"Duhai pohon yang tidak berbuah, adakah anda sedang kesunyian?" Soal Fazli sambil mengusap kayu pohon tersebut. Dia bersandar dengan tenang.
"Oh yakah? Tidak mengapa, saya ada. Jasa awak untuk teduhan pelajar di sini amat dihargai." Ujar Fazli lagi sambil memejamkan mata.
Tidak lama kemudian, dia merasakan daun-daun berguguran mengena wajahnya. Dia segera mengangkat kepala dan membuka mata.
"Eh- Eh, jangan nangis!!" Fazli berkata dengan cemas. Dia berlari-lari anak di sekeliling pokok itu.
"Ayok, Fazli buat pokok nangis."
"Pohon boleh nangis ya? Kenapa pula daun yang gugur?"
"Saya rasa, Fazli saja tahu caranya."
"Oh please, tak akanlah dia nak keluarkan air. Pelik pula."
"Fazli! Apa awak buat dekat pohon kegemaran kami?!"
"Awak berlima ini tak membantulah!!" Jerit Fazli sambil memeluk pohon itu.
Tawa kecil diberikan oleh kelima-lima gadis itu. Apa nak jadilah dengan mamat ni?
Aineen memegang pohon tersebut lalu memandang Fazli. "Dah, dah. Lepaskan dia. Dia rindukan kami." Arahnya.
Fazli segera melepaskan pelukan dan memandang Aineen. "Seriuslah? Macam mana awak tahu?"
"Tebakan yang hebat, Aineen." Ucap Aisyah dan Yazmin serentak lalu membuat fist bump.
Hanie menyelak sebuah buku yang kebetulan berada pada tangannya. Seraya itu, kaca mata dibetulkan dengan penuh profesional.
"Berdasarkan buku yang saya pegang ini, pohon yang boleh didengar suaranya oleh sang 'pendengar pohon', akan sentiasa berasa kesunyian kerana menganggap hanya 'dia' peneman mereka. Jadi, jika kami tiada di sini, jangan bangkitkan tentang kesunyian kepada pohon ini, faham?!" Tegur Hanie dengan tegas. Buku ditutup kuat sehingga mengeluarkan bunyi dan debu.
Fazli mengangguk laju. Takut dia.
Buku yang dipegang Hanie menarik perhatian Niysa. "Mana awak dapat buku tu Hanie?"
"Saya pinjam dari Ustaz Oz di bilik latihan pelajar yang mempunyai deria keenam untuk bercakap dengan pokok." Jawab Hanie. "Lagi satu, Yazmin dan Aisyah. Apa yang sedang kalian lakukan?"
"Memujuk pohon ini?" Balas Yazmin dengan sengihan.
Niysa dan Hanie mengeluh kuat. Bertambah galak guguran daun daripada pohon itu.
Fazli segera berlari ke arah Yazmin dan Aisyah dan mengarahkan mereka berdua untuk menjauhi pohon tersebut.
"Dah-dahlah tu peluk dia. Kan dia dah makin sedih!"
The End
🌳Pohon bersedih🌳
YOU ARE READING
Akademi Dary : One Shot (SS)
FantasyAkademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Tetapi, apakah benar kehidupan mereka sentiasa dipenuhi cabaran? Pastilah tidak. Kehidupan haruslah juga dipenuhi d...