aisyah dan cuba mengangkat begnya.
"Wow.. okay, berat gila. hahahaha", kata Rudy sambil ketawa.
"Sorry, Rudy sebab I minta tolong you macam ni..", nada Aisyah menunjukkan reaksi kekesalan kerana padanya dia telah menyusahkan Rudy.
"Ala, nothing la Miss Aisyah. I'm fine laa..", kata Rudy sambil berjalan ke arah pintu bilik pensyarahnya. Rudy tidak terus keluar tapi hanya memegang tombol pintu.
Aisyah hanya memerhatikan gelagat Rudy yang terus tersenyum padanya.
"Hmm, Rudy. You memang baik. Honestly, I never met someone like you..", cetus fikiran Aisyah.
Aisyah mengangkat beg kerja dan mula berjalan meninggalkan meja kerjanya. Tiada arah lain yang dituju melainkan ke arah pintu yang sedang dihadang oleh Rudy.
"After you, my dearest Miss Aisyah..", Rudy menundukkan kepalanya sedikit dan menghulurkan tangan kirinya ke arah pintu apabila Aisyah tiba di hadapannya. Aisyah tersenyum sehingga menampakkan baris giginya yang tersusun rapi sambil mencubit hidung Rudy.
**********************************************************************
Awan keemasan mula kelihatan menandakan hari sudah semakin hampir ke penghujungnya. Malam pula bakal menyinggah. Kedua-dua insan itu berjalan berdua di bahu jalan. Mereka perlahan-lahan berjalan bersama ke arah kawasan tempat letak kereta berjarak 450 meter dari blok itu.
"Kenapa you sweet sangat dengan I, Rudy?", tanya Aisyah sambil berjalan bersama Rudy. Rudy hanya menoleh ke arah Aisyah, sedang Aisyah terus memandang ke depan.
"Hmm, susah soalan you tu Miss Aisyah. Hmm, I guess because you deserve it?", jawab Rudy.
"I deserve it? Hahaha. No. I don't think so. Ramai lagi girls kat universiti ni you boleh berbaik-baik. They deserve your sweetness too..", kata Aisyah sambil tersenyum.
"Well, yeah maybe they deserve it but they don't want it. I'm an old guy for them. Diorang tak layan I macam you layan I. Being with you, I feel very happy..", jawab Rudy dengan penuh selamba.
Langkah Aisyah terhenti di bahu jalan itu. Tiada orang yang lalu dikawasan itu pada ketika itu. Aisyah menoleh ke arah Rudy. Matanya memandang tepat pada mata Rudy. Reaksi wajahnya begitu serius tanpa sedikit pun senyuman. Rudy juga turut menghentikan langkahnya.
"Did I say something wrong, Miss Aisyah?", tanya Rudy.
Aisyah tidak menjawab. Pandangannya hanya ditetapkan pada mata dan wajah Rudy. Tiba-tiba wajah Aisyah kelihatan sayu. Mukanya ditundukkan ke bawah.
"Eh, Miss Aisyah, why are you crying all of a sudden ni?", tanya Rudy yang terkejut kerana melihat ada air mata yang bercucuran dari tepi alis mata Aisyah. Rudy melihat kiri dan kanan untuk memastikan tiada siapa yang berdekatan di situ lalu memegang kedua-dua bahu Aisyah. Dia menundukkan mukanya untuk melihat wajah Aisyah yang tiba-tiba menangis.
"Miss Aisyah, janganlah menangis. Ok, I minta maaf if I did say anything that hurt you. I didn't mean to..", nada Rudy kesal.
Rudy segera mengangkat dagu Aisyah dengan jari telunjuknya. Kemudian, Rudy menggunakan kedua-dua ibu jarinya untuk menghapus air mata yang berlinangan daripada wajah Aisyah. Aisyah hanya memejamkan mata.
"Come Miss Aisyah, walk with me. Not in front of me, not behind me but beside me.", kata Rudy.
Rudy dan Aisyah meneruskan perjalanan mereka ke arah kereta. Mereka berdua terdiam seribu bahasa. Tiada langsung kata-kata mahupun persoalan dan jawapan yang keluar dari bibir mereka berdua.
"Done. Ok, Miss Aisyah. All papers dah masuk dalam bonet kereta you", kata Rudy apabila menyelesaikan semua tugasannya.
"Thank you, Rudy", jawab Aisyah perlahan. Aisyah masuk ke dalam keretanya lalu menutup pintu. Rudy yang terasa bersalah diatas perkara yang tidak langsung difahaminya, hanya mampu mengangkat tangannya sambil melambai kepada Aisyah. Aisyah memulakan pemanduannya tanpa menoleh ke arah Rudy sedikit pun.
"Hmm, apa aku cakap? Salah ke? Hmm.. entahlah. Period kot? Mood angin semacam. Buat baik pun salah, buat salah lagi la salah.. entahlah", geleng kepala Rudy perlahan-lahan sambil memerhatikan Aisyah berlalu pergi.
**********************************************************************
Malam itu, Rudy mengulangkaji pelajaran untuk subjek terakhirnya yang bakal dihadapi lagi 3 hari. Kertas demi kertas diselak untuk cuba difahami. Kertas nota-nota Rudy telah tiada ruang kosong lagi. Semuanya diisi dengan highlighter dan tulisan-tulisan Rudy yang menconteng.
"Arghh! Ngantukkkk! Letih!", raung Rudy sambil menepuk-nepuk kedua-dua pipinya dengan tapak tangan.
Rudy tahu ini adalah paper terakhir, dan dia tak mahu mensia-siakan masa yang ada. Dia mesti mencatat keputusan yang baik bagi semester pertama ini supaya perjalanan ijazahnya lancar untuk semester-semester yang akan datang. Rudy akan pastikan dia faham segalanya sebelum melelapkan matanya yang kian berat. Entah berapa kali dia menguap pun dia tak pasti.
"Kring.. kring.. kring.. kring..", ringtone IPhone Rudy berbunyi tiba-tiba. Kelihatan nama Aisyah berada pada skrinnya.
"Aisyah?", Rudy memulakan bicara selepas mengangkat Iphone nya.
"Rudy. Please open your door. I kat depan pintu you", jawab Aisyah.
"Huh?! Err.. okay. Kejap ya..", balas Rudy sambil meletakkan IPhone. Rudy benar-benar terkejut dengan kata-kata Aisyah.
Segera saja Rudy menyarungkan baju t-shirt dan memakai seluar. Biasalah, duduk rumah seorang diri pakai boxer saja si Rudy. Setelah selesai, Rudy berjalan keluar dari bilik dan terus ke pintu utama apartmentnya. Rudy membuka pintu..
"May I come in?", tanya Aisyah.
"Yeah, sure. Come in, Aisyah", balas Rudy sambil membuka mangga gril. Aisyah masuk ke dalam apartment Rudy, lalu Rudy mengunci semula mangga grilnya. Rudy kemudiannya menutup pintu dan mengunci pintu.
"Kenapa you tak cakap you nak datang, Aisyah?", tanya Rudy lagi.
"Tak boleh ke?", Aisyah memulangkan soalan pada pertanyaan Rudy.
Aisyah terus duduk di atas sofa sambil memalingkan tubuhnya ke belakang dan melihat ke arah Rudy yang masih tercegat di belakang pintu utama.
"I tak kata pun tak boleh, cuma I tengah study for my final exam paper..", jawab Rudy.
"Study la. I tak kacau you pun. I just want to stay here tonight.. is it okay with you?", tanya Aisyah.
"Whaaa.. yeah yeah fine. Make yourself at home then", serta-merta jawapan Rudy dialihkan daripada jawapan asalnya.
Rudy mula berjalan ke arah biliknya. Sebelum masuk ke dalam bilik, Rudy sempat lagi menoleh ke arah Aisyah dengan seribu pertanyaan dalam mindanya. Aisyah membuka TV dan terus bersandar pada sofa sambil menonton TV.
"Kenapa Aisyah tiba-tiba datang sedangkan tadi petang macam merajuk atau benci pada aku? Peliklah dia ni.. tapi.. erm, kenapa malam ni Aisyah nampak cantik? Buka-buka pintu je macam bidadari syurga singgah apartment aku pulak. Adui, Rudy! Rudy! Jangan fikir bukan-bukan..", Rudy terus bermonolog dalam hatinya.
YOU ARE READING
The Apartment
RomanceSebuah cerita yang sangat tak best. Sila jangan baca. AMARAN: Kisah ini mengandungi unsur-unsur dewasa. Pembaca mesti melebihi umur 18 tahun! 🔞. Kalau ada yang rasa diri tu suci bak kain putih, tak perlu nak baca atau report cerita aku ye, sedara...