⚡Tragedi Bilik Latihan⚡

1.3K 119 5
                                    

Yazmin berjalan dengan gembira bagi menuju ke kelas latihannya. Dengan tangan yang laju menghayunkan beg, dia bernasyid kecil.

Setibanya di hadapan bilik latihannya, dia ingin mencapai pintu. Namun, terdapat tangan lain di situ. Mujur dia sempat mengelak daripada tersentuh.

"Oops, maafkan saya." Ucap Yazmin lalu memandang insan yang berada di sebelahnya itu.

"Tidak mengapa." Ucap jejaka itu. Dia menarik pintu. "Masuklah dulu."

Yazmin mengangguk lalu melangkah ke dalam. "Terima kasih." Katanya.

Langkah dilajukan setelah kaki mencecah lantai bilik. Dia memasuki satu ruangan yang luas lalu duduk di salah satu meja yang dibentuk menjadikan satu bulatan.

Jejaka yang membantunya tadi berjalan ke arahnya lalu duduk selang dua kerusi daripada Yazmin. Perbuatan jejaka itu membuatkan Yazmin berasa tidak selesa.

"Em... Said, kenapa duduk di sini?" Soal Yazmin ragu-ragu.

"Tak boleh ke?"

Yazmin hanya menggelengkan kepala tanda tidak mengapa lalu tunduk memandang bukunya yang berada di atas meja.

'Sikitnya yang datang kelas latihan hari ni. Cikgu pun lambat.' Getus hati Yazmin yang keresahan.

"Yazmin." Panggil Said. Terus sahaja Yazmin memandangnya.

Sebelum Said membuka mulut, Yazmin telah membuka mindanya luas-luas terlebih dahulu.

"Ha, awak nak tanya pasal Aineen? Aineen tu baik orangnya. Kenapa awak tanya?" Soal Yazmin sebelum jejaka itu menanyakan soalan.

Said terkejut. "Hei, kenapa baca fikiran saya?" Marahnya geram.

Yazmin berpeluk tubuh lalu mencebik. "Tak salah pun. Ini bilik latihan kan? Memang digalakkan untuk guna pun." Sinisnya.

"Jangan fikir awak ni bagus sangat ya. Kenapalah Aineen berkawan dengan gadis macam ni. Tak lemah lembut macam dia langsung." Ujar Said tanpa memikirkan perasaan gadis yang berada di sebelahnya itu.

Yazmin berdiri. "Apa awak kata? Awak ni, mulut lancang. Lagi tak sesuai dengan Aineen lah!" Gertaknya. Sekali dia marah, memang jangan main-main.

"Awak jangan tanya apa-apa lagi pasal kawan saya. Tak apa, jangan risau. Saya akan ceritakan semua tentang awak dekat dia." Ugut Yazmin lalu mengemas buku-bukunya.

"Eh, bagitahulah! Macam dia percaya! Walaupun kami satu kelas, saya tak pernah kacau dia. Tak akanlah dia nak percaya cakap awak." Tutur Said dengan berlagak. Sempat lagi dia menyisir rambutnya.

Beg diangkat. Senyuman sinis diukirkan. Kakinya melangkah pergi ke pintu kemudian dia menoleh.

"Adakah dia akan percaya orang yang tidak dikenalinya daripada sahabat baiknya sendiri?" Yazmin bertanya dengan jelingan tajam.

Geram. Ya, itu yang dirasakan oleh Said.

"Siaplah awak!" Jeritnya kemudian berlari pantas ke arah Yazmin. Penumbuk diangkat.

Yazmin tersentak sebelum kedua-duanya tangannya digunakan untuk menghadang muka. Kakinya kaku tidak bergerak.

Buk!

"Eh? Tak sakit?" Yazmin hairan. Dia mengangkat kepala. Kelihatan satu tangan sedang menahan tumbukan Said dari atas kepalanya. Segera dia mendongak.

"Jangan kacau dia, please." Ucap Farhan lalu menarik tangan Said ke bawah. Dia menunduk bagi memandang Yazmin. "Apa tengok-tengok?"

Yazmin mengalihkan pandangan lalu menjeling Said. "Wah, tak sangka ya awak sanggup memukul seorang perempuan? Tak mengapa, biar saya report dekat tuan pengetua sampai awak kena buang sekolah!" Marahnya sambil mencerlung Said dengan tajam.

Beg sandang yang digalas Yazmin ditarik oleh Farhan. Dia terdorong ke belakang sehinggalah keluar dari bilik latihan tersebut. Said pula ditinggalkan berseorangan.

"Kenapa awak tarik saya? Ish, lepaslah!" Jerit Yazmin kuat sehingga Farhan sendiri yang terlepas pegangannya.

Farhan bercekak pinggang lalu berpusing menghadap Yazmin. "Terima kasih awak mana?"

"Huh, terima kasih!" Ucap Yazmin tidak ikhlas lalu berpeluk tubuh. Kemudian, dia sedar akan sesuatu. "Oh, kenapa awak dekat sini?" Soalnya.

"Haih... Saya datang sebab nak inform dekat kalian yang kelas latihan dibatalkan. Betullah jangkaan saya yang akan ada dua orang datang kelas nanti." Keluh Farhan seraya menggelengkan kepala.

Yazmin mengangguk-angguk laju. "Nasib baik awak datang. Kalau tak, mati saya dipukulnya." Ujarnya ramah.

"Heish, jangan mati-mati! Ajal semuanya berada di tangan Allah!" Tegur Farhan persis seorang abang.

"Ya, ya, ya." Balas Yazmin yang penat mendengar bebelan jejaka itu.

Selepas itu, mereka berdua berjalan bersama bagi menuju ke dorm. Yalah, apabila seorang gadis telah terkena sesuatu yang berbahaya, kenalah ada seorang jejaka menemaninya bagi memastikan yang gadis itu selamat.

Said membuka pintu kaca bilik latihan tersebut lalu berdiri di luar dalam keadaan yang terpinga-pinga.

"Ketua pengawas ke tadi tu? Matilah aku!" Jeritnya.

The End
⚡Tragedi Bilik Latihan⚡

Akademi Dary : One Shot (SS)Where stories live. Discover now