"Kalian rasalah kan, apa pembaharuan baru yang kita kena buat dekat akademi ni?" Soal Tuan Ramli sambil jalan beriringan bersama Cikgu Hanaz, Cikgu Fazleenda dan Ustazah Maisarah.
Cikgu Hanaz hanya menjongketkan bahu. "Entahlah tuan." Balasnya sebelum menyambung. "Kita tambah makanan barulah dekat kantin. Saya dah bosan makan nasi lemak tiap-tiap hari."
"Dah awak makan nasi lemak tiap-tiap hari tu buat apa? Mi goreng, char kuey teow, roti canai, kan ada semua tu?" Balas Cikgu Fazleenda dalam nada tidak puas hati. Bukannya senang nak tambah menu baru di kantin sekolah.
Cikgu Hanaz berpeluk tubuh lalu mencebik. "Tapi saya suka nasi lemak." Jawabnya.
Tuan Ramli, Cikgu Fazleenda dan Ustazah Maisarah menggelengkan kepala. Pulak dah!
"Hei, jangan berlari di koridor!" Suara Farhan kedengaran sambil mengejar seorang pelajar lelaki yang sedang berkejaran dengan sahabatnya.
Senyuman diberikan oleh Ustazah Maisarah. "Haih, makin menjadi-jadi pelajar sekarang ini ya?"
"Eh, bukan Farhan sepatutnya dah habis sekolah ke? Memandangkan gadis berlima itu sudah berada di tahun akhir." Kata Ustaz Syafie yang muncul secara tiba-tiba dan berjalan bersama mereka berempat. Sempat lagi dia membetulkan songkok yang senget.
Gelengan kecil diberikan Ustazah Maisarah. "Mereka yang sudah habis sekolah perlu tinggal di sini sehingga permohonan ke Maktab Pengajian Tinggi Dary diterima." Ujarnya perlahan sahaja.
"Oh..." Ucap Ustaz Syafie dan Cikgu Hanaz serentak. Masing-masing meletakkan tangan ke dagu sambil terangguk-angguk kecil.
Tuan Ramli hanya mendiamkan diri sambil melihat setiap gelagat pelajarnya di sekolah melalui tingkat atas. Baik-baik belaka semuanya. Cuma hanya ada beberapa orang pelajar yang sedikit nakal.
"Farhan!!" Jeritan Rafiq kedengaran. Jejaka itu sedang mengejar Farhan yang sedang mengejar dua orang pelajar yang sedang berkejaran.
"Apa ni, main kejar-kejar?!" Suara Izzat pula kedengaran. Irdawati yang berada di sebelahnya tersentak.
Kedua-dua pelajar lelaki yang sedang berkejaran itu turut menjerit. "Alamak, abang-abang senior! Lari!!"
Habislah, kawasan di tingkat bawah dihuni larian laju dan dibingitkan dengan jeritan para pelajar yang sedang berlari.
"Aduhai, apalah nak jadi dengan anak-anak murid aku ni. Dah besar-besar pun main kejar-kejar lagi." Ucap Tuan Ramli sambil mengusap dahinya.
"Memang aku tak boleh lepas lagi mereka semua ni untuk pergi ke Maktab Pengajian Tinggi Dary kalau perangai macam ini."
-Tamat-
👔Perbualan Antara Guru👔
YOU ARE READING
Akademi Dary : One Shot (SS)
FantasyAkademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Tetapi, apakah benar kehidupan mereka sentiasa dipenuhi cabaran? Pastilah tidak. Kehidupan haruslah juga dipenuhi d...