🩸 Misi : Kematian misteri 🩸

692 66 5
                                    

Hari ini, lima orang gadis telah diseru untuk ke pejabat sekolah. Mengikut mereka, ura-ura kematian misteri telah terjadi di sebuah kampung yang berada berdekatan dengan akademi mereka. Tanpa ragu-ragu, mereka telah dipanggil oleh ketua kampung untuk membantu penduduk kampungnya.

"Kalian rasa, kesnya teruk tak?" Soal Yazmin. Mereka berlima berjalan melalui pokok-pokok rendang yang menghiasi hutan itu. Tuan Ramli pula hanya mengikut dari belakang.

"Mungkin sihir? Tak akanlah sampai kita pun kena seru kalau ada orang meninggal pun." Tebak Aineen. Sahabat-sahabatnya menjongketkan bahu tanda tidak tahu.

Setibanya di sebuah kawasan perkampungan yang luas, mereka berdiri di pinggir pintu masuk kampung tersebut bagi menunggu ketibaan ketua kampung itu. Untuk menjalani misi ini, mereka tidak memakai pakaian akademi tetapi memakai jubah disertakan purdah yang terkatup pada tudung mereka. Hal ini bertujuan untuk menyembunyikan identiti mereka sebagai pelajar sekolah.

Lagipun, hanya ketua kampung itu sahaja yang mengetahui kewujudan akademi mereka itu.

"Maafkan saya kerana lambat." Ujar ketua kampung yang muncul secara tiba-tiba. Nampaknya, dia sedang berjalan secara sorok-sorok kerana dari tadi memandang ke belakang sahaja kerjanya.

"Tuan sudah tahu tentang hal ini, bukan?" Soal ketua kampung itu kepada Tuan Ramli. Tuan Ramli mengangguk.

"Mangsanya ialah seorang perempuan. Mari ikut saya." Katanya sebelum berjalan ke dalam kawasan kampung.

Niysa, Aineen, Aisyah, Yazmin dan Hanie menghela nafas lega setelah mendapat tahu bahawa mangsanya ialah seorang perempuan. Jikalau tidak, bagaimana mereka ingin menyelesaikan kes itu sekiranya mangsa itu berlainan jantina?

Sambil berjalan, mereka mengamati keadaan kampung itu. Suasana kampung itu sungguh ceria, kanak-kanak bermain-main di luar, para ibu berbual sakan di pondok-pondok kecil manakala bapa-bapa pula bekerja di kebun.

"Mangsa itu berada di dalam rumah ini." Kata ketua kampung itu seraya mengangkat langsir untuk membenarkan kami masuk ke dalam. Kelihatan beberapa orang penduduk yang mungkin keluarga mangsa sedang menangisi pemergiannya.

Tuan Ramli bersama anak-anak muridnya mengambil tempat di sebelah mangsa. Rupa mangsa itu bagaikan masih segar walau hakikatnya sudah pergi meninggalkan dunia.

"Bila dia pergi?" Soal Tuan Ramli kepada seorang wanita yang tenang sahaja wajahnya.

"Malam tadi. Tiba-tiba sahaja. Sedang kami elok-elok makan bersama, tiba-tiba dia terjelepuk ke lantai." Balas wanita itu. "Saya emaknya." Sambungnya lagi.

"Puan dah rasa nadi dia?" Soal Aineen pula.

Wanita itu mengangguk perlahan. "Sudah. Rasa di bahagian hidungnya pun, sudah tiada udara yang dihirup mahupun dihembus. Tetapi, dia tiada sakit jadi saya ragu-ragu akan kematiannya."

Gadis-gadis itu mengangguk faham sebelum menyedari kehilangan Niysa yang secara tiba-tiba.

"Eh, mana Niysa?" Tanya Aisyah. Wajahnya jelas menunjukkan kerisauan.

"Dia sakit perut tadi jadi dia tanya ketua kampung tu mana tandas." Balas Tuan Ramli lalu memandang ke arah pintu yang ditutupi langsir. Kelibat Niysa masih belum kelihatan.

Pada waktu itu, mereka sudah membuat keputusan untuk meneruskan sahaja penyiasatan mereka.

"Cuba Aisyah tengok masa silam dia." Arah Tuan Ramli.

Aisyah menggeleng laju. "Tak naklah saya tuan. Kang betul-betul dia kena racun ke kena bunuh ke apa, takut saya nak tengok." Katanya.

"Umm, Yazmin?" Cadang Tuan Ramli yang menghormati keengganan Aisyah.

"Otak pun dah mati kalau dah meninggal, saya nak baca fikiran dia macam mana?" Jawab Yazmin senada.

Aineen segera memukul bahu sahabatnya itu. "Oi, sopanlah sikit. Kita sedang menghadap keluarga si mati tahu tak? Tak ke sedih kalau mereka dengar?" Bisiknya geram. Yazmin hanya membalas dengan mencebik.

"Aineen, kamu rasa kamu boleh?" Tuan Ramli masih mahu mencuba nasib. Jikalau tidak, apa fungsi mereka hadir ke sini?

"Saya rasa, kelebihan saya hanya sehingga ke takat ini sahaja. Sebab, saya mana boleh tengok perjalanan dia ke dunia kematian nanti." Balas Aineen lalu memandang sedih ke arah mangsa.

Mereka semua mengeluh perlahan sebagai tanda kecewa sebelum menoleh ke arah Hanie bagi meminta bantuan. Benar, kelebihan gadis itu tiada apa sangat tetapi mana tahu dia boleh bantu?

Hanie mengambil tangan mangsa tersebut lalu memeriksa keadaan nadi. Kemudian, dia melihat-lihat jari-jemari mangsa sambil mengerutkan dahinya. Selepas itu, dia mengembalikan tangan mangsa ke tempat asal lalu memandang tuan pengetua dan sahabat-sahabatnya.

"Mana ada dia meninggal dunia." Tutur Hanie.

"Ha?"

"Mana ada dia meninggal dunia. Saya nampak je lagi tali jodoh dia." Ulang Hanie lagi sambil menjongketkan keningnya, keliru.

"Tapi... Makcik nampak dia pergi." Kata wanita itu lalu mula mengesat matanya yang menakung butiran jernih.

Hanie memandang wajah wanita itu kemudian menganggukkan kepalanya. "Kita tunggu Niysa." Katanya.

Beberapa minit kemudian....

Niysa muncul di sebalik langsir sambil menjenguk ke dalam. Dia kelihatan terkejut apabila mereka semua berdiam diri seraya memandang si mati.

"Apa jadi?" Dia bertanya perlahan.

"Niysa, sini kejap." Panggil Hanie, menggamit Niysa.

Dengan segera, Niysa mengambil tempat di sebelah sahabatnya itu. Dia mengerutkan dahinya sambil memeriksa sekeliling gadis itu.

"Ini terkena buatan orang." Kata Niysa. "Ada sesuatu yang menjaganya daripada bernafas dan menggerakkan nadi atau mendenyutkan jantung. Nasib baik puan panggil kami awal-awal."

"Kenapa?" Soal wanita itu, tidak faham.

"Sihir ini bahaya. Dia nampak je dah meninggal tapi nanti bila sudah kita tanam, sihirnya akan menghilang dan dia akan terjaga semula. Pada ketika itu, kematiannya akan menjadi seksa." Ujar Niysa berbisik. Dia tidak mahu orang lain mendengar kata-katanya kecuali wanita itu dan warga akademi.

Mengalir laju air mata wanita itu dibuatnya. Tidak dia sangka, anaknya bakal dibuat sebegini.

Tuan Ramli tersenyum bangga apabila melihat pencapaian anak-anak muridnya itu. Dia tahu bahawa mereka tidak akan mengecewakannya.

"Baiklah, saya akan panggil guru-guru yang lain untuk selesaikan hal ini bersama saya. Kalian semua boleh balik dulu." Kata Tuan Ramli, serius. Kelima-lima gadis itu mula bangkit dan bergerak keluar.

•••••

Sambil menyusuri hutan untuk ke akademi mereka itu, mereka berlima sempat berbual bersama.

"Siapa yang buat gadis itu sampai macam tu, Niysa?" Aineen bertanya sambil menggosok dagunya tanda berfikir.

Niysa berdiam sejenak. Tanpa memandang Aineen, dia menjawab. "Saudara terdekat juga rasanya." 

"Tapi kan, Hanie, kenapa awak tak bagitahu awal-awal yang dia masih hidup? Nasiblah awak ada sebelum Niysa datang tadi." Tegur Yazmin sambil mencucuk bahu Hanie berkali -kali menggunakan sebatang ranting yang dia jumpai.

Hanya keluhan kecil Hanie lepaskan sebelum dia menoleh ke arah Yazmin. "Entah. Saya keliru sekejap." Balasnya.

Keempat-empat sahabatnya memandangnya dengan wajah yang diblur-kan. Tidak faham sungguh mereka dengan gadis yang seorang itu.

"By the way..." Suara Aisyah memecahkan keheningan. "Kenapa pengetua tak guna kelebihan beliau awal-awal saja?"

"Apa kelebihan beliau, sebenarnya?" Yazmin bertanya.

Kemudian, mereka mula memandang satu sama lain. Yalah, mereka tidak pernah tahu kelebihan pengetua mereka yang seorang itu.



-Tamat-

Akademi Dary : One Shot (SS)Where stories live. Discover now