⚽Riadah⚽

699 62 3
                                    

Akademi Dary ada riadah? As if orang kata, mata pelajaran pendidikan jasmani? Pastilah ada. Kalian fikir budak sekolah agama tiada sukan ke? Lagi-lagi yang ada enam deria ini.

Tetapi, riadah jarang diceritakan oleh si penulis. Sebab apa? Sebab riadah di Akademi Dary agak ekstrem. Segalanya bermula apabila gadis-gadis watak utama mula berkain biru muda...

"Assalamualaikum semua! Hari ini, kami berlima telah diarahkan oleh guru bertugas untuk mengawal kamu semua. Aisyah akan mengawal kumpulan Hijau dan Yazmin akan mengawal kumpulan Biru. Aineen akan menjadi penulis skor di papan manakala Hanie, menjadi penonton. Saya Niysa, akan memegang kad merah dan kuning." Terang Niysa pada pagi itu.

Apabila riadah, pelajar perempuan akan memakai baju jersey labuh sehingga paras lutut yang bewarna ungu pekat disulamkan nama akademi yang bewarna emas di bawahnya. Seluar pula telah diwajibkan bewarna hitam agar tidak menarik perhatian ajnabi.

Tudung? Macam biasa. Disebabkan peraturan akademi, pelajar haruslah memakai tudung sekolah.

"Perempuan yang akan uruskan permainan kita? Ini bola sepaklah! Kalian tahu apa?" Soal salah seorang pelajar lelaki daripada kumpulan Biru.

Ahnaf dan Fazli yang turut terlibat, hanya menggelengkan kepala apabila melihatkan ahli kumpulannya yang 'batak' itu. Dialah Hakimi, yang dipanggil sebagai budak nakal akademi.

Setiap sekolah, setiap akademi, pastilah ada budak nakalnya. Kalau sentiasa sejahtera, tak ke bosan itu?

Niysa menarik nafas dalam bagi menenangkan diri. Matanya tajam merenung Hakimi yang bermulut lancang sebentar tadi.

Gadis itu sudah mula memegang tangan Aisyah dan Yazmin kerana dia tahu, sahabat-sahabatnya itu sedang menahan geram. Hal ini kerana, merekalah yang paling aktif di dalam sukan dan bijak dalam segala permainan.

"Awak diam boleh tak?" Aineen sudah mula bersuara. Apabila Niysa berdiam diri, dia akan nempertahankan mereka.

"Eh, suruh kita diam pula. Kaulah diam! Sibuk saja nak arahkan kami itu ini." Hakimi membalas pedas.

Kumpulan Biru sudah mula tidak senang duduk. Jikalau Hakimi menjadi penyebab mereka tidak dapat main, memang mereka akan membelasah ketua mereka itu.

Tidak lupa juga dengan kumpulan Hijau yang sudah berkepul-kepul asap akibat menahan amarah. Mengapalah mereka harus berlawan dengan kumpulan yang sebegitu?

Hanie yang sibuk menilik kuku segera memandang pelajar-pelajar lelaki yang berada di hadapannya itu.

"Kalian. Mahu. Main. Ke. Tidak?!" Soalnya geram. Dia tidak suka menjerit tetapi ini terpaksa demi mendamaikan mereka.

"Nak!" Jawab dua kumpulan serentak.

"Kalau nak main, sedia dalam posisi! Bukan lawan mulut macam ni! Faham?!" Marah Yazmin geram setelah Hanie memberikan laluan untuknya bersuara.

Berlari-lari mereka ke posisi masing-masing.

"Saya tak nak ada yang main tipu, ada yang gunakan deria keenam dan ada yang sengaja mencederakan satu sama lain!" Tutur Niysa dan menerima anggukan daripada mereka.

Permainan bermula.

Aisyah dan Yazmin berpeluk tubuh di hujung padang sambil meneliti ahli kumpulan masing-masing. Aineen sempat berbual sejenak bersama Hanie manakala Niysa mula serius menonton perlawanan.

'Tolonglah jangan bagi Hakimi.' Seorang daripada kumpulan biru menggunakan telepati kepada sahabat-sahabatnya yang lain. Mereka mengangguk faham.

Hakimi seorang yang gemar bermain kasar tidak kira kepada perempuan ataupun lelaki. Pernah menjadi kes sekali, dia melempar cakera ke arah seorang guru perempuan dengan sengaja kerana dia benci diarah-arahkan.

Akademi Dary : One Shot (SS)Where stories live. Discover now