"Ok lah, sayang.. you drive safely, take care okay? Call me bila sampai rumah tau..", pesan Aisyah kepada Rudy. Rudy menghantar Aisyah pulang ke rumah sewanya selepas menghabiskan weekendnya berdua.
"Okay sweetheart, I'll call you..", balas Rudy.
Aisyah menghadiahkan ciuman pada pipi Rudy, dan keluar lalu menutup pintu kereta Rudy. Rudy cuma memerhatikan Aisyah membuka pintu pagar, dan menutupnya semula, lalu masuk ke dalam rumahnya. Apabila Aisyah melambai padanya di sebalik sliding door, Rudy mula meninggalkan kawasan perumahan itu.
**********************************************************************
"Boopp!", pintu kereta Rudy ditutup setelah Rudy meletakkan keretanya pada lot yang dikhaskan untuk nombor apartmentnya. Rudy mengunci pintu kereta lalu berjalan ke arah pintu lobi.
"Hmm, kenapa rasa tak sedap hati ni? Macam something is wrong..", bisik hati Rudy.
Sementara menunggu lif, Rudy menggosok mukanya dengan tangan kanan. Hatinya agak runsing ketika itu. Baru saja dia 'bercuti' bersama Aisyah selama 3 hari 2 malam, adakah badannya letih? Mungkin juga sesuatu yang tak dijangka akan berlaku?
"Tingg! Ground floor.. going up!", Rudy memasuki lif yang baru tiba dan menekan butang tingkat 16.
Di dalam lif itu, Rudy masih memikirkan perasaan tidak sedap hatinya. Riak wajah Rudy benar-benar kerunsingan.
"Tingg!" Floor 16", suara komputer lif itu berkata.
Rudy melangkah keluar daripada lif lalu berjalan perlahan. Dia tidak mahu mengganggu jiran-jiran yang sedang beristirehat di sepanjang laluan koridor itu. Rudy tiba di hadapan pintu apartmentnya, lalu membuka mangga. Gril itu ditutup semula, kemudiannya di mangga. Rudy menanggalkan kasutnya.
"Klak!", pintu apartmentnya dibuka. Gelap. Senyap. Tiada satu suara pun.
"Hmm, gelapnya. Danny keluar kot? Ah! Peduli la. Kot ye pun, tutup la kipas!", kata Rudy sendirian.
"Danny tak keluar mana-mana..", satu suara wanita kedengaran.
"Holy fuckk!!", teriak Rudy yang terkejut dan ketakutan. Rudy kan, takut hantu. Gila tak terkejut! Mahu melompat sekejap dalam kegelapan tu.
Rudy segera mencari suis lampu ruang tamu lalu dibuka.
Kelihatan 3 wanita sedang duduk di atas sofa di ruang tamu itu dan 1 lelaki duduk di atas lantai. Mereka semua memandang Rudy beramai-ramai.
"What the fuck?! What the hell are you all doing in my apartment?!", marah Rudy.
Terjawab sudah perasaan tak sedap hati tadi apabila wajah Eyka, Aliya, Jasmin dan Danny berada di satu tempat yang salah, waktu yang salah bagi Rudy.
"You tanya what are we all doing here?", tanya Aliya.
"You son-of-a-bitch!", sambung Eyka.
Rudy dalam keadaan termangu berdiri di sudut ruang tamu itu jelas kelihatan sangat musykil. Bagaimana mereka semua boleh berada di dalam apartmentnya, Rudy tiada jawapan.
"Tell us the truth, Rudy..", kata Jasmin. Danny masih berdiam, hanya memandang ke lantai.
"Truth apa? Apa benda yang you nak tau?", tanya Rudy.
"You dengan Kak Irah ni siapa sebenarnya?", tanya Jasmin.
Rudy tidak menjawab. Dia hanya menoleh dan tidak mahu melihat pada wajah keempat-empat mereka. Pandangannya kini terarah kepada pantry apartmentnya.
YOU ARE READING
The Apartment
RomanceSebuah cerita yang sangat tak best. Sila jangan baca. AMARAN: Kisah ini mengandungi unsur-unsur dewasa. Pembaca mesti melebihi umur 18 tahun! 🔞. Kalau ada yang rasa diri tu suci bak kain putih, tak perlu nak baca atau report cerita aku ye, sedara...