"Hana, saya nak pergi tandas sekejap tau." Pinta Hanif kepada kembarnya, Hana. Selepas mendapat anggukan daripada Hana, Hanif terus memecut laju.
Hana berpeluk tubuh lalu menyandarkan diri ke sudut dinding. Sudah 20 minit mereka menunggu kedatangan Hanani tetapi kembar mereka itu tidak memunculkan diri.
"Mana dia ni? Lambatnya. Nanti waktu rehat habis." Keluhnya sebelum berpeluk tubuh. Matanya liar melihat pelajar yang lalu-lalang.
Keluhan diberikannya sebelum minda dibuka luas-luas.
'Assalamualaikum.' Kelebihan telepati digunakan.
'Waalaikumussalam.' Jawab satu suara dari sebelah sana.
"Eh? Suara cam orang lain saja." Gumam Hana dengan kerutan dahi lalu menghubungi kembarnya semula.
'Hanani ke ni?' Soalnya.
'Tidak.' Suara itu menjawab.
"Eik?" Hana terkejut.
Dia memegang dahi lalu bersuara lagi. 'Ni siapa?'
'Saya ketua kelab buletin sekolah. Kenapa ya?' Tanya suara itu lagi.
Sekali lagi Hana mengerutkan dahi. 'Bukankah telepati hanya boleh digunakan kepada orang yang ada pertalian darah sahaja?'
'Saya tidak tahu. Tiba-tiba sahaja awak buat telepati dengan saya. Mungkin something trigger talian minda awak dengan adik-beradik awak. Cuba cari mereka. Takut apa-apa jadi pada mereka.' Pesan suara itu panjang.
Hana mengangguk perlahan. 'Baiklah, terima kasih.'
•••••
Sebaik sahaja Hanif tiba di hadapan matanya, Hana segera menarik tangan Hanif lalu berlari ke seluruh bangunan sekolah.
"Dah kenapa?" Soal Hanif yang keletihan berlari.
"Sshh!" Tegur Hana seraya meletakkan jari ke bibir.
Walaupun sudah beberapa minit berlari namun, kelibat Hanani langsung tidak dijumpai. Hana bertambah curiga.
"Tadi yang sambung telepati dengan saya bukan awak atau Hanani tau. Tapi, ketua kelab buletin sekolah. Aneh! Dia kata ada sesuatu yang mengganggu talian kita." Ujar Hana sambil menggenggam tangan Hanif dengan kuat.
Hanif mengangguk faham sebelum berkata. "Kalau macam tu jadinya, apa kata kita cek di bilik kelas buletin sekolah?"
"Ha'ah kan!"
•••••
Pintu bilik itu dibuka hanya untuk menunjukkan seorang gadis yang sedang terkulai di atas sofa di sudut dinding manakala terdapat pula seorang jejaka sedang duduk di meja di sudut dinding yang lain pula.
"Apa jadi... Dengan kembar saya?" Soal Hana senada sambil menuding ke arah Hanani yang terbaring lemah.
Jejaka yang sedang menghadap komputernya itu memandang Hana lalu menghadap skrin komputer semula. "Dia sibuk kata nak jadi ahli kelab buletin sekolah jadi saya berilah dia tugas. Tak sangka letih sampai macam tu sekali." Tuturnya sambil menekan papan kekunci.
"Pulak dah." Ucap Hana lalu menoleh ke arah Hanani.
"Kelebihan awak telepati juga ke? Awak ada kembar?" Soal Hanif lalu berpeluk tubuh.
Jejaka itu menggeleng. "Tidak ada. Namun, kalian punya kelebihan telah bersambung dengan minda saya dan dengan perkara itu, saya boleh membalas semula apa yang kalian katakan." Katanya yakin.
Hana dan Hanif saling berpandangan sebelum menggeleng.
"Pelik betul kelebihan kita ni."
The End
💭Salah Telepati💭
YOU ARE READING
Akademi Dary : One Shot (SS)
FantasyAkademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Tetapi, apakah benar kehidupan mereka sentiasa dipenuhi cabaran? Pastilah tidak. Kehidupan haruslah juga dipenuhi d...