🚫Akibat melanggar pantang🚫

826 80 2
                                    

"Ya Allah, apa yang jadi di sini?!" Maya menjerit kuat apabila kesan terbakar kelihatan di kawasan lantai hutan tersebut.

"Mana mereka?" Soal Ahnaf sambil memerhati keadaan sekeliling.

Keadaan sunyi bagaikan tiada kehadiran manusia di situ. Walaupun begitu, kesan pertempuran yang berlaku meninggalkan mereka banyak tanda tanya.

"Ugh..."

"Aduh."

"Siapa di sana?" Fazli menyoal laju tatkala terdengar dua suara di belakang mereka.

Mereka berempat berpaling ke belakang dan terlihat seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan. Mereka bangkit lalu menyapu debu di badan.

"Adakah kalian terlibat dalam kejadian tadi? Kalian survive? Kalian sahajakah? Mana yang lain?" Soal Ahnaf bertalu-talu. Riak wajahnya menunjukkan bahawa dia sedang menahan amarah.

Zainurul mendepakan tangan di hadapan Ahnaf. "Sabar, Ahnaf. Mereka cedera juga." Katanya bagi menenangkan Ahnaf. "Apa yang terjadi di sini?"

"Kami-" Pelajar perempuan itu ingin membuka kata namun dihalang oleh gelengan daripada pelajar lelaki tersebut.

Ahnaf mula ingin menapak bagaikan ingin menyerang tetapi dihalang oleh Fazli. Maya pula hanya mengetap bibirnya dengan penuh geram.

Tawa sinis dilepaskan oleh Zainurul. Kepalanya yang ditundukkan segera diangkat lalu menjeling kedua-dua pelajar tersebut.

"Kalian punca semua ini, bukan?" Dia berkata dengan serius. "Awak fikir saya tak tahu?"

Pelajar lelaki itu tersentak sedikit sebelum membalas dengan wajah bengis. "Hei, jangan guna kelebihanla-"

"Awak dah libatkan semua orang terpenting dalam sekolah ni, awak nak cakap yang saya tiada hak nak tahu? Ayah angkat saya terlibat sekali awak nak cakap saya tak perlu tahu?!" Marahnya dengan penuh perasaan. Terus pelajar lelaki itu terdiam.

Maya berlari ke sebelah Zainurul lalu menenangkan gadis itu. Dia mendapat tahu bahawa ayah angkatnya ialah Ustaz Syafie daripada Fazli. Sifatnya yang mudah berasa simpati terserlah di situ.

"Maafkan kami." Kata pelajar perempuan tersebut lalu menangis sehingga terduduk ke atas tanah. "Saya akan ceritakan segalanya."


•••••


Maya merengus kuat. Jelingan maut diberikan kepada kedua-dua insan yang berada di hadapannya itu.

"Disebabkan tidak dibenarkan bercinta di dalam sekolah, awak berdua-duaan di luar sekolah pula? Sengaja untuk mencuba?"

"Ya."

"Selepas itu, awak diserang oleh beberapa orang yang tidak dikenali yang membaling bom-bom kecil ke arah awak berdua?"

"Ha'ah. Tapi-"

"Kemudian, kebetulan Ustaz Syafie dan Tuan Ramli datang? Then, kawan-kawan saya terlibat sekali?!"

"Betul tu. Ta-"

"Jadi, mana mereka semua?!"

Jeritan Maya mendatangkan gema di kawasan yang lebat dengan pohon tersebut. Kedua-dua pelajar itu tertunduk takut manakala Fazli dan Zainurul hanya menjadi pendengar setia. Ahnaf pula runsing memikirkan apa yang perlu mereka lakukan.

"Anggapan saya, mereka itu golongan yang gemar melakukan kerosakan di sekitar kawasan sekolah agama. Ada baca surat khabar terkini? Telah terdapat beberapa khabar angin mengenai satu kumpulan yang suka membaling bom-bom kecil demi merosakkan sebahagian sekolah." Ujar Zainurul dengan petah sekali.

Ahnaf menganggukkan kepalanya tanda setuju. "Disebabkan sekolah kita mempunyai pelindung, mereka yang berniat jahat tidak dapat lepas walau satu langkah. Jadi, kalianlah mangsa mereka. Sudahlah dengan pakaian sekolah lagi, macam mana mereka tak cam?!" Marahnya tiba-tiba.

Semakin bertambah rasa bersalah kedua-dua orang pelajar tersebut. Yalah, mereka yang bersalah bukan?

"Jap ya kalian." Fazli bersuara seraya meletakkan tangannya ke sebatang pohon yang rendang sambil memejamkan matanya. "Mereka ke arah sana."

"How?" Pelajar perempuan yang dijumpai mereka tadi menyoal.

Tawa dilepaskan oleh Fazli sebelum dia berwajah serius semula. "Pastilah dengan kelebihan saya." Jawapan dan reaksi wajahnya membuatkan pelajar perempuan itu tertunduk semula.

"Kejar!"

Setelah terdengarkan jeritan yang jauh itu, mereka semua menoleh ke arah datangnya suara tersebut. Kemudian, mereka saling berpandangan sebelum mula bergerak ke arah itu perlahan-lahan.

Tidak lama selepas itu, mereka berlari mengejarkan Ahnaf yang tiba-tiba sahaja melangkah dengan laju.


Bersambung...
🚫Akibat melanggar pantang🚫

Akademi Dary : One Shot (SS)Where stories live. Discover now