Maya? Bagaimana dia boleh memasuki tempat ini? Setahu aku, tiada pelajar yang dibenarkan masuk dan tiada pelajar yang mengetahui kehadiran di tempat ini. Nampaknya, aku telah salah menggunakan kelebihanku untuk melihat masa lampau.
Mereka sudah pernah memasuki tempat ini sebelum aku. Aku hanya melihat masa lampau tempat ini pada dua tahun lepas. Namun, mereka telah menjejaki tempat ini tiga tahun lepas!
"Ap- apa?" Soalku tergagap-gagap. Maya memandangku dengan penuh bengis sambil mencengkam tanganku kuat.
Bukan itu sahaja, dua orang lelaki turut bersamanya. Seorang tidak kukenali dan seorang pula yang kupanggil sebagai 'eye candy'.
"Awak ni, melampau sungguh. Tempat ini tempat terlarang. Bahaya! Awak tahu apa akan jadi jikalau awak menjejakkan kaki awak ke dalam garisan putih itu?!" Suara Maya mula meninggi.
"Awak fikir kami tidak tahu kerja awak?" Seorang jejaka yang ber-name tag-kan Fazli bersuara sambil berpeluk tubuh. "Habislah awak, Maya sudah marah."
Mataku mencerlung ke arah mereka seorang demi seorang. Geramnya! Geramnya! Kenapa kacau aku berkerja? Kalau hendak panggil back up, ini bukan kerja jenayah dan aku pula hanya ditugaskan untuk mengorek rahsia sahaja.
"Jangan kacau saya boleh?" Aku merentap tanganku kasar. Buku itu ingin aku capai dengan kemahuan yang tinggi.
"Jangan saya kata!" Maya menjerit lalu menarik tanganku lagi. Serta-merta mindaku memasuki mindanya yang diisi trauma yang mendalam.
Sesungguhnya, aku telah melihat keadaan pada ketika mereka mencuri masuk tempat ini. Allah, situasi yang genting dan menyedihkan ini memaut hatiku.
Jiwaku kacau! Aku tidak ingin menerima keadaan itu tetapi jikalau aku berdegil, nyawa aku berada dalam bahaya.
"Eye candy!" Panggilku. Jejaka itu tidak pula memandangku. Aduh, aku tidak tahu namanya.
"Ahnaf, Faira panggil awak." Tutur Maya sambil membuat isyarat mata dengan Fazli. Nampaknya, dia sedang menyuruh Fazli memujuk Ahnaf agar memandangnya.
Ahnaf menjeling aku sekilas lalu menjawab dengan acuh tak acuh. "Apa dia?"
"Awak ada di sini juga kan? Bagaimana awak cari jalan keluar?" Aku menguatkan diri untuk bertanya.
"Kami tak jumpa jalan keluar. Cikgu yang jumpa kami."
"Habistu, bagaimana kalian berada di sini?"
"Kami berdua ditugaskan untuk menjaga tempat ini...." Fazli pula membalas. "...Daripada ancaman orang luar." Sambungnya sambil memberi jelingan yang sama kepadaku.
Gulp, nampaknya aku sudah salah cari kawan. Pelajar-pelajar ini, sudah ditugaskan untuk mengintip aku. Walau mereka ini bukanlah hero sekolah, mereka ini berkawan rapat dengan 5 orang gadis itu.
"Kalian, kalian tidak guna! Bekerjasama dengan gadis berlima itu ya?" Melantun-lantun suaraku di dalam tempat misteri itu.
Tawa sinis kudengari dari Fazli. "Tch, bekerjasama? Awak fikir kami sahaja? Lebih dari kami sebenarnya yang ditugaskan untuk melihat awak."
Kemudian, dia memicit telinga lalu berkata. "Hanif, Hanani dan Hana, bagaimana keadaan di luar sana?"
"Mereka sudah pulang. Kita dah boleh report." Satu suara kecil terbit dari alat komunikasi mereka.
Apakah aku sudah terperangkap? Tidak! Tidak!
Kchak! Bunyi pisau kecilku yang aku pegang menarik perhatian mereka.
Terus sahaja Maya melepaskan tanganku dengan riak terkejut. Heh, tidak perlu terkejut dan takut sangat. Apa yang kalian expect? Aku ejen, pastilah alatan yang hebat-hebat akan aku bawa.
"Faira, berhentilah! Ini tempat kami, mengapa awak perlu sibuk? Seandainya tempat ini diketahui ramai, habislah kami. Di luar sana, banyak puak dan kumpulan yang tidak kami ketahui yang sedang sibuk mencari tempat ini. Sudah banyak kali kami memperbaiki sistem perlindungan di sini."
"Sekiranya kami dicerobohi, agensi awak kami cari dulu. Jikalau awak memudaratkan kami, saya tidak ragu-ragu untuk mencederakan awak!"
Maya berkata-kata dengan penuh semangat dan kemarahan. Sayang sangat pada akademi ini nampaknya.
"Saya pun sayang akademi ini. Jadi, saya bersama Maya sekiranya apa-apa berlaku." Fazli menyokong Maya seraya menggenggam penumbuk.
Sampai bila aku mahu berdiri di sini sahaja? Aku ingin berlari keluar, tetapi mereka halang laluan masuk aku tadi. Apa nak buat? Apa nak buat?
Ha, back up!
"Terpaksalah saya buat begini ya? Tuan, I'm requesting a back up!" Ujarku pada jam tangan istimewa yang telah diubah suai khas untukku. Tetapi, tiada satu suara pun yang membalas.
Eh? Aku segera menekan butang pada jamku bertalu-talu. "Hoi, balaslah! Sesiapa?"
Ahnaf mula mentertawakan aku. Dia memandangku lalu menekan alat komunikasi di telinganya.
"Dary girls, kami dah tangkap dia."
Bersambung...
🌪️ Ejen 4.0 🌪️
YOU ARE READING
Akademi Dary : One Shot (SS)
FantasyAkademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Tetapi, apakah benar kehidupan mereka sentiasa dipenuhi cabaran? Pastilah tidak. Kehidupan haruslah juga dipenuhi d...