🌼Permulaan Tahun Baru🌼

1.9K 129 4
                                    

Hah, waktu rehat. Waktu yang dinantikan oleh semua pelajar. Pada ketika inilah, hubungan silaturahim semakin rapat.

"Habislah, tahun ini tahun akhir. Kita akan tinggalkan sekolah ini! Tidak!!" Jerit Yazmin semahunya sambil menggenggam roti yang berada di tangannya.

"Ah! Roti yang saya buat..." Ucap Hanie kecewa sambil tangannya cuba untuk mencapai roti yang berada di tangan Yazmin.

Niysa segera menepuk bahu Yazmin dengan kuat bagi menyedarkan sahabatnya yang seorang itu. "Bisinglah awak! Kesian Hanie. Tengok roti yang dia buat tu dah kemik."

Kini, kedua-dua sahabat itu berperang mulut.

"Tak bersyukur langsung." Tutur Aineen dan Aisyah serentak lalu mengunyah roti yang diberikan kepada mereka sebentar tadi.

"Hmm, tak apalah. Roti ini saja saya buat di bengkel masakan tadi. Maklumlah, sudah lama kita tak rehat sama-sama macam ni." Bebel Hanie setelah bosan melihat kerenah sahabat-sahabatnya. Buku yang berada di tangannya ditutup lalu diletakkan ke sebelah.

Aineen menjeling Yazmin dan Niysa. "Tengok, Hanie yang tak banyak bercakap ni pun dah membebel panjang. Sudah, makan je. Kalau tak, saya dan Aisyah akan habiskan roti-roti ni." Marahnya geram. Aisyah mengiyakan.

Yazmin dan Niysa yang sedang bertekak kini menutup mulut. Masing-masing mengunyah roti dengan sabar sambil menjeling satu sama lain.

•••••

"Kali ni, rehat rasa lama pula." Ucap Aisyah sambil menelaah buku teks akaun-nya. Matanya tidak lepas daripada memandang buku tersebut.

Aineen mengangguk perlahan sambil menghabiskan kunyahan. "Kan waktu rehat dah extend. Kita bukannya boleh keluar dari akademi ni so tiap-tiap hari nak buat kelas tambahan pun boleh."

"Huh... Saya lapar lagi." Ucap Yazmin yang sedang menyandarkan diri ke belakang Niysa. Dia mengusap perutnya.

Niysa hanya menggelengkan kepala lalu menongkat dagu. "Awak, sebagai seorang perempuan, kita kena jaga badan. Nanti susah nak beribadat."

"Bukan perempuan je tau. Lelaki pun."

Ahnaf dan Fazli muncul dari belakang.

"Maya mana?" Soal Fazli sambil matanya tercari-cari kelibat gadis yang seorang itu.

Aisyah tertawa kecil lalu menjawab. "Dia kurang rehat sama-sama dengan kami. Saya rasa, dia ada dekat perpustakaan sebab tadi dia kata dia nak bertugas."

Fazli mengangguk lalu ingin menarik tangan Ahnaf untuk ke perpustakaan. Namun, sahabatnya yang seorang itu tidak bergerak walau satu inci pun.

Dia memandang Ahnaf yang sedang merenung ke satu tempat. Serta merta pandangan matanya jatuh ke arah tempat yang sedang Ahnaf lihat.

Lah, terdapat seketul roti di dalam sebuah bekas rupanya.

Niysa yang terperasan akan pandangan Ahnaf itu mempelawa. "Awak nak roti terakhir tu, Ahnaf? Ambillah. Hanie yang buat tadi."

"Wah! Betul ke? Saya nak." Balas Ahnaf dengan wajah yang berseri-seri.

Yazmin menjeling roti tersebut lalu mencebik. Bisikan di hatinya bergema-gema.

'Aku mesti dapatkan roti tu!'

Laju sahaja tangannya bergerak bagi mencapai roti tersebut. Tanpa disangka, satu tangan telah mengambilnya dahulu.

Yazmin segera mendongak lalu terlihatlah Hanie yang sedang tersenyum sinis seraya menghulurkan roti tersebut kepada Ahnaf.

"Ahh! Sampai hati awak, Hanie. Saya kan BFF awak!" Jerit Yazmin sambil memaparkan riak wajah kecewa.

Hanie berpeluk tubuh lalu berpaling ke arah lain. "Awak dah makan banyak!" Jawabnya tanpa melihat Yazmin.

"Sedapnya!" Puji Ahnaf. Kemudian, dia menarik tangan Fazli. "Saya dah dapat apa yang saya nak. Sudah, mari kita ke perpustakaan." Ujarnya dengan gembira.

Setelah kelibat kedua-dua jejaka itu hilang daripada pandangan, Aineen, Aisyah, Yazmin dan Niysa menoleh ke arah Hanie.

"Hanie, Hanie. Mana prinsip awak yang... 'kami tak boleh bercakap dengan lelaki' tu?" Sindir Niysa dengan senyuman nipis. Matanya dikerdip-kerdipkan.

Yazmin tersengih lalu menyampuk. "Ha'ah. Sanggup awak pentingkan seorang ajnabi berbanding sahabat awak ini?"

Hanie mendiamkan diri lalu memusingkan badan bagi membelakangi sahabat-sahabatnya.

"Sudahlah tu! Ish, jangan kenakan orang lagi. Lantaklah dia, sudah ada jodoh." Tegur Aisyah diselit gurauan.

Hanya gelengan kecil diberikan oleh Aineen. "Aduhai, asyik kacau orang sahaja kalian ini."

Dalam diam-diam, Hanie seperti merancang sesuatu.

'Siap nanti kalian semua. Jangan main-main dengan si penglihat tali jodoh!'

Tamat
🌼Permulaan Tahun Baru🌼

Akademi Dary : One Shot (SS)Where stories live. Discover now